Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat yang terbakar pagi semalam sememangnya memgejutkan seluruh rakyat Malaysia.
Perjalanan terakhir anak-anak syurga menuju ke syurga firdausi diiringi dengan suasana cuaca yang mendung. Sesekali hujan yang turun seakan turut sama menangisi perjalanan anak-anak bertuah ini.
Apa lagi yang boleh kita katakan. Sedih, sayu, pilu dan menyayat hati. Semuanya telahpun diluahkan di merata laman sosial. Malah di dada-dada akhbar dan di media elektronik.
Bagi Kak SS, ini bukan masa nya untuk menuding jari menyalahkan sesiapa sahaja. Ini masanya untuk kita mendoakan agar Allah Taala merahmati perjalanan ana-anak syurga ini ke tempat yang kekal abadi.
Wahai ibu, wahai ayah, berbahagialah kalian kerana telah ada bakal-bakal tangan yang akan memimpin kamu menuju ke pintu syurga Allah Taala.
Al-fatihah.
Al-fatihah.
"Berbahagialah kamu anak-anak syurga"
"Dan airmata ini mengalir deras"
#KakSS
#IbuAnakLima
Al-fatihah. InsyaAllah syurga menanti mereka yang terkorban dalam kejadian nahas ini.
ReplyDeleteIn Sya Allah
DeleteAamiin