Thursday, October 5, 2017

Tips cergas ketika hamil




"Alaa, malas lah bang. Penat ni. Abang tak nampak ke saya tengah mengandung ni ?"

Haa..tu ayat yang selalu keluar bila kita hamil kan. Badan dah berat. Penat kat ofis pun tak habis lagi dah nak kena mengadap kerja kat rumah pulak.

Tapi walau macamanapun kita kena jugak buat kerja rumah. Yang dah anak lebih daripada satu lagilah penat. Kalau dapat suami yang tak berapa nak pandai membantu, memang parahlah jawabnya.

Eh..jangan risau sangat yer ibu comel semua. Kak SS nak share beberapa tips agar sayang semua tetap kekal cergas walaupon semasa sedang hamil.

Cubalah 7 tips di bawah untuk kekal cergas ketika hamil.

1. BANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL

Ironiknya, apabila badan terasa ‘berat’ inilah masanya anda perlu lebih banyak bergerak. Namun, anda tidak perlu menjalankan senaman yang sukar, cukuplah sekadar aktiviti yang santai seperti berjalan di taman.
Selain berjalan, berenang merupakan aktiviti senaman yang sangat sesuai dilakukan semasa kehamilan kerana badan anda akan berasa ringan dan terapung ketika berada di dalam air. Aktiviti fizikal lain yang boleh dijalankan termasuklah yoga, aerobik berimpak rendah, dan tarian.
Tapi, jika anda seorang yang aktif dan rajin bersukan, pastikan rejim senaman anda turut disesuaikan dengan kadar kehamilan.

2. BANYAKKAN MEMINUM AIR KOSONG

Air yang satu ini terlalu banyak manfaatnya. Tidak kira sama ada anda hamil atau tidak, letih, lesu, dan mengantuk juga boleh berpunca daripada kehausan.
Oleh itu, pastikan tubuh anda mendapat air yang secukupnya pada setiap masa. Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

3. MAKAN SEDIKIT TETAPI KERAP

Kajian telah membuktikan bahawa saiz hidangan makan yang sedikit tetapi menyihatkan sebenarnya memberi anda lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang lebih banyak.
Maka, anda digalakkan untuk mengambil 5 hidangan kecil setiap hari berbanding 3 hidangan utama yang anda biasa ambil pada waktu pagi, tengahari, dan malam.
Bagi anda yang suka mengunyah, isi tenaga anda dengan kudapan yang segar dan berkhasiat tinggi seperti kurma, badam, serta buah-buahan setiap empat jam untuk kekal cergas.

4. BERSARAPAN!

Pengambilan sarapan akan menyebabkan sesorang itu lebih bertenaga dan mempunyai emosi yang lebih positif pada hari tersebut.
Pastikan sarapan anda kaya dengan zat besi seperti sayuran, kekacang, dan bahagian daging yang tidak berlemak (lean meat) kerana kekurangannya sering dikaitkan dengan punca letih. Pengambilan vitamin C boleh membantu proses penyerapan zat besi tersebut manakala makanan tenusu pula memberi tindakbalas yang sebaliknya jika diambil bersama.

5. HIRUP UDARA SEGAR

Sebelum memasuki kereta untuk ke pejabat, hiruplah udara yang segar sedalam-dalamnya.  Udara pagi  mengandungi oksigen dalam jumlah yang banyak dapat membantu untuk meningkatkan daya tahan tubuh anda. Ia tidaklah begitu sukar bukan?

6. MANDI DENGAN KERAP

Di Malaysia, faktor panas dan kelembapan akan menyebabkan kita bertambah letih dan kurang selesa akibat peluh.
Mandi sebenarnya dapat meredakan tekanan serta berperanan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Selain itu, anda juga digalakkan berendam di dalam kolam air suam di rumah untuk merehatkan otot-otot yang telah penat bekerja pada waktu siang.
Cuba titiskan aroma menyegarkan dalam tab mandi sebagai terapi bagi anda yang sukar untuk tidur di malam hari.

7. DAPATKAN REHAT DAN TIDUR YANG BERKUALITI

Antara punca utama letih semasa hamil ialah tidak cukup tidur malam. Kalau ada kelapangan, lelapkanlah mata seketika pada sekitar waktu tengahari.
Sekiranya anda tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam, cuba lakukan tips ringkas ini untuk mendapatkan keselesaan:
  • Posisi yang sesuai
Gunakan bantal peluk dan susun beberapa biji bantal yang empuk supaya ia menampung bahagian belakang anda sewaktu dalam posisi mengiring. Kebanyakan pakar mengesyorkan posisi ini untuk keselesaan maksima ketika hamil. Pernahkah anda lihat bantal kehamilan? Bentuknya direka khas untuk fungsi ini.
  • Diserang kekejangan kakiletih?
Rendamkan kaki pada air hangat sebelum tidur boleh membantu otot kaki berehat. Pada waktu siang, lakukan senaman regangan ketika duduk di atas kerusi di tempat kerja, sambil menonton televisyen, dan hindarkan daripada duduk bersila terlalu lama.
  • Minimakan bangun malam untuk buang air kecil
Banyakkan minum air di siang hari dan kurangkan pengambilannya pada sebelah malam. Di samping itu, minimakan minuman berkafein, seperti kopi dan air berkarbonat kerana ia menggalakkan pengumpulan air kencing.
Selain daripada itu, ibu comel sekelian boleh dapatkan set hamil Shaklee untuk bantu sayang semua kekal cergas semasa hamil tau. Swt ni lengkap dengan segala keperluan yang ibu-ibu perlukan. Bukan swtakat ibu jer, malah untuk bakal bayi yang dilahirkan juga.

Antaranya ialah 

1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
Vitalea

  • Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
2) Sustained Release Vita-C
Set Mengandung Shaklee
  • Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
  • Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap badan :(

3) B-Complex

  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)

  • Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
  • Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
  • Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
  • ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.
5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)
Set Mengandung Shaklee
  • Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.
  • Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
  • Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
  • Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
  • Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.
6) OmegaGuard (EPA & DHA)

  • DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.
  • DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
  • Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada :
  1. Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
  2. Perkembangan bayi yang sihat
  3. Pencegahan baby dari mendapat jaundice.

Perkembangan Otak Bayi dalam kandungan amat memerlukan nutrisi ibu yang baik
Keberkesanan Set Mengandung Shaklee dalam menangani dan membantu mengatasi masalah lazim Ibu Hamil terbukti melallui pelbagai sharing dan perkongsian dari ibu-ibu Hamil yang telah menggunakannya.
Salah satunya ada;ah sharing berikut di mana ibu yang anemia ini berjaya mengatasi maslah Anemia semasa Hamil dengan ikhtiar Shaklee.

Jangan lupa bagitau Kak SS tau untuk dapatkan Set Hamil Shaklee ni.

Klik jer kat sini -  www.wasap.my/60132420123

Kak SS tunggu ni 😂.

"Sihat dah pasti, bahagia apatah lagi"

FB - https://www.facebook.com/sarimah.salleh1

Wednesday, October 4, 2017

5 kebaikan minum air kosong



Ramai jer yang tak suka minum air kosong ni kan. Kak SS dulu pun tak suka minum air kosong juga.  Kalau nak minum air mesti nak yang ada kaler merah ke hijau ke oren ke 😂.

Ada yang sama gang dengan akak ke ? Mesti ada ni kan. Tapi korang kena ingat, air putih ni sangat penting tau untuk tubuh badan kita.

Tahu tak yang 50% daripada tubuh badan kita ni terdiri daripada air ?. Tanpa air, kita tak boleh nak pastikan suhu badan kita untuk normal. Air juga penting untuk kita buang zat yang tidak dipakai dalam tubuh nelalui proses berpeluh, urin dan buang air besar.

Kenapa kita perlu air kosong ?

Jom baca kat bawah ni.

🌼  Membangkitkan otot.
Sel-sel otot yang tidak mempunyai cairan yang cukup tak mampu mempertahankan cairan dan elektrolit  , dan membuatkan otot penat. Otot tak dapat berfungsi dengan baik dan akan menjadi lemah.

🌼  Menjadikan kulit bercahaya
Kulit kita sebenarnya mengandungi sangat banyak air. Ia berfungsi sebagai benteng untuk halang daripada hilang air secara berlebihan.

🌼  Mengendalikan kalori
Orang yang sedang berdiet kalau kita perhatikan, mesti minum air kosong banyak kan. Macam akak dulu pun begitu. Minum sampai 3 liter sehari. Ia dapat mengelakkan pengambilan air manis. Air manis nilah penyebab gemuk.

🌼  Memelihara fungsi ginjal
Ginjal kita sangat penting untuk pastikan segala kekotoran dibuang dengan elok. Kalau air kurang, ginjal tak dapat nak proses sisa yang tinggal dalam badan. 

🌼  Mempertahankan fungsi usus yang normal
Bila kita minum air yang cukup, makanan yang kita makan akan melalui saluran pencernaan dengan lancar. Tak derlah jadi kes sembelit. Kalau kita tak cukup minum air, memanglah susah nak buang air besar jawabnya.

Bayangkan kalau kita jarang minum air putih. Banyak masalah kesihatan yang timbul kan.

Jadi, jangan lupa yer minum air putih yang mencukupi setiap hari. 

#KakSS

"Sihat dah pasti, bahagia apatah lagi"

Tuesday, October 3, 2017

Muka dah tak cengkung dengan ESP


Dulu tak kenal pun ESP ni. Pandang pun tak. Memang tak pernah dengar pun. Walhal punyalah lama berada di pasaran. Teruk betul kan 😀.

Kak SS kenal ESP ni lebih kurang setahun yang lepas. Masa tu tengah sibuk berdiet. Berdiet pun bukan sebab apa, sebab badan bagai dipam-pam. Kaki sakit masa nak solat. Walupun belum sampai ke tahap solat duduk atas kerusi, tapi bila dah duduk antara dua sujud tu, nak bangun berdiri Allah Hu Akbar, nak meleleh airmata ni menahan sakit.

Perjalanan diet sangat lancar dan bolehlah dikategorikan sebagai berjaya. Tapi muka pulak nampak cengkung. Mata nampak macam tak cukup tidur.

Sepupu akak (Nor Ramli) yang juga SID Shaklee , perkenalkan akak dengan Vitamin C dan ESP. Mula-mula curigalah jugak. Betul ke boleh  elokkan balik muka akak ni. 

Tapi tak perlah. Cuba jer dulu. Dua minggu akak amalkan, dah nampak perubahan. Paling ketara, kulit muka jadi cerah. Tona muka nampak lebih sekata. Jeragat dan kesan jerawat mula pudar. Alhamdulillah, syukurnya. Badan pun dah kurang rasa letih dan mengantuk.

Dulu pagi-pagi kalau dah breakfast, menjelang pukul 10 dah bergelodak perut lapar. Sekarang, sejak sarapan dengan ESP, rasa kenyang tu lebih lama. Kadang-kadang boleh bertahan sampai tengahari.

Siapa tak suka kan 😍. Happy wooooo !.

Akak tak akan berpaling tadah daripada ESP lagi. 

Korang pun patut cuba tau. Memang tak menyesal punyalah.

Korang klik jer kat sini untuk beli ESP yer. 

👉   www.wasap.my/60132420123



#KakSSKongsi
#InfoShaklee
#Smartliciousfamily
FB- https://www.facebook.com/sarimah.salleh1
IG-sarimahsalleh69

Friday, September 29, 2017

Khasiat bawang putih

KORANG SANGGUP TAK !?

Kisahnya begini. Abang misai ni memang suka mencuba segala apa yang berkaitan dengan petua. Tak kiralah samada pahit, payau, manis atau apa saja yang dia rasa nak cuba, dia akan cuba.

Dua minggu kebelakangan ni, dia suka makan bawang putih dengan madu. Hanya hancurkan bawang putih beberapa ulas, campurkan dalam sesudu madu dan makan. Korang boleh telan tak ? Bau bawang putih pun dah tak sanggup kot ! 😇

Tiga hari lepas, akak stim beberapa ulas bawang putih dalam periuk nasi. Letak jer atas nasi yang dah kering tu. Kemudian bagi Abang Misai rasa. Korang pernah rasa ?. Sedap, macam kentang rebus. Mulai saat itu, dia dah babai dengan "bawang putih + madu" dia 😀.

Apa khasiat bawang putih ni ?

Bawang putih mengandungi minyak atsiri, yang bersifat anti-bakteria dan antiseptik. Juga mengandungi senyawa allicin, yang berkaitan dengan daya anti kolesterol.

Allicin mencegah penyakit jantung koroner, tekanan darah tinggi dan lain-lain. Bawang putih ni antibiotik semulajadi yang bagus tau.

Cubalah.

Kalau tak sanggup jugak, makan jer #Garlic Shaklee. Lagi senang 😍. Klik sini untuk order yer - www.wasap.my/60132420123



"Sihat dah pasti, bahagia apatah lagi"

#KakSSKongsi
#InfoShaklee
#Smartliciousfamily

Thursday, September 28, 2017

Kelebihan set berpantang Shaklee


Hari ni Kak SS nak berkongsi tentang set berpantang yang semakin popular ...mana taknya..set ini boleh dimakan bukan saja semasa berpantang..malahan habis pantang pun boleh makan lagi tau.

Banyak sangat produk dipasaran sekarang..Macamna nak pilih yang terbaik untuk diri korang? Ok..sini akak kongsikan kelebihan set berpantang Shaklee untuk anda..Mesti beli punyalah lepas ni..kalau tak menyesal tepi bucu katil pulak .

Mengapa mesti memilih Shaklee sebagai set berpantang anda?

1) Selamat dan boleh diambil seawal 2 jam selepas melahirkan bayi.

2) Selamat kerana ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan boleh ambil suplemen Shaklee

3) Selamat kerana boleh dimakan oleh ibu walaupun anak sakit kuning dan jaundis

4)Boleh digunakan bukan 40 hari , tapi boleh tahan sehingga 180 hari

Set Berpantang Shaklee bukan hanya diambil semasa tempoh 40 hari berpantang, tetapi  boleh tahan sehingga 6 bulan.  Sangat Berbaloi . Tak percaya kan? Ramai juga yang tak percaya sebenarnya. Dan lebih terkejut bila dapat tahu boleh tahan berbulan-bulan lamanya. Berbanding dengan jenama lain yang hanya digunakan semasa tempoh berpantang sahaja. Satu lagi penjimatan yang ibu boleh dapat dengan set berpantang Shaklee ialah menyokong pengeluaran susu badan. Best ke best ?😂.

 Set Berpantang + Set Penyusuan. Kalau korang ada bajet besar  boleh jadi pakej 3 in 1 – Set Berpantang + Penyusuan + Kurus. 
So jimat sungguh dengan set ni sambil merawat , boleh menambahkan kualiti dan kuantiti susu ibu, boleh menguruskan badan lagi. Syoknhabis dah ni !.

5) Anak comel, gebu, sihat, kuat dan tembam.. Ibu kurus dan cantik
Yang akhir sekali ni bonus sebenarnya. Siapa yang tak suka kan bonus kan. Amalkan set pantang Shaklee bukan sahaja badan terasa segar, sihat, bertenaga, luka cepat sembuh dan sebagainya. Malah dapat bantu si ibu turunkan berat badan dengan cara yang selamat. Silap haribulan habis sahaja tempoh berpantang dah dapat turun berat badan dengan banyak. Dan tak mustahil selepas 2-3 bulan dapat semula berat badan yang asal. Tak nak ke ?


6)Bab kulit bertambah cantik sudah semestinya. Lagi pun ada sebahagian daripada set berpantang Shaklee adalah set untuk kulit cantik juga. 
Bila ibu dah ceria, sihat, bertenaga, cukup nutrisi, cukup pengambilan air kosong, dah tak mengeluh jaga anak siang dan malam sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran susu badan. Bila baby kenyang dapat susu badan yang berkualiti, maka baby pun jadi tumpuan orang ramai.Masalah bayi menangis kerana kurang susu juga dah tiada lagi.Akan timbul satu kes dimana bayi asyik tidur kekenyangan..dan pipi gebu dan putih bersih. 

7)  Kenapa Set Berpantang Shaklee ada pelbagai set?
Nak memudahkan ibu-ibu memilih set berpantang terbaik mengikut keperluan sendiri. Tak semua orang mengalami pengalaman bersalin yang sama. Ada yang bersalin normal, ada yang bersalin awal dan ada juga yang bersalin cara pembedahan. Sebagai contoh kalau ibu yang melahirkan anak pra-matang perlu tambah produk ESP untuk menyokong pengeluaran susu badan. Bagi ibu yang bersalin cara pembedahan pula ambil ESP untuk memulihkan parut pembedahan cepat hilang.

8) Cukupkah berpantang hanya ambil vitamin?

Tak cukup. Fungsi bagi setiap vitamin adalah untuk menyokong dan mengembalikan nutrisi yang telah hilang selepas bersalin. Ibu yang berpantang masih perlu menjaga makan dan pergerakan. Walaupun ada vitamin C dan zinc complex untuk mencepatkan proses luka bersalin jangan ingat semua makanan boleh dimakan. Bataskan juga pergerakan dan amalkan petua orang-orang lama walaupun badan rasa cergas. Pengambilan Vitalea dan B-Complex berfungsi membekalkan tenaga berpanjangan supaya ibu dapat menjaga baby yang kadang-kadang suka jaga tengah malam. Memang badan kita akan rasa sihat, bertenaga, cergas sepanjang hari. Tapi jangan pula kita sesuka hati melakukan kerja-kerja berat bila dirumah. Nanti macam-macam masalah pula yang timbul.

9) Apakah makan Set Pantang Shaklee akan memberi kesan pada bayi seperti makan jamu?

Mestilah akan ada kesan juga dekat baby. Apa yang ibu makan, baby pun akan dapat juga tau. Sebab tu ada ibu yang tak boleh makan jamu. Nanti baby akan meragam. Contohnya naik ruam pada badan sebab panas. Itu kalau jamu. Ini lah yang buat orang suka berpantang dengan Shaklee. Antara sebabnya ialah sistem imun baby akan kuat (sebab ada vitamin C), kulit baby putih, halus dan gebu(sebab ada ESP) dan kalau ada ibu yang nak kurus tambah Lecithin atau Omega boleh bantu perkembangan otak. Ada juga yang ambil Ostematrix untuk kurangkan sakit-sakit pinggang, dan kesan nya menguatkan tulang baby dan nampak tegap. 

10) Adakah minum banyak air kosong menyebabkan  rahim kembang?

Ini lagi satu kerisauan ibu yang mengambil Set Berpantang Shaklee. Kena banyak minum air kosong. Sedangkan kalau ikut petua orang lama, jangan minum banyak air kosong nanti rahim kembang. Betul ke?

 Secara logiknya badan kita perlukan air yang cukup untuk mengurangkan masalah seperti sakit kepala, mengelakkan sembelit, jangkitan kuman dan sebagainya. Kesihatan pun terjaga. Doktor juga sarankan minum air kosong secukupnya semasa dalam pantang. Yang paling penting sekali bila minum banyak air kosong, susu badan pun akan turut banyak. Kalau kurang minum air, dari mana pula sumber penghasilan susu? Cuba konsistenkan diri minum 8 gelas atau 2L sehari. Minum dengan kerap tetapi sedikit demi sedikit.Tak perlu risau sangat minum air banyak nanti rahim kembang. Sebenarnya lagi bagus kalau kita cukup minum air kosong setiap hari. Lagi cepat rahim tu kecut.

berpantang

Comel macam Che Ta

Berikut adalah set berpantang daripada Shaklee

1) Bcomplex dengan Asid Folik


- Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang.

- Ia juga dapat meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.

-  Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty..

2) Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi

- Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.
- Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran
- Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

3) Vitamin C
- Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin.  Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren.


4) Energizing soy Protein-  ESP
- Ramai yang tidak mengendahkan tentang keperluan protein dengan mengandaikan sudah memadai jika makan ikan, daging, telur serta minum air soya.
- Tahukah anda, protein cuma bertahan pada suhu tidak lebih 36°c . Jadi bila kita goreng dan memasak tentu suhunya lebih tinggi dari suhu tersebut.Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protein tadi.
- Ramai yang tidak tahu, pengambilan protein yang mencukupi dengan asid amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat kuku yang elok serta penghasilan susu ibu dengan kadar lebih cepatdan anak akan kenyang bila menyusu dan tidak meragam.
- Orang yang mengidap GOUT menjalani proses penyembuhan dengan ESP. Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil

5) Alfalfa
- Untuk pengetahuan ibu-ibu diluar sana, Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan.
- Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang
- Bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita
- Melegakan sembelit bagi ibu berpantang
- Membantu membanyakkan susu ibu.
- Membuang angin dalam badan dan
- Memulihkan urat selepas bersalin

6) Omega Guard
- Boleh mengurangkan kemurungan bagi ibu yang berpantang
- Boleh mengurangkan sakit kepala
- Boleh mengekalkan tekanan darah normal
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan 




Macam mana nak dapatkan Set berpantang Shaklee yang terbaik ni ?

Boleh hubungi Sarimah Salleh - 0132420123

Atau klik saja - www.wasap.my/60132420123

Monday, September 25, 2017

Sakit kaki dan kebas hilang dah

Sebelum ni memang susah nak pujuk. Kalau kita cakap, dia buat bodoooo jer. Bak kata orang Negeri Sembilan "tak di apik an doo" 😂.

Bulan lepas, kaki dia betul-betul punya sakit. Kebas-kebas dicampur tolak bahagi kali kuasa dua dengan berdenyut-denyut sekali. Tiap-tiap hari tak kiralah siang ke malam ke , semua orang dalam rumah ni kena ambik bahagian gosok kaki dia dengan minyak panas.

Satu hari, pelan-pelan akak slow talk dengan dia. Eksepelen bebetul dengan dia. Bagi dia paham bebetul. Tinggal tak tarik telinga jer. Haippp...dosa...dosa 😊.

Akhirnya dia bersetuju untuk cuba. Paling penting sekali untuk konsisten. Dia memang ada kencing manis. Darah tinggi pun dah border line jugak. Asyik suka beli ubat kat  farmasi jer.

Dan, akhirnya tadi hati akak berbunga-bunga bila dia cakap "Kaki abang yang sakit sengal-sengal tu dah hilang dah. Tinggal kebas-kebas tu jer kadang ada kadang tak der".

Akak rasa nak peluk dia masa tu jugak, tapi sebab dia belum mandi, kensel lah 😜.

Itulah kisah benar Abang Misai. Terima kasih #OmegaGuard dan #Ostematrix. Apa yang penting ialah kita mencuba dan berdoa pada yang Esa. Alhamdulillah.

Ada yang nak cuba Omega Guard dan Ostematrix, bagitau akak yer.

www.wasap.my/60132420123


"Sihat itu pasti , bahagia apatah lagi"

#KakSSKongsi
#InfoShaklee