Monday, February 27, 2017

RAWATAN RESDUNG , PUNCA , TANDA-TANDA DAN PENCEGAHAN AWAL







Resdung , atau nama saintifiknya sinus memang banyak yang dialami oleh orang kita terutama orang Melayu. Ia juga di kenali daripada singkatan resah hidung. Korang selalu tak mengalami bersin, selesema , mata gatal dan hidung tersumbat secara berterusan melebihi tempoh sebulan ?

Jika keadan begini berterusan, korang perlu berjumpa doktor bagi mengesahkan sama ada korang mengalami masalah resdung (sinus)

Jangkitan bakteria ke atas rongga hidung pada sekelilingnya adalah salah satu punca resdung. Resdung sebenarnya adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang muka dan bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.

Sinus terbahagi kepada empat bahagian iaitu sinus frontal, sinus etmoid, sinus maksila dan sinus sfenoid.Ia terletak pada muka seperti diantara dua mata, pipi di bawah mata , hanya sedikit dibahagian hidung, dan meliputi di bahagian dahi seseorang.
Sumber google

Resdung juga berpunca akibat kegagalan rerambut halus silia dalam sinus untuk menyempurnaka fungsinya dalam membantu pengaliran mukus.

Korang jangan tak percaya yer , aktiviti berenang ataupun menyelam juga merupakan antara faktor yg mengakibatkan risiko resdung selain asap rokok .





Tanda-tanda dan simptom resdung :-

* Hidung tersumbat

* Lendir daripada hidung serta tekak

* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

* Gejala alahan seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya



Tips mencegah dan rawatan resdung :-

* Di sarankan agar elakkan menyapu rumah tetapi sebaliknya menggunakan vakum atau mop

* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan seperti makanan laut yang kaya protin atau belacan

* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan korang bernafas dengan lebih baik kerana berupaya melegakan resdung.

* Hirup sup atau cecair panas seperti teh

* Lap muka korang dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap

* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari kerana bimbang bengkak sinus akan menjadi lebih teruk selepas korang memberhentikan penggunaannya.

* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi

* Berbincanglah dengan doktor korang sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.



Selain daripada rawatan resdung di atas, ada berita best untuk korang. Korang boleh dpatkan Set Rawatan Resdung keluaran Shaklee yang terdiri daripada Vitamin C, Alfalfa dan juga B Complex.





Dapatkan Set Rawatan Resdung ni daripada Kak SS yer.
Hubungi 013-2420123.

Friday, February 24, 2017

BAGAIMANA MEMASTIKAN KITA BEBAS DARI DEMAM



Sekarang ni musim demam. Kes wabak Rotavirus yang sedang melanda kebanyakan negeri di negara kita sekarang ni memang amat membimbangkan.

Keadaan cuaca yang tidak menentu juga menyebabkan ramai yang tidak sihat kerana batuk, demam, sakit kepala, sakit tekak, pening dan sebagainya.


Jangan pandang remeh yer keadaan ini terutama sekali demam dikalangan kanak-kanak. Jangan teragak-agak untuk bawa mereka ke klinik untuk rawatan lanjut.


Perhatikan tanda selsema pada anak-anak seperti mula sakit tekak, sakit kepala dan badan, mata berair, demam, hidung berair atau tersumbat dan batuk yang biasanya tanpa kahak.


Bimbang bila sudah terjangkit, ia akan memakan masa yang lama untuk pulih.


Selain daripada perhatian dan kasih-sayang, boleh juga ikuti panduan ini


CUCI TANGAN

Galakkan anak mencuci tangan terutama jika mereka mempunyai rakan-rakan yang dijangkiti di sekolah. Mengalirkan air yang banyak pada tangan dapat menghilangkan kuman. Guna lah samada air suam atau air sejuk. Janji cuci.


TIDUR YANG CUKUP

Tubuh memerlukan rehat yang lebih ketika sakit. Pastikan anak-anak mensecukupnya selama 8 hingga 10 jam setiap hari.


MAKANAN SEIMBANG

Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan yang segar. Ia dapt menyokong sistem imunisasi badan. Pengambilan vitamin tambahan juga adalah penting untuk mencukupkan nutrisi dalam badan.


BANYAK MINUM AIR KOSONG

Air adalah elemen terpenting dalam badan. Cuba galakkan anak-anak minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari ataupun bersamaan dengan 8 gelas.


JANGAN GIGIT KUKU

Pesan pada anak-anak supaya menghindari tabiat menggigit kuku. Kuman memang mudah berkumpul dibawah kuku.


KEKALKAN KEBERSIHAN

Pastikan anak-anak sentiasa berada di persekitaran yang bersih. Bersihkan persekitaran rumah dengan lebih kerap.

Thursday, February 23, 2017

KELEBIHAN BANYAK BERJALAN

Ia adalah cara yang paling mudah untuk mengubah hidup kita semua
Hanya pelu beberapa minit saja sehari, dimana ia boleh mengubah penampilan dan kehidupan kita. Mudah kan.

Kemudahan gajet seperti alat pengukur langkah beberapa tahun lalu dapat membantu kita untuk menjadi sihat dan kekal langsing dengan memastikan kita dapat membuat 10,000 langkah setiap hari

Walaupun mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, dan ianya adalah percuma, masih sukar untuk kita melakukan aktiviti ini selama satu jam seminggu.Betul tak ?

Kisah sedih dan menakutkan akibat corak kehidupan yang tidak sihat memberikan pengajaran kepada segelintir orang. Mengikut kajian yang dijalankan, hanya 45 peratus orang dewasa cuma mampu berjalan selama dua jam seminggu. Sedih nya.

Cuba fikirkan, apa  yang perlu anda lakukan adalah hanya berjalan kaki selama 30 minit 5 hari seminggu untuk mengurangkan berat badan dan juga mengurangkan risiko dijangkiti kencing manis dan strok.




Jom kita praktikkan tips ini untuk mendapatkan lebih banyak berjalan setiap hari.

Berulang-alik berjalan kaki
Cuba berjalan ke tempat kerja jika ia realistik. Jika ia terlalu jauh, berjalan kaki lah sebahagian daripadanya. Parking kereta anda jauh sedikit dari pejabat.

Naik turun tangga
Cuba biasakan naik tangga sekurang-kurangnya satu tingkat sehari. Gunakan tangga lebih kerap daripada lif.

Pergi ke tandas lebih jauh
Mungkin sedikit sukar jika ada sedang sibuk dengan tugasan, tetapi sebaliknya ia dapat memberikan kaki anda sesikit regangan. Cuba jalan dengan pantas. Ia akan membuatkan darah anda bergerak ke seluruh tubuh badan.

Tingkatkan sistem pencernaan dan tidur lebih lena
Ajak pasangan, keluarga atau rakan untuk berjalan kaki sambil berbual disekitar kawasan rumah selama 15 hingga 30 minit selepas makan malam.

💗 45 peratus orang dewasa cuma mampu berjalan dua jam seminggu

💗 30 minit diperlukan untuk berjalan kaki selama lima hari seminggu