Monday, May 1, 2017

JADI NURSE HARI.INI 😁

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.r.w.k.t.

Selamat Hari Pekerja !

Cuti-cuti ni korang buat apa tu ? Kak SS pagi-pagi dAh ke pasar . Belikan mak nasi lemak sambal kerang. Untuk En.Somi yang demam Nasi Kerabu dan Nasi Dagang. Untuk anak-anak nasi lemak. Beli juga ayam dan sayur untuk masak tengahari nanti.

Hantar sarapan ke rumah mak dulu. Duduk bual dengan mak dan sepupu Kak SS yang datang melawat mak. Kemudian balik ke rumah pulak untuk bagi En.Somi minum dan anak-anak. Anak dara sulong memang jaga nenek dia dan tinggal di rumah mak buat sementara waktu sementara dia bercuti semester.

Masak pula untuk lauk tengahari. Masak lemak ayam dan sayur bayam. Dah siap , bawak ke rumah mak dan ajak mak makan.

Sebelum tu Kak SS harini jadi nurse !😁. Tolong cucikan luka mak. Anak dara tak berani buat. Berani tak berani Kak SS kenalah buat juga. Alhamdulillah, luka mak kering. Tak berair. Ada juga benang yang dah mula tercabut sendiri. Cuma mak kata dia rasa perit sikit sebab luka dah makin mengering dan kehitaman. Macam tu juga lah Kak SS rasa selepas bersalin kan anak pertama dan ke lima secara pembedahan dulu. Kesian mak !

Lepas makan, bagi mak makan Vivix sesudu sebab  pagi tadi anak dara lupa nak bagi mak makan Vivix. Vivix tu memang Kak SS letak di freezer atas tapi tak beku pon ! Serius tau ! Lagi sedap mak makan sebab sejukkkkk jer masuk ke tekak mak. Mak batuk pulak dan selsema. Tapi dah belikan mak ubat batuk dan selsema tadi.

Petang, Kak SS beli pizza untuk kami makan. Dah kenyang dah adik pulak datang bawak sate pukul 10.00 malam ! Waduhhhh...tambah lemak la jawab nya ni !😜.
Malam ni kena telan herblax lebih sikit. Esok kasi flush. Hihihi.

Semoga mak kuat semangat dan cepat sembuh yer mak. Mak memang kuat semangat ! Mak kuat ! Mak hebat !

L.O.V.E

No comments:

Post a Comment