Siapa yang tak kenal dengan atok dalam gambar ni ?. Semua kenal kan. Ada yang tiap-tiap minggu kenal. Ada yang tiap-tiap bulan kenal 😀.
Kolonel Harland David Sanders, merupakan pengasas restoran makanan segera KFC. Seorang lelaki tua berjanggut putih, berbaju putih dan berkacamata yang lahir pada 9 Septber 1890 di Henryville, Indiana, AS.
Pada usia 6 tahun, ayahnya meningga dunia. Ibunya pula tidak bekerja sehinggakan beliau perlu menjaga adiknya yang berumur 3 tahun. Kesian kan.
Resipi ayam gorengnya pernah ditolak sehingga 1009 kali oleh pemilik restoran. Pernah belerja sebagai seorang askar, bomba dan jurujual insuran.
Selepas berkahwin, beliau ditinggalkan isteri. Pernah mendapat ijazah dalam bidang undang-undang namun dipecat kerana terlibat dalam pergaduhan di tempat kerja dengan pelanggan sendiri. Sudah jatuh ditimpa tangga pulak dah.
Sanders pernah menjual ayam gorengnya di stesen minyak di North Corbin dengan sewa percuma. Restoran pertama yang bersetuju menjadi francais Kolonel Sanders adalah hotel bernama Do Drop Inn, yang terletak di Salt Lake City, Utah yang menjadi tapak pertama KFC.
Pada tahun 1964, Kolonel Sanders menjual syarikat francaisnya dengan harga 2juta dan hanya meneruskan tugas sebagai duta kepada KFC sehingga hujung hayatnya.
Beliau meninggal dunia pada Jun 1980 pada usia 90 tahun keran sakit leukemia dan radang paru-paru.
Apa kaitan atuk ayam KFC ni dengan akak ? 😂.
Sebenarnya tak ada kaitan langsung. Dia omputeh, akak orang Asia 😁. Cuma apa yang akak suka sangat dan terinspirasi dengan kisah hidup atuk ni ialah SEMANGAT DAN USAHA beliau yang tak pernah jemu walau kegagalan demi kegagalan beliau hadapi.
🌿 Sekali gagal, segeralah bangkit kembali.
🌿 Jangan mudah berputus asa.
🌿 Usia bukan penghalang untuk berjaya
🌿 Teruslah belajar tanpa kenal jemu.
Jom serap aurau semangat atuk janggut putih ni ramai-ramai 😍.
Ada yang nak belanja akak makan KFC ? Eh..eh 😁.
#KakSS
#Smartakademi
#isninfantastic
No comments:
Post a Comment