Tuesday, October 31, 2017

Apa yang Shaklee bagi pada saya




Dulu memang susah nak mulakan makan vitamin. Bukan setakat susah, nak beli vitamin pun selalu tak cukup duit. Perlu beri laluan kepada keperluan anak-anak terlebih dahulu. Macam tu lah kalau jadi ibubapa ni, apa yang perlu dan boleh dikorbankan, itulah yang kita sanggup lakukan.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit sekarang dah boleh beri badan sendiri nutrisi yang diperlukan. Eh, ibu-ibu ni memang perlukan nutrisi yang cukup tau. Tenaga dan tulang empat kerat kita ni hari-hari diperah dari sebelum subuh hingga sebelum subuh.

Sejak berjinak-jinak dengan dunia Shaklee ni, bangga betul dapat bantu ramai orang ke arah hidup yang lebih sihat. Dapat tolong mereka ubah cara hidup ke arah yang lebih baik. Secara tak langsung dapat bantu mak ayah yang dah jauh di mamah usia solat dengan lebih gembira.

Sekarang, dapat juga berikan mak dan suami sama-sama makan vitamin untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan sempurna. Anak-anak pun ada yang dah mula sama-sama merasa.

Harapan akan datang, nak bagi adik-beradik dan ipar-duai pula sama-sama menikmati hidup sihat dengan vitamin semulajadi Shaklee.

"SIHAT DAH PASTI, BAHAGIA APATAH LAGI"

#KakSSstories
#tsunamishaklee
#Shakleeeffects

Monday, October 30, 2017

Ada yang baru akan muncul

Harini ada Road Show tentang Set Prenatal/Postnatal dan Pre-launching Set Shaklee Baby.

Kak SS tak berkesempatan nak merasa hamil dan berpantang dengan Set hamil dan bersalin Shaklee yang menjadi kesukaan ramai ibu hamil ni. Maklumlah, production dah stop 😁.

Tapi ramai kastemer yang pre-order set hamil/bersalin ni tau. Kalau korang google jer set hamil/bersalin ni, mesti keluar set dari Shaklee.

Rata-rata mereka puashati dengan rangkaian vitamin yang di sediakan sebab setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri.

ESP – Disediakan dari Soya Non-GMO membekalkan 9 asid amino penting untuk pembinaan dan memperbaharui sel-sel tisu , hormon dan enzim tubuh.

VITALEA – Diformulakan dengan zat besi, mengandungi 28 vitamin dan minerals lengkap untuk kesihatan menyeluruh dan tumbesaran bayi. Zat besi sangat penting untuk pembinaan sel darah merah.

VITAMIN C – Menguatkan sistem Imun badan serta melindungi sel-sel tisu dalam badan dari penyakit. Ia juga penting untuk kesihatan gusi, gigi dan tulang.

B COMPLEX – Membekalkan 8 jenis Vitamin B termasuk aicd folik mengelakkan kecatatan Tiub Neural bayi.

OSTEMATRIX – Membekalkan 1000mg Kalsium harian untuk tulang dan gigi yang kuat serta mengelakkan komplikasi ibu ketika melahirkan.

OMEGA – DHA dan EPA untuk otak dan mata perkembangan bayi . Juga untuk Jantung ibu.





Tak lama lagi, In Sya Allah dalam bulan November nanti akan berada di pasaran pula Set Baby Shaklee yang bebas paraben dan selamat tu. Korang yang ada baby tu jangan lupa beli tau.

"SIHAT DAH PASTI, BAHAGIA APATAH LAGI"

#KakSSKongsi
#InfoShaklee
#Tsunamishaklee

Sunday, October 29, 2017

Rawatan resdung, punca dan tanda-tanda awal




Assalamualaikum


Resdung , atau nama saintifiknya sinus memang banyak yang dialami oleh orang kita terutama orang Melayu. Ia juga di kenali daripada singkatan resah hidung. Korang selalu tak mengalami bersin, selesema , mata gatal dan hidung tersumbat secara berterusan melebihi tempoh sebulan ?

Jika keadan begini berterusan, korang perlu berjumpa doktor bagi mengesahkan sama ada korang mengalami masalah resdung (sinus)


Jangkitan bakteria ke atas rongga hidung pada sekelilingnya adalah salah satu punca resdung. Resdung sebenarnya adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang muka dan bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.


Sinus terbahagi kepada empat bahagian iaitu sinus frontal, sinus etmoid, sinus maksila dan sinus sfenoid.Ia terletak pada muka seperti diantara dua mata, pipi di bawah mata , hanya sedikit dibahagian hidung, dan meliputi di bahagian dahi seseorang.


Sumber google

Resdung juga berpunca akibat kegagalan rerambut halus silia dalam sinus untuk menyempurnaka fungsinya dalam membantu pengaliran mukus.


Korang jangan tak percaya yer , aktiviti berenang ataupun menyelam juga merupakan antara faktor yg mengakibatkan risiko resdung selain asap rokok .






Tanda-tanda dan simptom resdung :-

* Hidung tersumbat


* Lendir daripada hidung serta tekak


* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata


* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang


* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas


* Gejala alahan seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya




Tips mencegah dan rawatan resdung :-

* Di sarankan agar elakkan menyapu rumah tetapi sebaliknya menggunakan vakum atau mop


* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan seperti makanan laut yang kaya protin atau belacan


* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan korang bernafas dengan lebih baik kerana berupaya melegakan resdung.


* Hirup sup atau cecair panas seperti teh


* Lap muka korang dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap


* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari kerana bimbang bengkak sinus akan menjadi lebih teruk selepas korang memberhentikan penggunaannya.


* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi


* Berbincanglah dengan doktor korang sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.




Selain daripada rawatan resdung di atas, ada berita best untuk korang. Korang boleh dpatkan Set Rawatan Resdung keluaran Shaklee yang terdiri daripada Vitamin C, Alfalfa dan juga B Complex.






Testimoni Set Resdung Shaklee






Dapatkan Set Rawatan Resdung ni daripada Kak SS yer.

Hubungi 013-2420123.

"SIHAT DAH PASTI, BAHAGIA APATAH LAGI"

www.wasap.my/60132420123

Saturday, October 28, 2017

Ada untuk EMAK


Assalamualaikum.

Berbaki cuma 3 hari saja lagi promosi Susu Soya Isolated Powder ESP akan berakhir.

Seperti yang ramai sangat penggemar ESP tau, tawaran yang didatangkan khas untuk bulan Oktober ni memang jarang-jarang berlaku. ESP memang merupakan di antara salah satu "Killer Product" dalam rangkaian vitamin Shaklee.

Mak memang ada gastrik. Doktor memang bagi mak pil gaviscon setiap kali mak pergi check-up ke Hospital KPJ Seremban. 

Pagi tadi masa Kak SS hantar mak untuk follow-up ke KPJ, mak asyik sendawa jer. Angin agaknyer. 

Sebelum ni memang akak ada bagi mak minum ESP. Masa tu sebelum mak buat operation Slip-disc dia dengan Dr Shukor di KPJ. 

Lepas sebulan, mak cakap dia tak nak lagi minum ESP. Akak tak nak paksa.

ESP sebenarnya sangat sesuai dengan warga emas untuk tambah tenaga. Dan sangat sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit gastrik. 

ESP susu soya non GMO. Maksudnya sedari pemilihan benih soya lagi, ia adalah dipastikan semulajadi. Tidak ditambah penggalak tumbuhan untuk mempercepatkan proses tumbesaran soya tu. Pihak Shaklee memang sangat mengambil berat tentang ketulenan hasil produk mereka. Sebab itu motto Shaklee "Always safe" , "Always work" , "Always green".

Pagi tadi masa akak cakap dengan mak, "Mak kena minum balik ESP tu mak. Badan mak selalu letih kan. ESP tu elok untuk gastrik mak. Minggu depan stok ESP adik sampai, adik bagi mak satu yer".

Mak diam jer. Tak jawab apa-apa pun. Diam tu tandanya sudi ler tu 😍. Apa yang kita anak-anak harapkan daripada mak ni, melainkan nak tengok mak sihat dan panjang umur kan. 

Semoga mak selalu sihat, panjang umur dan murah rezeki.

Adik sayanggggggg MAK !

#KakSSstories



Friday, October 27, 2017



Assalamualaikum wbkth.
Semalam ada yang bertanya pada Kak SS vitamin Vivix untuk sakit vertigo. Bila bangun, kepala rasa berpusing macam.nak pitam.
Memang satu masalah besar bila Vertigo datang menyerang. Na buat kerja pun tak larat. Macam mabuk tujuh lautan rasanya.

SIMPTOM SAKIT VERTIGO

Biasa tak rasa pening kepala, dunia rasa berpusing terus rasa macam nak jatuh dan pitam?
Pening itu seperti naik permainan merry-go-round yang berpusing-pusing.
Biasanya itu adalah salah satu simptom vertigo.
Kadangkala pening ini datang bersama telinga yang berdengung kuat, rasa loya dan nak muntah.

Rasa macam naik permainan pusing ini


PUNCA SAKIT VERTIGO

Kebiasaannya ada 2 punca yang menyebabkan vertigo.
Sama ada ia berlaku sebab berlaku ketidakseimbangan di bahagian dalam telinga, atau berlaku ketidakseimbangan dalam bahagian otak atau laluan saraf.

#1 : KETIDAKSEIMBANGAN DI DALAM TELINGA

Rangkaian dalam telinga anda mempunyai organ-organ yang kecil.
Organ-organ ini bekerja untuk memberi mesej kepada otak untuk bertindak balas kepada graviti.
Bila telinga beritahu otak yang ada pergerakan dalam posisi menegak, badan anda dapat mengawal keseimbangan dan secara langsung mengekalkan keseimbangan bendalir dalam telinga.
Tetapi bila organ di dalam telinga tidak berjaya hantar mesej kepada otak, bila anda mula berdiri, otak tak dapat mesej yang anda sedang dalam posisi menegak.
Ini akan menyebabkan bendalir dalam telinga tidak seimbang dan terus membuatkan vertigo.
Kebiasaannya yang menyebabkan gangguan pada dalam telinga ini adalah radang di dalam telinga, atau jangkitan bakteria atau jangkitan virus.

#2 : KETIDAKSEIMBANGAN DI DALAM OTAK

Ketidakseimbangan di dalam otak ini juga dikenali sebagai ‘central vertigo’
Ia melibatkan gangguan di dua bahagian otak.
Sama ada yang berkait dengan penglihatan dan keseimbangan badan; atau yang berkaitan dengan penghantaran dan penerimaan mesej dari deria anda.
Migrain merupakan salah satu punca ‘central vertigo.’ Menurut kajian, lebih kurang 40% pesakit migrain di katakan turut mempunyai vertigo.

SARANAN UNTUK PESAKIT VERTIGO

Biasanya pesakit vertigo akan di nasihatkan untuk banyak berehat.
Anda juga boleh cuba baring sambil biarkan kepala tergantung ke bawah. Ia akan memberikan sedikit rasa lega.
Selain daripada itu, anda juga boleh ikhtiar menggunakan supplement Vivix dari Shaklee.
Apabila customer bertanyakan tentang produk yang mampu membantu pesakit Vertigo untuk menjalani kehidupan normal seperti biasa, akak memang tak teragak-agak untuk mencadangkan Vivix.

CARA VIVIX MEMBANTU PESAKIT VERTIGO

Vivix bukan ubat. Ia adalah sejenis supplement (vitamin)
Kebiasaannya tubuh manusia sakit di sebabkan oleh kurang vitamin dan nutrisi. Bila kurang vitamin dan nutrisi, badan kita yang sepatutnya mampu melawan penyakit, akan menjadi sakit bila berhadapan dengan radang, bakteria atau virus.
Seperti contoh vertigo, kemungkinan datangnya gangguan di bahagian dalaman telinga di sebabkan oleh radikal bebas yang datang masuk dari udara sekeliling yang tercemar.
Vivix ini sangat kaya dengan antioksidan.
cara merawat vertigo
Vivix mengandungi resveratoral. Resveratoral membantu pesakit vertigo.
Vivix membantu untuk baik pulih bahagian dalaman telinga yang rosak akibat radang atau jangkitan bakteria dan virus.
Vivix juga membantu membetulkan saraf dan bahagian dalam otak yang terganggu yang menyebabkan ‘central vertigo’.
Antioksidan dalam Vivix mampu bertindak sehingga ke peringkat sel.
Bila sel dah sihat, organ dalam telinga dan bahagian-bahagian dalam otak yang menjadi punca vertigo; dapat berfungsi dengan sebaiknya.
Insya-Allah vertigo akan perlahan-lahan menghilang.
Oleh kerana Vivix bukan ubat, ia mengambil masa yang sedikit lama untuk baik pulih mana-mana yang rosak dan perkuatkan sistem imun badan supaya kuat melawan serangan luar.
Jadi, untuk alternatif merawat vertigo, saya cadangkan anda dapatkan 2 botol Vivix untuk dihabiskan dalam masa sebulan.
Botol pertama akan baik pulih kerosakan sel diperingkat dasar. Selepas botol kedua, insya-Allah anda akan nampak mula rasa dunia semakin pulih tak pusing-pusing.

Yang nak order Vivix tu sila tekan jer link ni yer - www.wasap.my/60132420123

Sarimah Salleh
0132420123

Thursday, October 26, 2017

Rahsia kesihatan wanita



Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Umpama Laila dan majnun.

Harini akak nak share beberapa tips untuk kekal cantik dan berseri walaupun umur dah meningkat ke angka 48 macam akak ni. Perasan sekejap  ek 😀.

  • Minum Banyak Air

Kita disarankan banyak minum air kosong atau air suam  sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. 

Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin atau kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing). Minum air yang mencukupi juga dapat membantu menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. 

  • Bersenam


Senaman adalah di antara ubat yang bukan saja murah, malah amat berkesan dalam merawat dan mengawal pelbagai masalah kesihatan. Bagi mereka yang berasa ‘tidak bertenaga’ apabila sampai di rumah dari tempat kerja, cubalah luangkan masa untuk bersenam. 

Buat senaman ringan di dalam rumah seperti menari, turun naik tangga atau berjalan setempat sehingga berpeluh (dalam 15 hingga 20 minit). Anda akan rasa lebih bertenaga selepas bersenam. Malah, emosi juga akan bertambah baik.

Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jom mulakan senaman kita di awal pagi seperti selepas bangun tidur, sedikit senaman regangan dapat membantu melancarkan kembali peredaran darah.

  • Jangan Merokok



Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Perokok bukan sekadar membahayakan diri sendiri, malahan orang sekeliling seperti anak-anak. Perokok bukan sahaja terdedah kepada risiko strok, sakit jantung, kanser paru-paru serta banyak lagi penyakit kronik yang lain.

Merokok untuk kurus? Banyak lagi kaedah lain yang lebih selamat. Jangan korbankan diri anda, ingatlah orang tersayang.


  • Tidur Yang Mencukupi


Kajian menunjukkan, individu yang kurang tidur berisiko mendapat penyakit.Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam. Tidur yang cukup akan membantu mengurangkan stress dan menyegarkan badan. Lebih banyak protein dihasilkan semasa tidur dan protein inilah yang membentuk sel-sel baru bagi menggantikan atau memperbaiki sel-sel yang rosak.

  • Rehatkan Kulit Tanpa Sebarang Mekap


Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinkan mencuci muka.

  • Makan Yang Cukup Tetapi Bukan Berlebihan



Jangan disebabkan  nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yang paling baik ialah makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan . Tetapi anda perlu pastikan ia menu sihat dan bukannya penuh lemak atau makanan segera semata-mata.

  • Manjakan diri




Tidak salah sekiranya kita meluangkan masa memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Anda juga boleh melakukannya di rumah. Kini terdapat banyak produk yang dapat kita gunakan untuk kita lakukan sendiri. Ini secara tidak langsung dapat berbelanja secara berhemah.

  • Mendengar Bacaan Al-Quran, Zikir Atau Muzik

Mendengar alunan suara yang lembut dapat menjadi terapi buat diri kita. Ini amat bersesuaian terutamanya bagi meredakan ketegangan. Menurut kajian muzik juga dapat merangsang otak yang memberi kesan secara langsung kepada pendengaran dan penglihatan.


  • Selalu Ketawa Dan Senyum

Menurut kajian, kita lebih banyak menggunakan otot muka ketika menarik muka masam berbanding ketika tersenyum. Senyum dan ketawa bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim sesama kita, malahan dapat menarik aura positif  diri.

Jadi ketawalah apabila bergurau senda dengan keluarga atau pun kawan-kawan.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.



#KakSSstories

Wednesday, October 25, 2017

Cara mengatasi masalah nafas dan mulut berbau


Assalamualaikum.

Dulu masa bekerja, ada seorang sahabat ni yang memang berbau mulutnya bila bercakqp. Dia bukak jer mulut, masyaallah memang kuat keluar bau daripada nafas dia. 

Kalau spesis mulut laser, dah kena sound dah kan. Tapi akak ni tak sampai hati nak cakap depan-depan. Nak tak nak tahan ker lah.

Dah tentu yang empunya diri pun akan rasa rendah diri bila bergaul dengan orang-ramai kan.

Punca Masalah Mulut dan Nafas Berbau Busuk
  • Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
  • Kerosakan gigi (karies gigi)
  • Penyakit gusi (penyakit periodontium)
  • Makanan melekat di celah gigi
  • Gigi palsu yang tidak bersih
  • Bau mulut ketika bangun tidur
  • Mulut kering
  • Tabiat bernafas melalui mulut
  • Merokok
  • Diabetes
  • Penyakit Hati
  • Masalah sistem penghadaman

Cara- cara Mengatasi Masalah Mulut dan Nafas Berbau

Bersihkan lidah
Untuk menghilangkan masalah nafas berbau, anda bukan sahaja perlu menggosok gigi setiap hari, tetapi juga perlu untuk menggosok lidah. Ini kerana lidah anda terutamanya bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Ia terjadi kerana lidah anda mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.

Mengunyah gula-gula getah
Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat membantu untuk merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Sebab itulah nafas kita berbau apabila bangun dari tidur, ini adalah kerana aliran air liur rendah ketika seseorang berbaring/ tidur.

Menghisap kulit kayu manis
Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau. Seorang yang menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.

Pastikan mulut sentiasa lembap
Minum lebih banyak air juga dapat membantu untuk menghilangkan bakteria 'jahat' yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan peminuman teh, ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungi poleypehnols, iaitu sejenis 'bahan kimia' tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau.

Pemakanan
Kesan sampingan seseorang yang mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan mereka adalah masalah nafas berbau. Selain daripada itu, makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih, kopi dan sebagainya.

Ubat kumur
Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan ubat kumur ini sekurang-kurangnya sekali sehari.

Masalah perubatan
Hasil daripada kajian, 90% masalah nafas berbau adalah berpunca daripada kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser mulut, kaviti dan sebagainya. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap penyakit mulut.

Pengambilan Suplemen 
Masalah Mulut dan Nafas Berbau boleh di atasi dengan lebih berkesan dengan mengamalkan suplemen SHAKLEE.. Antara suplemen SHAKLEE yang AMAT sesuai di amalkan untuk mengatasi Masalah Mulut dan Nafas Berbau ialah :

Herblax - Untuk pembersihan usus dan mengatasi masalah pada proses penghadaman

Vitamin C SR - Menyembuhkan penyakit gusi dan detoksifikasi yang bagus

Garlic Complex - Merupakan antibiotik semulajadi yang berfungsi memusnahkan bakteria 



Alfalfa Complex - Membantu menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau


Nak cuba berikhtiar dengan supplement yang sihat dan semu-ajdi seperti Shaklee ?, hubungi Kak SS yer.

Klik sini - www.wasap.my/60132420123

Fb - sarimah salleh
Ig -sarimahsalleh69
SID - 1240461
Pengedar Serwmban/N.Sembilan