Tuesday, March 14, 2017
TESTIMONI VIVIX
Assalamualaikum w.b.r.k.t
Tergerak hati Kak SS nak himpunkan beberapa testimoni Vivix dalam blog ni untuk tatapan semua pembaca.
Blog sebelum ni Kak SS dah ceritakan semua tentang asal usul kejadian Vivix . Semoga testimoni-testimoni yang di kumpulkan ni bermanfaat untuk semua.
Bagaimana Vivix berfungsi ?
Vivix amat bagus dalam memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas serta memperbaiki DNA.
Setiap hari tubuh kita mengalami kerosakan DNA dan salah satu puncanya adalah disebabkan radikal bebas. Oleh yang demikian, proses penuaan mejadi sangat cepat. Vivix dapat membantu melambatkan dan melindungi DNA sel dalam badan dan melambatkan proses penuaan tersebut.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga dimana ia akan menyebabkan fungsi sel menurun. Disinilah Vivix memainkan peranan untuk menguatkan sel tubuh kita.
Vivix juga membantu untuk meningkatkan fungsi otak, kardiovascular, imuniti dan sendi. Semakin kita meningkat usia tua, semakin kita dihadiahkan dengan berbagai penyakit. Kekuatan daya ingatan kita pon menurun. Vivix membantu mengembalikan keremajaan tubuh kita.
Bagaimana Vivix bertindak ke atas sel tubuh manusia ?
1. Cell Defence : mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit
2. Cell Energy : memberi tenaga kepada sel yang lemah
3. Cell Repair : membaiki sel yang telah rosak
4. Cell Performance : meningkatkan prestasi sel
Berikut adalah senarai penyakit serius yang berjaya dipulihkan dengan bantuan Vivix
* Diabetes / Kencing manis
* Strok
* Katarak dan masalah mata
* Tekanan Darah Tinggi
* Masalah saraf
* Kayap
* Batuk berpanjangan
* Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
* Resdung
* Bengkak jantung
* Masalah kulit dan bintik penuaan
* Rambut kembali hitam (uban)
* Kolesterol tinggi
* Asma
* Sembelit dikalangan warga emas
* Penyakit Kardiovascular (jantung)
* Perokok tegar
* Kelenjar Tiriod
* Cyst
* Penyakit SLE
* Gout
* Nyanyuk atau Alzheimer
* Kegemukan
* Fibroid
* Alergik
* Tibi
* Kanser Mulut
* Wanita berpantang
Testimoni 1 : Menurunkan kadar gula dalam darah
Testimoni 2 : Menurunkan paras kolesterol yang tinggi
Testimoni 3 : Mempercepatkn sembuh luka akibat kemalangan
Testimoni 4 : Menguatkan tenaga selepas pembedahan tulang belakang
Testimoni 5 : Masalah GERD hilang selepas habiskan sebotol Vivix
Testimoni 6 : Menurunkan kadar paras gula dan tekanan darah
Testimoni 7 : Menurunkan bacaan paras gula
Testimoni 8 : Badan lebih bertenaga
Testimoni 9 : Ketumbuhan seperti ketuat sembuh
Testimoni 10 : Menjadikan wajah lebih muda
Hubungi Kak SS untuk mendapatkan sirap merah anti - aging Vivix di talian - 0132420123
Disclaimer : Vivix adalah vitamin untuk menyihatkan dan bukanlah ubat untuk merawat.
Saturday, March 11, 2017
KELEBIHAN VIVIX SHAKLEE
SATU PENEMUAN REVOLUSIONARI DLAM ANTI-PENUAAN PADA TAHAP SELLULAR
Setahun yang lalu, Shaklee memperkenalkan Vivix , produk supplemen revolusionari anti-penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap sellular. Lebih 1 juta botol Vivix telah pun dijual.
Vivix merupakan supplement anti-penuan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat No. 1 supplement makanan di Amerika.
Didalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular.
Apa itu 4 Mekanism Penuaan Pada Tahap Sellular ?
1) Kerosakan DNA
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yag merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik , dan menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.
Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
2) Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular.
Di dalam satu peneman utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.
3) Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-sel
Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun.
Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.
4) Penimbunan Protin AGE
Penimbunan berlebihan protin AGE Advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.
Ramuan Vivix adalah 10 X lebih kuat resveratrol (kandungan unik dalam anggur Muscadine) untuk melambatkan pembentkan protin AGE.
Di dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.
Selain daripada itu, Vivix juga menolong membantu menjaga dan memelihara :-
Kesihatan jantung , kesihatan otak , kesihatan sistem imun , kesihatan sendi , perlindungan antioksidan , peningkatan tenaga pada tahap sellular , kesihatan dan kesejahteraan.
Apakah bahan yang terdpat di dalam Vivix ?
Anggur Muscadine
Anggur hebat ini adalah satu-sauya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih daripada satu kromosom, yang mana ahli sains percaya mengukuhkan profil plyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai didalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti-bakteria.
Selepas dilakukan kaji tambahan, jenis anggur hebat yang paling mustajab ini dikenal pasti. Seterusnya kumpulan ini , bersama dengan ahli sains dari University Georgia, membangunkan satu proses estraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri ujian makmal untuk anti-penuaan. Untuk mencipta profil polyphenol yang kuat didalam Vivix, ahli sains menggabungkan resveratrol yang lampautulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah dan Carrot ungu.Campuran inilah yang bertanggung jawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix.
Purple Carrot
Ia adalah sumber terbaik vitamin A dam mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes , isocoumarins ,dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins adalah bertanggungjawab pada warna merah menyala,biru dan ungu padabuah dan sayuran. Berry mengandungi banyak anthocyanins, terutama sekali bluberry, yang mengandungi aktiviti antioksidan yang teramat tnggi.
Anthocyanins adalah anti-oksidan utama dalam carrot yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren. CArrotungu-kuning mengandungi kapasiti antioksidan tertinggi, diikuti oleh carrot ungu-oren. Asid klorogenik adlah anti-oksidan paling banyak dalam semua jenis carrot. Asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi. Sejak kebelakangan ini , kajian telah menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, nti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Tambahan pula, ia juga mempamerkan ksan pada saluran darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
Eldebery (Sambucus Nigra)
Satu daripada manfaat Elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B. Bery mengandungi flavonoids , yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat .Oleh yang demikian ia mngukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria. Pada masa yang sama , Elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin, yang memberi kesan anti-radang.
Ia juga dapat menguragkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema dan influenza.
Walau bagaimanapun, Elderberry tidak hanya kaya dengan antioxidant, tetapi juga vitamin A, B dan C dan nutrient seperti asid, amino acids, carotenoid, tannin dan rutin. Semua ini adalah manfaat kesihatan yang didapati dri Elderberry.
Kesimpulannya , Elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok dan serangan jantung. Seterusny lagi manfaat penting dari Eldeberry adalah pengurangan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.
Polygonum Cuspidatum
Plygonum Guspidatum ( juga dikenali sebagai Knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia. Ia juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol yang juga terdapat dalam ekstrak kulit angur merah dan juga biji anggur merah.
Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplement anti-penuaan seperti resviratrol dan anyak jenis perubatan tradisional cina. Ahli sains telah banyak melakukan ujian makmal keatas haiwan untuk menentukan manfat kesihatan resveratrol. Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan klesterol, merendahkan tekanan darah, meningikan prestasi atlet, dan mengurangkan berat badan.
Supplemen resveratrol mungkin jawapan untuk memanjangkan usia kita. Ujian sebenar untuk supplemen anti-penuaan ini adalah masa. Dimasa akan datang usia purata adalah didalam lingkungan 120 tahun. Mereka yang mengambil supplemen Resveratrol akan berterima kasih untuk satu terobosan saintifik yang penting ini.
Dapatkan Vivix anti-penuaa anda daripada Kak SS di talian 013-2420123
Monday, March 6, 2017
RAWATAN UNTUK TURUNKAN PARAS GULA
Salah satu daripada pembunuh utama rakyat Malaysia ialah penyakit kencing manis.
Apa itu Kencing Manis atau pun lebih dikenali dengan Diabetes ?
Ramai yang tak tau mereka adalah salah seorang daripada pesakit kencing manis. Di negara maju seperti Amerika misalnya, dari sekitar 16 juta penderita diabetes, hampir 7 juta diantaranya baru mengetahui diri mereka mengidap diabetes setelah mengalami komplikasi di berbagai organ tubuh.
Sedangkan di negara Asia, lebih dari 50% (bahkan ada yang mencapai 85%) penderita diabetes mengalami hal yang sama.
Usia 40 tahun keatas, ada riwayat keturunan diabetes dan badan terlalu gemuk merupakan faktor risiko utama seseorang untuk cenderung menghidap diabetes.
Penghidap diabetes ada gangguan keseimbangan antara transportasi glukosa ke dalam sel , glukosa yang disimpan di hati dan glukosa yang dikeluarkan dari hati. Ia keluar melalui urine.
Sebab itu urine menjadi banyak dan mengandungi gula. Penyebab keadaan ini hanya dua.
(1) Pankreas kita tidak mampu lagi memproduksi insulin
(2) Sel kita tidak memberi respon pada kerja insulin sebagai kunci untuk membuka pintu sel sehingga glukosa tidak padat masuk ke dalam sel.
Penderita penyakit kencing manis perlu menjaga kadar gula darahnya dengan baik atau tetap stabil.Kerana efek yang akan terjadi akan ada peningkatan kadar gula darah yang sangat banyak atau melebihi batas normal yang boleh mendatangkan kesan dan gangguan kesihatan tubuh badan.
Jantung dan ginjal pesakit kencing manis terpaksa bekerja lebih kuat. Jika tidak dirawat , maka akan timbul lah pula penyakit jantung dan juga penyakit buah pinggang.
Takut kan, kalau dah ada penyakit berangkai-rangkai dalam badan kita ni. Sebab tulah selalu orang sebut mencegah lebih baik daripada mengubati.
Bagi anda yang ingin mencuba rawatan alternatif untuk menurunkan kadar gula , Kak SS nak sarankan satu produk vitamin daripada Shaklee yang sangat bagus. Malah kebanyakan pesakit diabetes telah berjaya menurunkan kadar gula mereka dengan pengambilan yang konsisten.
Apakah vitamin yang disyorkan tu ?
Ni lah dia. Vivix , yang kaya dan tinggi dengan polifenol dan resviratrol serta telah diuji oleh pakar saintis yang dilantik oleh Shaklee. Mereka menjalankan kajian Landmark Study untuk mempastikan Vitamin Vivix bagus dan dapat memantu merawat pelbagai masalah penyakit dan sistem DNA badan.
Vivix ni bantu rawat dari peringkat sel badan kita. Bila sel badan sudah dirawat, barulah penyakit susah nak datang sebab sel-sel badan kita dah menjadi baru dan dapat berfungsi dengan lebih baik lagi.
Testimoni Vivix ini adalah testimoni makcik Kak SS sendiri
Jom dapatkan vitamin Vivix ni dsripada Kak SS yer. PM kat No ni - 013-2420123
Sunday, March 5, 2017
JALAN-JALAN CARI MAKAN SEDAP
Salam Isnin yang berkah untuk korang semua.
Harini Kak SS nak cerita tentang makan-makan pulak yer. Sedap ni citer pasal makan-makan kan 😆
Sebenarnya kedai makan ni MAK yang suka sangat makan kat sini. Setiap bulan Kak SS akan bawa MAK untuk follow-up check up dia dengan doktor di KPJ Seremban Specialist Hospital.
Biasanya tengahari baru selesai jumpa doktor , buat blood test , x-ray ke , jumpa doktor dan tunggu ubat. Dah tengahari tu perut pon mesti lah dah lapar kan. Nak-nak kalau pagi tu MAK kena buat blood test , sebelah malam nya MAK dah kena puasa.
Perjalanan daripada KPJ Seremban ke Kedai Aneka Selera Batu 8, Labu , Negeri Sembilan cuma mengambil masa lebih kurang 15minit ajer.
Kalau daripada bandar Seremban tu ambil masa lebih kurang 20minit la. Nak camkan kedai makan ni senang jer, kedainya bewarna hijau. Berdepan denagn masjid Batu 8.
Macam-macam makanan yg boleh korang pilih kat sini, Daripada yang bakar , rebus, tumis, goreng sampailah ke gulai kawah. Tak ketinggalan juga ulam-ulaman yang segar. Paling Kak SS suka si ulam ni ler.
Pilih lah apa jer lauk kesukaan korang. Yang nak tapau bawak balik tu memang berbaloi sebab pilihan sangat banyak . Sampai kadang-kadang tak tau nak makan apa 😁
Kalau korang singgah ke Seremban, boleh cuba makan kat sini tau. Memang menyelerakan.
Wednesday, March 1, 2017
SET KEHAMILAN SHAKLEE - VITAMIN IBU HAMIL YANG SIHAT DAN BAGUS
TAHNIAH...!!!
Itulah ucapan yang sesuai diberikan kepada bakal-bakal ibu yang hamil kali pertama juga ibu-ibu yang sudah mempunyai pengalaman hamil.
Setiap ibu hamil pasti mahukan bayi dalam kandungannya mendapat khasiat yang terbaik untuk pembesaran yang sempurna dan pertumbuhan otak yang cemerlang.
Set hamil Shaklee memenuhi kesemua keperluan ibu hamil dengan rangkaian produknya.
Apakah cabaran yang biasa dialami oleh Ibu Hamil ?
Kehamilan adalah satu proses yang sangat panjang dan mencabar terutama sekali bagi ibu yang baru petama kali Hamil. Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses membesarkan janin dalam kandungan bukannya mudah yer. Adakalanya emosi jadi terganggu dan kekuatan fizikal juga diuji. Haa...bukan senang nak bawa zuriat ke hulu ke hilir yer kaum suami sekelian.
Ini adalah antara cabaran nya :-
♕ Alahan Teruk
♕ Morning Sickness
♕ Tak boleh makan atau tiada selera makan
♕ Muntah dan loya
♕ Anemia - Bahaya jika tidak ditangani, boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin nanti
♕ Keletihan dan rasa malas
♕ Mood swing
Keadaan yang biasa sebenarnya bagi Ibu Hamil untuk mengalami simptom kehamilan yang adakalanya boleh mengganggu aktiviti rutin harian. Jangan lah bimbang yer, keadaan ini hanya bersifat sementara sahaja.
Hampir semua masalah yang disebutkan tadi dapat diatasi dengan mendpatkan nutrisi yang diperlukan secara lengkap di samping rehat yang mencukupi dan sokongan suami.
Apakah Nutrisi Yang Penting Buat Ibu Hamil ?
Seorang ibu yang sedang hamil secara amnya perlu mengambil bijirin dan sayuran hijau yang banyak untuk memenuhi keperluan asid folic dan protein serta karbohidrat untuk tenaga.
Kekurangan zat akan menyebabkan Ibu Hamil mendapat masalah anemia yang boleh mengancam kesihatan.
Bagaimana Ibu Boleh Mendapatkan Nutrisi Yang Diperlukan Semasa Mengandung Dengan Sempurna ?
Semestinya melalui makanan seimbang yang diambil oleh ibu Hamil setiap hari. Pakar pemakanan selalunya mencadangkan makanan berikut untuk membantu Ibu Hamil mendapat zat sempurna semasa hamil.
⚈ Telur - Mengadungi 12 vitamin dan mineral penting di samping protein yang amat iperlukan untuk pertumbuhan janin.
⚈ Ikan Laut Dalam ( Samon, Kod, Mackerel ) - Kaya dengan Omega 3 yang amat diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan otak.
⚈ Kekacang - Selain kaya dengan protein, kacang turut mengandungi fiber yang tinggi yang mana ia dapat mengelakkan masalah seperti sembelit dan angin
⚈ Sayur Berdaun Hijau - Sumber Vitamin penting dan juga asid folic yang amat diperlukan oleh Ibu Hamil. Malah ianya kaya dengan fiber untuk kesihatan sistem penghadaman.
Apakah Kebaikan Set Kehamilan Shaklee buat Ibu Hamil ?
Setiap ibu mengandung pasti mahukan bayi dalam kandungannya mendapat khasiat yang terbaik untuk pembesaran janin yang sempurna dan pertumbuhan otak yang terbaik. Set Kehamilan Shaklee memenuhi kesemua keperluan Ibu Hamil dengan kelengkapan rangkaian produknya.
1) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
☺ Sumber protein untuk memberikan tenaga berpanjangan kepada Ibu Hamil.
☺ Membantu mengurangkan risiko diabetes dan darah tinggi.
2) Omega Guard
☺ Sangat penting untuk perkembangan otak, sistem saraf serta penglihatan yang baik untuk bayi dalam kandungan.
3) Vita-Lea
☺ Multivitamin yang lengkap untuk keperluan badan.
☺ Lengkap dengan zat besi dan sangat membantu untuk membentuk sel darah merah.
☺ Membantu mengekalkan HB darah yang normal.
4) Vitamin C Plus
☺ Membantu dalam menyalurkan Vitamin C berterusan.
☺ Merangsang penyerapan zat besi dan asid folik
☺ Meningkatkan sistem imunisasi badan
5) B-Complex
☺ Membantu melawan tekanan dan stress
☺ Menggalakkan pertumbuhan bayi yang sihat dan normal.
☺ Lengkap dengan asid folik
6) Ostematrix
☺ Sangat penting untuk kesihatan tulang dan gigi ibu.
☺ Ibu hamil perlukan 1000mg kalsium sehari. Kekurangan kalsium akan menyebabkan sakit pinggang dan kejang kaki.
Bagi Ibu Hamil yang berhajat untuk mendapatkan Set Kehamilan Shaklee , boleh hubungi/ Kak SS di talian 013-242013. Boleh juga pm Kak SS di FB : Sarimah Salleh.
Subscribe to:
Posts (Atom)