Sunday, February 11, 2018

Cara mengatasi rasa takut

RASA TAKUT ?

Semua daripada kita memang selalu ada rasa takut. Takut yang pelbagai jenis. Takut yang mencengkam jiwa dan raga. Perasaan tu datang tak kira masa. Dan jugak tak ada pemberitahuan awal.

Sebagai ibu, Kak SS pun tak ketinggalan jugak termasuk dalam kategori ni.

Selalu ada rasa dalam hati;

"Cukup ke apa yang aku buat untuk anak-anak ni"

"Cukup ke didikan ugama yang aku bagi kat anak-anak ni"

"Sempat ke aku nak tengok diorang membesar dan kawin"

"Sempat ke aku nak sama-sama tengok cucu-cicit"

Apa yang perlu ibu buat sekarang ni ialah , ibu perlu sihat untuk lalui semua yang tersebut di atas.

Ibu selalu pesan dengan anak-anak;

"Tak ada siapa yang akan jaga kesihatan kita selain daripada diri kita sendiri"

"Selalulah berdoa supaya kamu semua bertemu jodoh dengan orang yang dapat membahagiakan kamu di dunia dan juga akhirat".

"Selalulah bersangka baik dengan Allah Taala"

"Bila ibu dan bapak dah tak ada lagi di duian ini, jangan jauh daripada adik-beradik. Dekatkan jiwa kamu semua dengan kasih-sayang".

Ain Nur Afinah
Ain Nur Afiqah
Ain Nur Afidah
Ainul Aiman
Ain Nur Afifah Mar Deka

Kasih ibu umpama pantai yang tak bertepi, tapi sentiasa setia menanti hadirnya ombak yang adakalanya kejam menghempas bumi ❤.

#KakSS
#Top10
#tsunamishaklee
#tsunamishaklee2018

No comments:

Post a Comment