Ia adalah cara yang paling mudah untuk mengubah hidup kita semua
Hanya pelu beberapa minit saja sehari, dimana ia boleh mengubah penampilan dan kehidupan kita. Mudah kan.
Kemudahan gajet seperti alat pengukur langkah beberapa tahun lalu dapat membantu kita untuk menjadi sihat dan kekal langsing dengan memastikan kita dapat membuat 10,000 langkah setiap hari
Walaupun mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, dan ianya adalah percuma, masih sukar untuk kita melakukan aktiviti ini selama satu jam seminggu.Betul tak ?
Kisah sedih dan menakutkan akibat corak kehidupan yang tidak sihat memberikan pengajaran kepada segelintir orang. Mengikut kajian yang dijalankan, hanya 45 peratus orang dewasa cuma mampu berjalan selama dua jam seminggu. Sedih nya.
Cuba fikirkan, apa yang perlu anda lakukan adalah hanya berjalan kaki selama 30 minit 5 hari seminggu untuk mengurangkan berat badan dan juga mengurangkan risiko dijangkiti kencing manis dan strok.
Jom kita praktikkan tips ini untuk mendapatkan lebih banyak berjalan setiap hari.
Berulang-alik berjalan kaki
Cuba berjalan ke tempat kerja jika ia realistik. Jika ia terlalu jauh, berjalan kaki lah sebahagian daripadanya. Parking kereta anda jauh sedikit dari pejabat.
Naik turun tangga
Cuba biasakan naik tangga sekurang-kurangnya satu tingkat sehari. Gunakan tangga lebih kerap daripada lif.
Pergi ke tandas lebih jauh
Mungkin sedikit sukar jika ada sedang sibuk dengan tugasan, tetapi sebaliknya ia dapat memberikan kaki anda sesikit regangan. Cuba jalan dengan pantas. Ia akan membuatkan darah anda bergerak ke seluruh tubuh badan.
Tingkatkan sistem pencernaan dan tidur lebih lena
Ajak pasangan, keluarga atau rakan untuk berjalan kaki sambil berbual disekitar kawasan rumah selama 15 hingga 30 minit selepas makan malam.
💗 45 peratus orang dewasa cuma mampu berjalan dua jam seminggu
💗 30 minit diperlukan untuk berjalan kaki selama lima hari seminggu
No comments:
Post a Comment