Friday, February 24, 2017
BAGAIMANA MEMASTIKAN KITA BEBAS DARI DEMAM
Sekarang ni musim demam. Kes wabak Rotavirus yang sedang melanda kebanyakan negeri di negara kita sekarang ni memang amat membimbangkan.
Keadaan cuaca yang tidak menentu juga menyebabkan ramai yang tidak sihat kerana batuk, demam, sakit kepala, sakit tekak, pening dan sebagainya.
Jangan pandang remeh yer keadaan ini terutama sekali demam dikalangan kanak-kanak. Jangan teragak-agak untuk bawa mereka ke klinik untuk rawatan lanjut.
Perhatikan tanda selsema pada anak-anak seperti mula sakit tekak, sakit kepala dan badan, mata berair, demam, hidung berair atau tersumbat dan batuk yang biasanya tanpa kahak.
Bimbang bila sudah terjangkit, ia akan memakan masa yang lama untuk pulih.
Selain daripada perhatian dan kasih-sayang, boleh juga ikuti panduan ini
CUCI TANGAN
Galakkan anak mencuci tangan terutama jika mereka mempunyai rakan-rakan yang dijangkiti di sekolah. Mengalirkan air yang banyak pada tangan dapat menghilangkan kuman. Guna lah samada air suam atau air sejuk. Janji cuci.
TIDUR YANG CUKUP
Tubuh memerlukan rehat yang lebih ketika sakit. Pastikan anak-anak mensecukupnya selama 8 hingga 10 jam setiap hari.
MAKANAN SEIMBANG
Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan yang segar. Ia dapt menyokong sistem imunisasi badan. Pengambilan vitamin tambahan juga adalah penting untuk mencukupkan nutrisi dalam badan.
BANYAK MINUM AIR KOSONG
Air adalah elemen terpenting dalam badan. Cuba galakkan anak-anak minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari ataupun bersamaan dengan 8 gelas.
JANGAN GIGIT KUKU
Pesan pada anak-anak supaya menghindari tabiat menggigit kuku. Kuman memang mudah berkumpul dibawah kuku.
KEKALKAN KEBERSIHAN
Pastikan anak-anak sentiasa berada di persekitaran yang bersih. Bersihkan persekitaran rumah dengan lebih kerap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment