Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.m.k.t.h.
Tak sampai sebulan lagi kita semua umat islam akan menyambut kedatangan bulan yang penuh berkah. Bulan yang banyak ganjaran pahala dan nikmat berganda , bulan Ramadhan.
Dah sedia ke korang semua ? Dah sedia mental dan fizikal ? Ramai yang mengadu letih dan tak cukup cergas masa bulan puasa kan ? Terutama sekali ibu-ibu yang kena bangun awal nak siapkan juadah sahur untuk keluarga. Kalau yang bekerja lagilah kan. Lepas sahur kadang-kadang tak sempat pon nak rehat atau pejamkan mata walau seketika sebab nak settlekan kerja rumah sebelum bergegas ke pejabat pulak. Kak SS pon pernah rasa semua tu masa masih bekerja dulu. Memang penat !
Nak share lah dengan korang semua tips untuk kekal cergas masa bulan puasa nanti yer.
1) Lewatkan waktu sahur
Sebab glukos (sumber tenaga) daripada karbohidrat yang kita makan waktu sahur tadi akan tahan lebih lama.
2) Ambil makanan yang lambat untuk di hadam
Contoh seperti nasi, roti jagung, oat, bijirin, roti mil , sayur dan buah. Semua ini mengadungi karbohidrat kompleks dan serat dan akan berada dalam perut dalam jangkamasa lama serta melambatkan rasa lapar.
3) Kurangkan makanan yang cepat dihadam semasa berbuka.
Contoh roti putih, kuih, jus buah, sup , bubur sebab ia mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang cepat dihadamkan
4) Elakkan makanan bergoreng dan berlemak. Makan seperti ini boleh menyebabkan pedih ulu hati.
5) Makan 3- 4 biji kurma semasa berbuka.
Selain makanan sunnah, ia mengandungi gula, serat, karbohidrat dan zat galian yang baik untuk kesihatan.
6) Kurangkan makanan manis.
Makanan manis cepat membuat kita rasa letih kerana tak dapat disimpan lama dan cepat hadam.
7) Banyakkan minum air kosong semasa sahur dan berbuka.
8) Elakkan makanan berempah dan pedas. Ia boleh menyebabkan gastrik.
9) Elakkan minuman bergas dan berkafein sebab ia bleh menyebabkan kita kerap buang air kecil dan kehilangan air dalam badan cepat berlaku.
Selain daripada tips di atas , korang boleh juga ambil minuman Performance Drink dan ESP Soy protin untuk mengekalkan tenaga dalam badan.
ESP boleh diminum semasa bersahur. Korang akan rasa lebih kenyang dengan khasiat susu soya yang kaya dengan khasiat untuk rasa kenyang lebih lama.
Performance drink dapat menambah tenaga tambahan dan rasa lebih segar. Ia melengkapi nutrisi harian yang dipelukan oleh badan. Rasa segar buah oren yang enak pasti membuatkan korang cergas dan bertenaga sepanjang Ramadhan.
Hubungi Kak SS untuk mendapatkan ESP dan Performance Drink yer.
0132420123
No comments:
Post a Comment