Thursday, May 25, 2017

ATASI STRESS ANDA


Assalamualaikum w.r.t

Ada lagi sehari jer lagi kita semua nak berpuasa. Dah bersedia dengan kekuatan mental dan fizikal ? Jangan stress-stress pulak yer.

Stress ataupon tekanan perasaan didefinasikan sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan sesuatu bebanan yang menimpanya.

Apa yang berlaku ketika stress ?

Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan suatu hormon rangsangan yang bernama 'adrenaline' ke dalam saluran darah. Hormon ini dan juga beberapa hormon lain akan menyebabkan berlaku perubaan di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Antara perubahannya ialah denyutan jantung menjadi laju, tekanan darah meningkat ( untuk mengepam darah ke otak, otot dan jantung). Pernafasan seseorang juga menjadi laju.

Apakah tanda-tanda stress ?

Fizikal - keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutama di bahagian bahu dan belakag, sakit dada , degupan jantung laju dan loya

Mental - Hilang tumpuan, mudah lupa dan susah untuk buat keputusan.

Supplement anti-oksidan iaitu Vitamin C dan Vitamin E membantu individu kembali tenang dan rileks. Satu lagi vitamin yang boleh menenangkan perasaan stress ini ialh vitamin B Complex.

Vitamin C

Tubuh manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Sifatnya larut air dan mudah dikeluarlan melaui urine. Pengambilan Vitamin C setiap hari adalah penting dalam menghalang kecedeeaan radikal dalam tubuh badan manusia. Ia seterusnya meningkatkan daya tahan/imune badan semasa stress.

Vitamin E

Vitamin E mempunyai lebih banyak hidrogen atom lebih daripada Vitamin C.untuk didermakan kepada radikal bebas (stress). Kedua-dua vitamin ini saling memerlukan. Ia bertindak secara synergy iaitu apabila Vitamin E menderma lebih banyak kepada molekul radikal bebas (stress) ianya akan teroksida dan memerlukan Vitamin C untuk mengaktifkan kembali fungsi Vitamin E.

B Complex

Pengambilan Vitamin B Complex yang mengandungi B1, B2, B6 dan B12 amat diperlukan untuk melegakan stress. Ia dapat mengekalkan fungsi saraf yang baik supaya tidak  endatangkan perasaan cemas, takut dan murung. Vitamin B Complex merupakan penstabil hormon dalam badan semasa stress.

Hubungi
Kak SS-013-2420123
FB - sarimahsalleh
IG - sarimah_shaklee

Saya merupakan pengedar sah Shaklee di kawasan Ampangan, Seremban dan yang berdekatan.

Wednesday, May 24, 2017

SET PALING SESUAI UNTUK BULAN RAMADHAN



Bulan Ramadhan nanti macam-macam penyakit yang bakal menjelma๐Ÿ˜‚. Sakit perut, gastrik , letih, lesu , layu semua ada. Ada tak solusinya ni. Adaaaaa. Di Shaklee kami menyediakan beberapa set untuk korang semua. Nak cantik, nak sihat, semua ada.

SET CANTIK BERSERI MENJELANG AIDILFITRI

Vitamin C
Vitamin E
B Complex
VIVIX



VITAMIN C TERLAJAK LARIS

Hot Produk!!

Vitamin C Shaklee dinamakan sustained release kerana mempunyai kuasa untuk bertahan selama 5 jam dalam badan dengan melepaskan 100 mg setiap sejam.

Maka 1 biji=500 mg= tahan 5 jam.

Berbeza dengan jenama lain yang serta-merta singkirkan vitamin C melalui buah pinggang.

Kerana badan kita hanya mampu menyerap 100 mg vitamin sahaja dalam satu masa.
Selebihnya akan dibuang melalui air kencing.

Sebab itu, ramai mendapati vitamin C supplements tak mampu cantikkan kulit pun...

KECUALI JENAMA SHAKLEE!!

Kebaikan SR vitamin C Shaklee:
๐ŸŒธgebukan kulit dan hilangkan parut
๐ŸŒธmenguatkan gusi dan tulang
๐ŸŒธmenguatkan imuniti badan dari jangkitan penyakit.
๐ŸŒธmenguatkan saluran darah.
๐ŸŒธmembantu proses tambah sel darah merah.
๐ŸŒธsebagai anti-oksida
๐ŸŒธbantu penghasilan kolagen dalam badan.
๐ŸŒธtingkatkan kesuburan.

Tapi berapa harga vitamin C ni???

Mahal ke??

Jangan risau!!
Tak mahal langsung!!

1 botol vitamin c ada 180 biji, tahan 6 bulan.



SET UNTUK KEKAL CERGAS

Performance Drink
Cinch Tea
ESP

Minuman kegemaran ramai setiap masa. Especially di bulan puasa. 
.
Minum masa bersahur boleh. Minum selepas berbuka pun boleh. Atau nak dijadikan pilihan  minuman semasa berbuka pun lagi lah boleh.
.
Air ni kaler oren. Ia adalah minuman #isotonik. Special tau. Sebab takde karbonat/gas, takde kolestrol, takde bahan pewarna, takde lemak dan kandungan gula sangatlah minima.  
.
Yang bestnya, PD (performance drink) ni bantu kawal bendalir dalam badan kita supaya badan tak alami masalah tak cukup air. 
.
Badan pun bertenaga dan cergas masa puasa nanti. Takdelah lembik je kan.
.
Tips special:-  Bancuh PD dengan cinch tea mix, maka jadilah dazzling duo. Lebih berkesan untuk dapatkan gelombang alpha supaya bertenaga, tenang dan khusyuk sepanjang bulan puasa nanti!
.
Jom sapa nak cuba PD dan cinch tea meh roger saya.
.
Kekal cergas yang bukan lagi rahsia
.
Dapatkan Set ini dengan hubungi Kak SS 013-2420123 sekarang juga.

Best kan , bulan puasa bukannya alasan untuk kita jadikan penyebab untuk tak aktif.

Korang jangan lupa follow Kak SS yer
FB - https://www.facebook.com/sarimah.salleh1
IG - sarimah_shaklee
HP - 013-2420123

Tuesday, May 23, 2017

CANTIK BERSERI MENJELANG AIDILFITRI


Semua orang suka nak nampak cantik dan berseri-seri di Aidilfitri kan. Kak SS pon sama jugak ๐Ÿ˜‚.

Tahu tak dengan pemakanan vitamin tambahan kita boleh kelihatan tambah berseri-seri bak tuan puteri. Vitamin C dan Vitamin E amat bagus untuk mencantikkan kulit kita. Tona muka jadi sekata. Parut jerawat pon boleh hilang entah kemana. Best kan.

Vitamin C Shaklee sangat bagus untuk di amalkan tau. Semua orang tau kan apa dia vitamin c ni. Mencantikkan kulit kita, menganjalkan kulit, menambah kolagen  dan meningkatkan sistem imune badan. Ini antara kikan vitamin c yang Kak SS suka sangat.

Vitamin E selalunya dikaitkan sangat bagus untuk menghilangkan parut jerawat di kulit muka kita. Sebwnarnya banyak lagi lhasiat vitamin C dan vitamin E ni. Tapi Kak SS cuma nak fokus kepada set kecantikan kulit sahaja. Kan nak raya kan. Mesti nak cantik-cantik.

Antara testimoni kebaikan pengambilan Vitamin C dan Vitamin E.








Cerita tentang Vitamin C dan Vitamin E

Kak Merry belakang tingkap dapur cakap kan, sejak dia amalkan makan Vitamin C dan Vitamin E kan, lalat pon dah tak berani nak nyinggah kat muka dia. Sebab apa tau, sebab kulit muka dia licin nau nau ๐Ÿ˜.

Asal lalat nak nyinggah jer syurrrrrrrrrrrr jatuh. Asal jatuh jer mesti lalat tu cuba nak nyinggah ๐Ÿ˜‚. Naik fedup lak si lalat tu !๐Ÿ˜œ.

Nak muka licin kannn...kannn...kan...... Kalau tak macam Fazura pon, macam Kak SS pon jadi ler. Eh..eh !๐Ÿ˜.

#KakSSKongsi
#InfoShaklee

Cerita 2 - vitamin C dan vitamin E

Sebenarnya kan, ahhhhhh.....susah lah nak cakap. Serba salah ada, malu pon ada. Tapiiiiii..kalau tak cakap takut menyesal pulak. 7 keturunan pon tak boleh nak maafkan rasa penyesalan ni nanti. Takkan nak tunggu sampai generasi ke 7 kena tikam keluar darah kaler putih macam Mahsuri kot !๐Ÿ˜ฑ.

Tak per lah. Pujuk jugak hati ni supaya tabah, tenang dan sanggup menerima apa jua cercaan. Sedih pulak (sob!...sob!....tarik hujung T-Shirt ni lap idung).

Sebenarnyaaaaa........ Kak SS bukan tak bagi korang nak order Vitamin C dengan Vitamin E tu sekali. Tapiiii.....Kak SS takut Aidilfitri ni muka korang lebih memancor-mancor daripada Kak SS. Sampai abang photoghraper pon asik nak Ketik !.... Ketik !....Ketik ! gambor koranggggg jer.

Ater, bilanya gambor muka Kak SS nak masuk FB , IG bagai tu pulakkk ๐Ÿ˜‚. Penat tau tempah baju lip lap lip lap macam lampu jalan ๐Ÿ˜œ.

#KakSSKongsi
#InfoShaklee




Cerita 3

Kak SS paling suka Vitamin C Shaklee. Satu rumah makan Vitamin C ni tau! Kemainnn...Abag Misai pon dah pandai mintak Vitamin C hari-hari sekarang tau. Uweett angatttt ! ๐Ÿ˜.

Korang nak tau tak, dalam Vitamin C ni ada "Bioflavonoid". Tergeliat lidah nak nyebut ko ! Ia adalah pigmen tumbuh-tumbuhan yang banyak didapati dalam buah-buahan citrus seperti lemon, oren dan grapefruit. Wow.. nak Oren! Nak oren !๐Ÿ˜๐ŸŠ

Apa khasiat Bioflavonoid ni ek ? Tak tau ler tu ๐Ÿ˜. Meh sini Kak SS bagitau. Ia membantu dalam penyerapan Vitamin C sepenuhnya dan memelihara Vitamin C daripada teroksida.

Tulah sebabnya bila korang makan Vitamin C Shaklee ni kulit korang akan diserapkan dengan khasiat buah-buahan citrus yang sememangnya bagus untuk kulit.

Dah tu, tak gheti-gheti nak cuba ? Kata nak memancor-mancor di Aidilfitri..๐Ÿ’ƒ๐ŸŽผ

#KakSSKongsi
#InfoShaklee


Cerita 4

Silap betul dulu zaman kulit rosak tak ambik gambar banyak-banyak. Kalau tak...boleh tunjuk bukti banyakkk sangat. Kulit saya memang teruk sangat masa tu.

Dulu saya tersalah pilih produk kulit tempatan, menyebabkan kulit muka saya rosak teruk. Memang tak nak keluar rumah dah. Maluuuuu !๐Ÿ˜ฑ. Tak tau pulak skincare tu ada merkuri, paraben dan segala macam bahan kimia tok nenek bagai. Nak cepat cantik punya pasal, atlast muka macam mak lampir !.

Alhamdulillah kawan saya syorkan Set kulit Shaklee iaitu Vitamin C dan Vitamin E. Ia bebas 100% daripada bahan kimia. Kulit saya nampak lebih cerah. Parut bekas jerawat pon dah semakin pudar.

Tak menyesal cuba. Tapiiiii.....paling menyesal kalau saya tak berpeluang mencuba.

Testimoni sebenar pengguna.

#KakSSKongsi
#InfoShaklee


Hubungi Kak SS untuk mendapatkan set merecik menjelang Aidilfitri ni yer.-0132420123

Facebook

Monday, May 22, 2017

TAHUKAH ANDA BAGAIMANA UNTUK KEKAL CERGAS


Ramai orang yang mengamalkan pemakanan vitamin tambahan ataupon multi-vitamin untuknkekal cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Kak SS pon tak berkecuali juga. Muti-Vitamin yang paling Kak SS dan keluarga suka ialah Vitalea. Vitalea adalah vitamin tertua di dunia.

Vita-Lea Shaklee adalah vitamin mineral pertama yang dicipta di dunia. Asalnya ia dinamakan "Vitaliza-Mineral". Kemudian disingkatkan sebutannya menjadi "Vita-Min". Nak tau tak, perkataan vitamin tu asalnya daripada Shaklee lah !

100 tahun dulu , "Vita-Min" ni adalah dalam bentuk Mineral. Tetapi peningkatan  teknologi telah mengubahnya kedalam bentuk tablet dan terhasillah "Vita-Lea".

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita-Lea Shaklee ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina .

Berikut Kak SS share kan kepentingan Vitalea dalam kehidupan kita sehapri-hari yer.

Cerita 1

Kak, #Vitalea ni memang best kak. Sepanjag pregnant dulu, HB memang cantik sangat walaupon saya tak cukup rehat.

Masa dalam pantang, saya amalkan juga #Vitalea sebab di memang termasuk dalam Set Berpantang Shaklee. Walaupon tidur 3/4 jam jer badan saya tak letih tau kak. Bertenaga jer. Suka sangat dengan #Vitalea ni.๐ŸŒธ

Testimoni Pengguna
Pn. Watie

#KakSSKongsi
#InfoShaklee




Cerita 2
Bulan Ramadhan dah nak dekat sesangat ni. Risau jugak kalau badan tak cukup cergas. Cita-cita nak complete terawih kat surau depan rumah ni tahun ni.

Tapi kalau asyik letihhhh jer, terjelepek sana, terjelepek sini macam lepat tak cukup pisang macam mana lah nak join grup terawih weiii ๐Ÿ˜ฑ

Tinggg! ๐Ÿ˜‰. Mujur teringat Kak SS dah sesiap order vitamin #Vitalea. Multi-vitamin yang lengkap dengan 28 vitamin penting dan mineral. Pakat jadi lipas kudung lerrr buat kojer bulan poser ni weii ๐Ÿ˜‚.

#KakSSKongsi
#InfoShaklee




Cerita 3
Naik kematu punggung Kak Bedah. Apa taknya, dari pagi tadi dia duduk menggosok jubah Abang Sudin. Dekat 20 helai ada gamak nyer ๐Ÿ˜ฑ. Sampai keluar peluh jantan-betina Kak Bedah. Dah macam pergi buat sauna pulak ghoman eh ๐Ÿ˜‚. Lencunnnn !.

Macam tu lah perangai Abang Sudin bila nak dekat bulan puasa. Dia memang suka berjubah kemas bila nak ber terawih. Nak mengadap Allah Taala kena nampak bersih dan kemas katanya. Barulah Allah sayang๐Ÿ’–.

Tapi Kak Bedah tak kesah pon. Pepagi lagi lepas sarapan lempeng kelapa cicah sambal tumis dia dah telan multi-vitamin #Vitalea. Setiap tablet vitamin tertua didunia ni ada 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting.

Kak Bedah tersenyum puas bila tengok jubah Abang Sudin dah cantik tergantung dalam almarinya. Siap jugak ! ( bisik Kak Bedah dalam hati ).

Korang yang nak bertenaga macam Kak Bedah wajib makn #Vitalea ni tau ๐Ÿ˜Š.

#KakSSKongsi
#InfoShaklee



Cerita 4
"Ko tengok lah Si Lina tu" muncung Kak Ani menunjukkan ke arah Lina yang tengah tersengguk-sengguk depan komputer.

"Yer lah. Asal datang kerja jer mengantuk. Asal mengantuk jer datang kerja๐Ÿ˜œ" Bisik Si Ija pulak kepada Kak Ani.

"Oiiiiiiiii, Linaaa !" Jerit Kak Ani sambil menepuk bucu meja Lina.

Melompat Lina daripada kerusi empuk dia. Nyaris tak tembus ke syiling.

"Kak, ngantuk la kak. Badan saya ni letihhh jer. Macammana nak buat yer kak. Dah macam-macam saya cuba. Makan asam boi dah dekat sebalang. Air kopi 2 in 1 dah berkoyan-koyan".

Jeng...jeng....jeng.....! Tinggggg ! Tetiba muncul botol vitamin #Vitalea dihentak atas meja Si Lina oleh Kak Ani.

"Ni haaaa. Ko cuba lah amalkan multi-vitamin ni. Ko tengok aku ni ada letih ke mengantuk ke macam kau tak hari-hari ?"   bebel Kak Ani sambil tersenyum memandang Si Ija. Ija pon sengih jer macam kerang busuk๐Ÿ˜‚.

Dalam hati Lina ( Oooooo....patutlah Kak Ani macam robot terlebih charge bateri, ini rahsia dia rupanya).

Moral, jangan tido kat opis. Tido kat rumah yer ๐Ÿ˜.

#KakSSKongsi
#InfoShaklee





Yang berminat nak cuba Vitalea jangan segan-segan hubungi Kak SS yer - 013-2420123



Sunday, May 21, 2017

HAMBOIII....BANYAK NAU NAU HANGINNN !๐Ÿ˜‚



Sesambil layan Gema Gegar Vaganza akhir ni, Kak SS nak cerita tentang hangin boleh ? Eh..eh..hangin apa tu Kak SS. Hehehe...hangin @ angin. Angin dalam badan kita ni kemain banyak yakmat komer tau ke idok ๐Ÿ˜‚.

Angin ni kalau dibiarkan boleh jadi sebu, kembong dan senak perut. Kepala pon boleh bergetar sampai rasa nak hantuk ke dinding lah. Punyalah parah kan.

Tapi yang best nyer, semua masalah ni kita boleh selesaikan dengan tenang ๐Ÿ˜. Shaklee ada satu vitamin yang dinamakan GARLIC.

Apa Garlic ni ?
Garlic merupakan antibiotik semulajadi yang membantu mengurangkan kolesterol, mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan pengaliran darah untuk menghalang penyakit kardiovascular.

Alisin adalah merupakan sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Alisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa. Ia terhasil apabila bawang putih dihancurkan secara halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran yang baik.

Setiap tablet Garlic mengandungi 500mg bawang putih.

Best kan khasiat bawang putih ni. Okey sekarang jom kita tengok fungsi bawang putih@Garlic ni dalam.kehidupan kita sehari-hari.

Cerita 1
..............
Nak share sikit. Haritu saya batuk teruk juga. Tak berhenti-henti. Dah ambil vitamin C 3/4 biji pon tak reda. Lebih seminggu juga lah. Lepas tu terfikir, selalu kalau kita pergi klinik doktor mesti bagi antibiotik kan. Jadi saya pon try lah ambil garlic 2 biji sehari sebagai ganti antibiotik plus Vitamin C 2 biji sehari.

Alhamdulillah, 2 hari pertama dah nampak perbezaan. Kahak banyak sangat keluar. Tapi lepas tu batuk terus kurang. Saya teruskan ambil garlic seminggu. Alhamdulillah dah tak batuk dah.

Garlic complex memang best. Antibiotik semulajadi saya.

* Testimoni customer
* Puan Hanis

#KakSSKongsi
#InfoShaklee

Cerita 2
..............
Anak Kak Midah selaluuuuu jer kena selsema. Asal kena selsema jer mesti ponteng sekolah. Asal ponteng sekolah jer mesti selsema. Asal cikgu sebut nama "Adammmmmmm.... Dia selesema cikgu ! ( kawan kelas menjawab beramai-ramai)๐Ÿ˜œ.

Itu dulu. Sejak Kak Midah bagi Adam makan #Garlic, Adam lah murid yang paling rajin datang sekolah. Tip-top 100%. Tiap tawun Adammmm jer yang bawak balik hadiah kedatangan penuh !๐Ÿ˜. Sampai tak cukup almari nak susun hadiah Adam ๐Ÿ˜‚.

#Garlic - Antibiotik semulajadi yang selamat untuk tingkatkan sistem immune badan. Ia berkesan untuk menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, virus, kulat dan kuman.

#KakSSKongsi
#InfoShaklee

Cerita 3
..............
Customer :- Kak, orang yang ada diabetes boleh ke makan Garlic ?

Kak SS :- Boleh sayang. #Garlic memang bagus tau untuk mereka yang ada diabetes ni sebab  Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan merangsang hati untuk mengawal gula dalam darah kita.

Lagipon , 1 biji Garlic = dengan 2 ulas bawang putih.

Ater, rajin bebenor ke nak telan bawang putih hari-hari. Teman pon tak sanggup Yong !๐Ÿ˜ฑ. Udah bau semacam mulut teman ni gamak nyer ๐Ÿ˜‚. Baik ler teman nelan #Garlic jer haghi-haghi. Habis cerita ๐Ÿ˜.

#KakSSKongsi
#InfoShaklee

Cerita 3
..............
Suasana amat sunyi dan sepi di dalam dewan peperiksaan. Amin nampak begitu concentrate menjawab Bahasa Malaysia Kertas 2. Cuaca petang yang berangin sepoi-sepoi bahasa membuatkan kertas jawapannya meliang-liuk seperti penari gamelan. Di tambah pula dengan alunan kipas syiling di dalam dewan sekolah yang dah berusia lebih 20 tahun itu.

Tiba-tiba, pegawai peperiksaan menjerit lantang. "Lagi 5 minit !". Amin segera menjeling ke arah jam tangan pemberian ibunya semalam. Laju mata pena di lakar di atas kertas jawapannya. Amin tersenyum puas. Sempat !(bisiknya dalam hati).

"Bau apa ni !?" Tiba-tiba terdengar suara pegawai peperiksaan dengan garang sekali. "Siapa punya keje ni !?". Garang muka pegawai berbaju merah itu.

"Erkkkkkkkk....maaf cikgu, saya terbuang angin. Ni semua salah mak saya lah ni. Pagi tadi saya sakit perut, dia bagi saya makan #Garlic cikgu ".

Pecah berderai suara satu dewan !๐Ÿ˜‚.

Nak buek cammano , takkan nak simpan ๐Ÿ˜œ.

#KakSSKongsi
#InfoShaklee

Cerita 5
..............
Makcik Timah kat kampong memang ada penyakit darah tinggi. Dah lamaaaaa dah darah tinggi tu jadi best fren Makcik Timah. Sejak zamn dia anak dara lagi ๐Ÿ˜ฑ. Lamaaaaaa nyerrrrrr !

Tapi sejak tahun lepas, Kak Zue perkenalkan #Garlic  dekat Makcik Timah dan Makcik Timah konsisten makan 2-4 biji setiap hari lepas makan, tekanan darah Makcik Timah dah stabil. Kalau tak tu macam roller coster turun naik eh. Kengkadang sampai mencanak-canak meter tekanan darah Doktor Azli kat Klinik Kesihatan kampong tempat Makcik Timah buat checkup tu. Nasib baik tak meletop !๐Ÿ˜‚

Garlic ni bijak tau. Dia pandai keluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh kita dengan pantas zas..zas....zas. Logam toksik ni lah kepala penyamun yang menyebabkan "Darah Tinggi"๐Ÿ˜Š.

Korang tak tau kan ? ๐Ÿ˜‰.

#KakSSKongsi
#InfoShaklee

Cerita 6
..............
Bual-bual dengan anak dara yang memang hantu citer Korea keluarlah soalan cepu cemas.

"Ibu, kenapa muka orang Korea ni cantik-cantik ek. Licinnnn jer tak ada pon jerawat !"

"Diorang tu sejak dulu lagi dari zaman atuk nenek suka makan bawang putih. Kalau makan nasi, mesti ada bawang putih. Sesuap nasi , sesuap bawang putih. 10 suap nasi, 10 suaplah bawang putih dia telan. Bukan macam korang, tergigit bawang putih jer melompat sampai syiling !๐Ÿ˜‚".

Nampak takkkkkk, khasiat bawang putih untuk kulit kita. Korang sanggup ke nak telan bawang putih mentah hari-hari. Tak kannnnnn......dont lie-lie to me haaaa !๐Ÿ˜œ.

Nak senang, telan jer ler #GarlicShaklee . Habis citer๐Ÿ˜‰.

Eh....citer koyar (disebut korea ๐Ÿ˜€) dah nak start mula lah. Bye !

#KakSSKongsi
#InfoShaklee





Korang kalau nak cuba vitamin Garlic yang comel tapi berkuasa ni jangan lupa hubungi Kak SS yer.
FB Kak SS korang follow tau
 https://www.facebook.com/sarimah.salleh1
IG Kak SS - sarimah_shaklee
PM/Call Kak SS - www.wasap.my/60132420123

Saturday, May 20, 2017

KISAH MENARIK SI NUTRIFERON



Harini Kak SS nak cerita lagi tentang Nitriferon ni. Tapi dalam bentuk bercerita, supaya korang tak bosan dan faham fungsi Nutriferon.

Entry yang lepas Kak SS dah explain kan tentang apa itu Nutriferon.

 Sila rujuk di sini - http://kaksarimah.blogspot.my/2017/05/adakah-sistem-pertahanan-badan-anda.html


NUTRIFERON - Dicipta oleh Dr Yasuhiko Kojima pada tahun 1954. Beliau membuat kajian selama 40 tahun untuk mempastikan Nutriferon selamat dan berkesan digunakan sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh manusia.
Bahan-bahan yang digabungkan terdiri daripada

* Bunga Honeysuckle Jepun
* Bunga Safflower
* Biji Labu
* Biji Plantago Asiatica


Cerita 1
-----------
"Dah siap packing baju semua ?" tanya Azie kepada rakan serumahnya Liza.
"Dah beressss" jawab Liza sambil menunjukkan bagasi pink nya ditepi bucu katil.

"Eh Liza, paket-paket comel warna silver yang kau asyik hayakkkk jer setiap kali kau outstaion ke luar negara tu apa yer ? Selalu nau nau aku tengok kau bawak" soal Azie sambil mengerutkan keningnya yang cantik di lukis pagi tadi.

"Oooooo..yang tu #Nutriferon. Aku wajib bawak ni. My truly BFF gituuu. Aku tak nak lah masa aku outstation nanti aku kena demam ke, jangkitan ke. #Nutriferon ni lah jadi perisai aku sebab dia menguatkan SISTEM IMUN dengan menggalakkan penghasilan INTERFERON semulajadi dalam badan kita ni". Panjang lebar pulak explanation Si Liza ni๐Ÿ˜.

"Patutlah aku tengok kau sentiasa sihat jer dan tak mudah kena demam ke, selsema ke dan batuk. Nanti kau orderkan aku juga yer. Kau bayar dulu, dapat gaji nanti aku bayar balik" selamba jer muka Si Azie sambil berlalu pergi ๐Ÿ˜.

Ek elehhhhhhhh !๐Ÿ˜‚

#KakSSKongsi
#InfoShaklee



Cerita 2
------------
Kesian lak Kak Senah tengok suami dia Abang Seman dari semalam asyik menjalarrrrrr jer depan TV. Bukan tengok bola pon. Menjalar sebab demam dah dua tiga hari tak kebah-kebah. Muka pun dah sejemput jer sebab tak der selera nak makan. Nak kata Kak Senah masak tak sedap, selalu tu habis jer nasi dua tiga pinggan. Tekak tak sedap ler tu ๐Ÿ˜€. Lemah betul sistem imunisasi badan Abang Leman ni kan.

Tak boleh jadi ni. Orang lelaki ni kalau demam manja nya mengalahkan budak-budak. Kak Senah terus capi sachet #Nutriferon atas kabinet dapur dan bagi Abang Seman makan.

Selang 4 jam Kak Senah hulur ke mulut Abang Seman. Kak Senah bagi juga Vitamin C yang baru sampai semalam. Redho jer Abang Seman nganga mulut bila tengok mata Kak Senah dah buntang macam Mak Lampir nak terkam dia. Yer lah..susah sangat nak bagi makan vitamin kan. Bukan bagi racun pon ๐Ÿ˜‚.

Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran Kak Senah akhirnya Abang Seman sembuh kembali dan mula dah start enjin motor pergi lepak kedai kopi ๐Ÿ˜œ.

#KakSSKongsi
#InfoShaklee



Cerita 3
-----------

Siapa tak risau kalau anak demam panas kan. Meragam satu hal lah boleh berenti dunia mak-mak sekejap. Itulah yang Aini hadap masa anak dia demam. Dua malam tak tidur. Memang dah plan esok mesti bawak anak ke hospital. Mana tahan bijik mata kalau dah 2 hari tak cukup tidur๐Ÿ˜ช.

Tiba-tiba Aini teringat Kak Long ada bagi dia #Nutriferon minggu lepas untuk dicuba. Aini terus bagi si kecik makan #Nutriferon. Lepas makan Nutriferon si kecik pon tidur. Lama jugalah tidur nya daripada Asar bawak ke Maghrib. Bangun dari tidur, si kecik dah mula segar. Alhamdulillah.

Betullah cakap Kak Long, bunga Honeysuckle Jepun yang ada dalam #Nutriferon memang berkesan menentang serangan virus dalam tubuh manusia.

Suka betul hati Aini. Si kecik pon dah aktif kembali ๐Ÿ˜.

#KakSSKongsi
#InfoShaklee





Amacam best tak cerita Kak SS
Mehler follow FB Kak SS - https://www.facebook.com/sarimah.salleh1
IG Kak SS - Sarimah_shaklee
Call/PM Kak SS - www.wasap.my/60132420123

Friday, May 19, 2017

KUATKAH SISTEM PERTAHANAN TUBUH ANDA


Bismillahhirrahmannirrahim. Salam Sabtu. Salam Syaaban. Dah tak jauh lagi lambaian Ramadhan semakin menghampiri kita kan. Semoga Allah Taala beri kesempatan kepada kita semua untuk sama-sama menyambut kedatangan bulan yang penuh berkah.

Nak tanya ni, korang rasa sistem pertahanan badan korang dah cukup kebal ke ?. Kebal untuk menangkis sebarang serangan pelbagai penyakit yang semakin canggih sekarang !. Tak salah untuk kita berusaha memperbaiki kesihatan sepanjang hayat kita kan.


Hari ini Kak SS nak cerita tentang Suplement Nutriferon. Nutriferon ni adalah supplement yang dicipta oleh Dr Kojima. Selama  40 tahun beliau buat kajian lebih 200 jenis herba, akhirnya beliau menemui formula untuk tingkatkan level interferon iaitu penggalak sistem imun semulajadi dalam badan kita.

Thank a millionDr Kojima, 40 tahun yang berbaloi untuk beri manfaat buat org lain. Kak SS pon tak wujud lagi masa tu Dik Non. Siapa tak bangga kan, kajian yang dia buat tu bukan boleh senang-senang nak dapat kat tempat lain. Carilah kat farmasi ke klinik mana pon. Memang takkan jumpa punya sebab product sudah di paternkan. Dan beliau sekarang pon dah berumur 92 tahun !๐Ÿ˜ฑ.

NUTRIFERON - Dicipta oleh Dr Yasuhiko Kojima pada tahun 1954. Beliau membuat kajian selama 40 tahun untuk mempastikan Nutriferon selamat dan berkesan digunakan sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh manusia.
Bahan-bahan yang digabungkan terdiri daripada

* Honeysuckle Jepun
* Bunga Safflower
* Biji Labu
* Biji Plantago Asiatica


Tahu tak apa kebaikan biji labu?

๐ŸŒธ Penggalak sistem imuniti
๐ŸŒธ Menjaga kesihatan hati
๐ŸŒธ Halang komplikasi diabetes
๐ŸŒธ Mengandungi anti-radang
๐ŸŒธ Menyokong kesihatan prostate
๐ŸŒธ Merangsang hormon tidur
๐ŸŒธ Kurangkan gejala menopose
๐ŸŒธ Kaya dengan asid lemak Omega 3
๐ŸŒธ Kurangkan risiko serangan jantung

Tak suka makan labu ke ? Biji labu pun tak suka ? Kuaci biji labu ?
Jangan risau yer sayang, makan jer #Nutriferon sebab dalam Nutriferon ada biji labu.

Nabi Muhammad SAW suka makan labu tau. Jom berselawat ๐Ÿ’–.



Ini testimoni saya sendiri, anak masih lagi menyusu. Sebulan lagi 2 years. Memang mujarab, Alhamdulillah. Kalau ada rasa nak demam or flu , saya akan straight bagi #Nutriferon 4-5 hari.
Macam sekarang kat taska anak, lebih kurang 90% anak-anak yang kena flu dan demam, tapi anak saya Alhamdulillah terselamat daripada gejala tu. Memang #nutriferon ni perisai yang baik untuk anak saya yang duduk di Taska !.

Testimoni Pengguna
Pn Norashikin



KEROPOK LEKOR Vs NUTRIFERON

Kesahnya Pak Ali lapau nau nau lepas balik dari kedai tadi. Ternampak orang jual kepok lekor Pak Ali pun beli. Baru makan sikit tetiba lidah rasa gatal merenyam-renyam. Lepas tu gusi pulak geli gatal bagai di geletek tergolek-golek.

Hadoiyaiiiii... Menggaru ler Pak Ali lidah nyer dengan gigi dia yang dah tinggal berapa batang jer tu ๐Ÿ˜ฑ.

Mak Timah berlari 100 meter ke dapur sambil pegang kain batik nya yang hampir terlondeh. Lajuuuu nyerrrrr ๐Ÿ˜‚.

Terus bancuh sepeket @Nutriferon bagi Pak Ali minum. Fuhhhhhhh ! Lega !

"Agaknya ikan yang diorang guna untuk buat kepok lekor tu jenis ikan gatal kot!" kata Pak Ali.

"Ikan gatal tak per bang, jangan abang yang gatal sudah yer !" Jawab Mak Timah sambil membuntangkan bijik mata dia ke arah Pak Ali ๐Ÿ˜.

Kesian Pak Ali, dah lah gatal. Eh..kena gatal-gatal ๐Ÿ˜.

#KakSSKongsi
#InfoShaklee





Amacam best nau nau tak cerita Kak SS๐Ÿ˜€.
Meh ler follow FB - https://www.facebook.com/sarimah.salleh1
IG - sarimah_shaklee
Call/Whatsapp  - www.wasap.my/6013242012


Thursday, May 18, 2017

SUPPLEMENT PEMBERI TENAGA



Bismillahhirrahmannirrahim.

Ramadhan lagi 9 hari ker lagi. Korang dah ready ke ? Ramai yang kerapnrasa mengantuk dalam bulan puasa kan. Maklum tenaga berkurangan.

Tapi jangan risau. Shaklee ada sediakan pelbagai supplement pemberi tenaga yang berkesan untuk korang semua. Terawih pon mudah lah lepas ni yer.

1. Performance Drink

Minuman isotonik pemberi tenaga tanpa karbonat dan tanpa gula ini sangat sesuai diminum semasa berbuka puasa atau pon selepas bersahur. Lajuuuu jer gi solat terawih nanti ๐Ÿ˜€


2. Cinch Tea

Teh eksklusif dengan teh hijau, putih dan merah yang mengandungi taurina ini beruapaya meningkatkan tenaga, meningkatkan metabolisme dan tinggi dengan anti oksida

3. ESP

Susu protin yang dirumus khas untuk tahan lapar sehingga tengahari.


4. Vivix

Sirao merah anti-aging ini memang sesuai untuk memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak


5. Vita-lea

Umpama multi-vitamin yang mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.

Korang patut sesangat mencuba semua supplement diatas yer.



Wednesday, May 17, 2017

SUPPLEMENT JERAWAT TERBAIK



Bismillahhirrahmannirrahim.

Semua orang nak muka cantik kan. Bagaikan bidadari turun dari kayangan kalau boleh nak di andaikan kecantikan idaman. Persis artis Korea yang putih gebu, halus dan mulus.


Tapi bagaimana pulak dengan mereka yang berkulit sensitif. Banyak jerawat batu, jerawat pasir, jerawat bernanah ? Malu nyer kan nak berdepan dengan orang ramai. Memang self-confident turun mendadak lah kan.

Jangan lah bimbang sayang-sayang semua. Shaklee kan ado ๐Ÿ˜€. Shaklee sayang korang semua tau. Seumpamanya emak sayangkan anak.

Ada beberapa supplement daripada Shaklee yang Kak SS nak suggest kepada sayang semua tau.

1. Alfalfa

Fungsi Alfalfa ni ialah untuk detox darah ( buang toksin dalam darah kita ) . Jangan tak tau badan kita ni ada baaaaaaanyak toksin yer. Toksin ni masuk dalam badan kita melalui beberapa cara seperti pemakanan , udara dan air yang tercemar.

Best tau makan Alfalfa ni. Pembuangan kita jadi lancar dan period pon teratur jer kitaran nya.

2. B Complex

Fungsi utama B Complex ni ialah untuk kurangkan stress.

Antara manfaat B Complex ni ialah
*  Melancarkan metabolisme
*  Melancarkan darah
*  Mencegah kerosakan urat saraf
*  Meningkatkan kekebalan tubuh
*  Membantu pembentukan sel darah merah

3. Vitamin C

Keistimewaan Vitamin C
*  Mencerahkan kumit
*  Membentuk kolagen dalam kulit
*  Kulit lebih glowing
*  Gantikan tisu yang rosak dengan sel yang baru
*  Membantu masalah kulit sensitif (ekzema dan resdung
*  Mengurangkan kedutan tanda penuaan
*  Melindungi kulit dari sinar UV

4. Vitamin E
*  Mengurangkan kedutan dan garis halus.
*  Mencerahkan kulit
*  Merawat pigmentasi
*  Mengurangkan parut jerawat

5. GLA complex

*  Membantu mengawal kitaran haid
*  Membanru meningkatkan kesuburan
*  Mengawal PMS
*  Membantu menangani monopause
*  Mencantikkan kuku dan rambut
*  Mengawal kestrol
*  Menguatkan imuniti tubuh


6. Vivix

Vivix minuman Botani yang kaya dan tinggi dengan khasiat plifenol dan resviratrol mampu merawat sehingga ke sel DNA badan. Kebaikan nya memang terbukti berkesan.

Besy tak, best tak ?

Dah nak raya ni, korang tak nak cantik-cantik le ?๐Ÿ˜‚. Kalau ada yang cecantik menjelang aidilfitri ni hubungi Kak SS yer.

013-2420123

Monday, May 15, 2017

SAKIT SENDI DAN LUTUT APA UBATNYA



Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di seluruh dunia !

A very special thanks to you 

Hari ini Kak SS nak bercerita tentang sakit sendi dan lutut. Ramaikan yang ada masalah ni terutama sekali mak ayah kita di kampong tu. Kesian nya lah hai.

Sakit sendi ni atau lebih popular dengan perkataan Osteoarthritis adalah sakit sendi yang berciri keradangan. Sendi adalah bahagian badan di mana dua tulang berlainan di temukan.

Ianya berlaku bila tulang rawan kita menjadi haus. Haa..tulang rawan nilah yang membentuk permukaan sendi kita. Inilah yang buat sendi kita tu jadi bengkak, sakit dan kebas. 


Keradangan terjadi sebab darah ( tak cukup khasiat) yang dibekalkan tu menjadi kurang. Nak tau sebab apa ? Sebab, tubuh badan kita ni tak dapat menghasilkan zat makanan yang cukup. 

Sendi bahagian lutut lah yang biasanya akan rasa keradangan ni kan. Sebab lutut kita ni lah yang bertugas menampong berat badan kita. Haa...besar dan berat tugas lutut kita ni taubtak. Kesian dia. Jadi kita kenalah jaga dia elok-elok.


Apa tanda-tanda Osteoarthritis ni?

1. Sakit pada sendi yang terlibat
2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi
3. Sesetengahnya akan menjadi bengkak
4. Tulang sendi menjadi besar

Sampailah masanya untuk kita menjaga tulang sendi kita ni baik-baik yer.

Kak SS nak suggestkan beberapa supplement Shaklee yang memang dah terbukti terbaik untuk masalah sendi korang semua.

1. Advanced Joint Health Tablet

AJHT ni berkhidmat dalam 3 cara 
i) menyokong keselesaan sendi
ii) memelihara tisu penyambung untuk sihat
iii) meningkatkan kesan kusyen

2. Omega Guard


Ia adalah Omega 3 yang boleh melambatkan degradasi tulang rawan. Omega dapat mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi kita tu. Boleh lah bantu kita kurangkan gejala penyakit sendi. Omega ni dia bertindak sebagai pelincir juga tau. oleh lah kita bergerak dengan lebih bebas.

3. Ostematrix

Sumber kalsium terbaik ni tau. Magnesium dalam Ostematrix ni bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang kita.
 Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan saja bantu kuatkan tulang tapi juga dapat bantu kita kurangkan gejala osteoarthritis.

4. Vivix

Vivix mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi kita. Kajian menunjukkan resveratrol ( bahan utama dalam Vivix) berkesanuntuk mengatasi masalah keradangan, antioksidan, memperbaiki DNA dan menghalang sel daripada rosak. Ia bukan saja sangat bagus untuk sendi malah baik untuk pelbagai penyakit lain seperti kanser, diabetes, darah tinggi, jantung dan banyak lagi.

Jom sama-sama kita jaga tulang dan sendi kita.

Jom sihat dan cantik dengan Kak SS yer.

PM tau - 0132420123



DETOX DENGAN SHAKLEE UNTUK BUANG TOKSIN



Hi semua kesayangan Kak SS. Harini Kak SS nak bercerita tentang detox. Semua orang tahu kan detox ni biasanya dikaitkan dengan kurus dan untuk buang toksin daripada badan kita.

Apakah yang menyebabkan toxic berlebihan dalam badan kita ?

* Selalu letih, lesu dan tak bertenaga
* Daya tumpuan dan ingatan jadi lemah
* Murung 
* Imsomnia atau tidur yang tak berkualiti
* Sembelit atau cirit birit
* Masalah jerawat, ekzema, psoriasis, akne
* Rasa gatal-gatal seperti ekzema dan alahan
* Badan dan nafas yang berbau
* Peredaran darah menjadi lemah

Dalam supplement Shaklee terdapat beberapa supplement yang sangat sesuai untuk kita ambil sekiranya kita ingin melakukan proses detok tau. Nak tau apa dia? Meh sini Kak SS bagitu yer.

DTX Complex

DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat dan memelihara aliran hempedu. Ia telah dihasilkan daripada gabungan 6 jenis herba dengan antioksida. Ia juga telah diuji secara klinikal untuk mengekalkan sel-sel hati yang sihat.

Herb-Lax

Herb-Lax direka untuk tindakan pembersihan dan membantu proses semula jadi badan. Herb-Lax adalah gabungan 9 herba termasuk daun Senna yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

Vivix

Vivix diformulasikan dengan anggur Muscadine iaitu sejenis polyphenol yag tinggi antioksida dan energy booster yang sangat hebat. Semasa proses detox, Vivix membantu memberi tenaga pada sel untuk membaik pulih kesan toksin yang merosakkan badan.Ia juga beri tenaga untuk menyahtoksin dengan lebih efisyen.

Alfalfa

Daun Alfalfa tinggi nutrisi kerana akarnya yang panjang dan dalam dapat menyerap pelbagai mineral. Alfalfa membantu melawan keasidan (asid) yang terjadi akibat toksin yang berlebihan dalam badan dan turut bantu untuk turunkan berat badan juga.

Papermint Ginger Plus

Seperti namanya, dalam Papermint Ginger Plus ada daun pudina dan halia. Khasiatnya dapat menghilangkan angin dan kembung perut.

Sekiranya korang teringin nak buat proses detox dan buang toksin nanti bolehlah hubungi Kak SS yer.

013-2420123

Jom sama-sama kit buang toksin !

Sunday, May 14, 2017

SELAMAT HARI IBU UNTUK IBU SELURUH DUNIA



Selamat Hari Ibu untuk semuaaaaaaa ibu-ibu di dunia ini. Kita semua memang ibu terhebat !๐Ÿ’–.

Ramai yang happy sangat meraikan harinibu dengan ibu masing-masing harini kan. Memang lah hari-hri hari ibu tapi tak salah rasanya kalau sehari kita celebrate lebihhhhh istimewa harini kan.

Kak SS harini berkumpul dengan adik-beradik perempuan dan anak-anak perempuan di rumah mak. Cik kembau Kak SS (Sanisah Salleh) belikan kek dan sesikit kuih-muih. Along (Salinah Salleh) pulak bawak goreng pisang ketot-ketot ๐Ÿ˜ tapi sedap. Manissss sangat. Anak buah (Shahizatul Ainah) belikan nenek Special in box Cookies Famous Amos. Yummyyyy!

Semoga kita semua dirahmati  Allah Taala dan berjaya berbakti menjadi IBU yang terbaik untuk ahli keluarga kita ๐Ÿ˜.

Selamat hari ibu korang semua !

Kak SS sayangggggg korang tau ๐Ÿ’–

Muahciked ๐Ÿ˜๐ŸŒธ.