Wednesday, October 18, 2017

Jalan-jalan cari makan hari cuti Deepavali



Happy Deepavali semua.
Sebahagian daripada ahli keluarga Kak SS

Cuti harini pagi-pagi Kak SS dah berkumpul dengan semua adik-beradik dan mak untuk sarapan pagi. Kami memilih sebuah restoran yang terletak di Taman Sri Pulai sebab kat sini banyak pilihan makanan. Daripada masakan mamak hinggalah ke menu masakan melayu.

Pilihan akak mestilah tosei 😁. Dah sama pulak dengan kesukaan ibu mertua akak yang tiap pagi nak makan tosei jer. Pilihan ahli keluarga yang lain bermacam-macam. Ada roti canai, maggi goreng, mee goreng, lempeng, mee kari, mihun soto dan kuih-muih seperti roti jala dan vadey. Ambik kooo..kemain meriah memasing memilih menu. Sekali-sekala berkumpul macam nilah gayanya.
Tosei sini sedap juga lah


Dah hampir nak habis makanan nya tu 😂


Selesai sarapan, masing-masing kembali ke rumah masing-masing. Sebelum tu along (kakak Kak SS yang sulung) buat plan mengejut untuk semua adik-beradik perempuan sahaja dan mak untuk berjalan pula ke Melaka. Hajatnya nak makan cucur udang Alor Gajah yang popular tu ler.

Sebelum jadi drebar, recharge tenaga dengan minuman bertenaga Cinch Tea + Lemon + Madu + Ais. Segar bijik mata akak tau 😁.


Nilah kedai cucur udang Alor Gajah yang pemes tu

Lebih kurang jam 3:30pm, kami bergerak dari Seremban ke Alor Gajah. Alhamdulillah lebuhraya tak sesak. Orang pun tak lah ramai sangat beratur nak beli cucur udang tu. Kalau biasanya hari cuti memang ramai beratur panjang.

Nyum nyum !

Selesai menjamu selera di sini, kami bergerak ke Klebang pula. Hajat di hati nak beli Kuih Keria Antarabangsa dan Coconut Shake. Tapi nasib tak menyebelahi kami, kedua-dua kedai ni dah habis jualannya. Pekerja nya pun dah siap basuh bekas dah 😂. Makan angin jer lah nampaknya.



Panas sungguh Melaka ni. Nampak tu, dah hampir nak habis air Cinch Tea lemon honey ice akak


Apa lagi, balik jer lah kan. Nasiblah tak ada yang mengandung dan mengidam 😁. Kalau tak, bak kata orang jawa , ngences 😊.

Sempat bergambau dengan Cik Kembau. Kebetulan pulak sama kaler baju dan kasut harini. Nama pun kembau kan 😂. Eh, tapi kami tak rancang tau. Instinct kuat kot 😍


Itulah kisahnya short vacation akak hari ini. Mata ni tak mengantuk pulak sebab dah minum Cinch Tea siang tadi. Kaki jer lengih sikit sebab tekan pedal minyak pergi balik. Ostematrix pun dah makan. Esok bangun pagi legalah segala lenguh dan sengal badan dan kaki ni. 

Ostematrix memang vitamin kalsium terbaik dari ladang


Sebelum terlupa, akak nak ucapkan terima kasih berjuta-juta lemon kat along akak ,sebab daripada sarapan pagi hinggalah ke acara jalan-jalan cari makan ke Melaka hari ini di taja penuh oleh dia 😍.

Semoga murah rezeki along !

Terima lasih daun keladi,
Esok-esok belanjalah lagi 😂.

Nak order vitamin sila klik kat sini jer tau - www.wasap.my/60132420123

#KakSSkisahjalandenganfamili

Tuesday, October 17, 2017

Apa yang penting sebelum mulakan perniagaan online





Bagi akak, akak akan cuba dulu produk yang kita ingin cuba untuk buat bisnes. Tak kiralah bisnes online ataupun offline.



Macam sekarang ni, sebelum akak mula dengan bisnes Shaklee ni, akak dah terlebih dulu mengamalkan produk tersebut.

Antaranya ialah Vitamin C, ESP, Alfalfa dan Lecithin. Kemudian ditambah pula dengan Garlic, Gla Complex, Vitamin E , Vivix dan Ostematrix.

Apabila kita dah merasakan kesannya, mudahlah nak menjual kepada yang lain. Mudah nak menceritakan keberkesanan dan kebaikan produk tersebut.

Kelebihan bekerja dari rumah, atau pun disebut sebagai WAHM (Working At Home Mum), bagi akak, akak mempunyai masa yang lebih untuk keluarga. Kedai pun tak perlu untuk di sewa. Hanya perlu internet, handphone dan juga laptop.




Jangan lupa juga untuk selalu mengikuti kelas samada daripada mentor bisnes ataupun upline kita sendiri. Banyak ilmu yang boleh diserap untuk membangunkan lagi bisnes kita.

Alhamdulillah, keserasian diikuti dengan keberkesanan memang banyak membantu kelancaran perjalanan bisnes kita.

Tingkat kepercayaan kastemer pun semakin bertambah. Maka dengan itu, bertambahlah mereka yang membeli daripada kita.

Ikhlaskan hati dan pasang niat untuk bantu orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Selamat berniaga dengan niat yang lurus !


#KakSSmenulis

Monday, October 16, 2017

Elakkan sakit sendi dan saraf serta sakit kaki



Selalu akak di pesan, kalau nak menulis, tulislah dari hati. Tulislah pengalaman sendiri. Tulislah apa yang pernah dirasai.

Hari ini, akak nak tulis dari hati apa yang akak rasa.

Dulu, akak susah nak bangun pagi. Bukan sebab tak terjaga. Lebih dari asyik terjaga-jaga. Pendek kata, tidurnya tidak berkualiti.

Bila bangun pagi, masyaallah, kaki menjerit sakit sekali. Badan bagi di tusuk duri. Segala sendi pun ngilu sekali.

Di perkenalkan dengan vitamin kalsium yang lengkap dengan magnesum dan vitamin D, memang pada awalnya ada rasa curiga dihati. Tapi lepas habis sebotol, baru perasan tidur dah nyenyak kembali. Bangun pagi pun dah tak susah lagi. Sebab, badan dah tak sakit-sakit lagi.

Alhamdulillah, syukur dipertemukan dengan vitamin semulajadi Shaklee.

Korang yang ada masalah yang sama dengan akak, tak rugi mencuba Ostematrix.

Sakit gigi pun dah lama akak tak rasa. Kalau nak suruh gigit kayu pon dah boleh ni 😀.



Jom lah cuba  amalkan Ostematrix.

Klik sini untuk order tau - qww.wasap.my/70132420123

"SIHAT DAH PASTI, BAHAGIA APATAH LAGI"

#KakSSKongsi
#InfoShaklee
#Matahariawesome
#Smartliciousfamily

Saturday, October 14, 2017

Perjuangan baru bermula




Ini kisah semalam. Tarikh 14hb. October 2017.

Perjalanan menuju ke Pullman Hotel , Putrajaya sangat mengujakan. Hati berbunga-bunga. Diiringi 3 puteri sebagai bodyguard dan tukang bukak waze 😂.

Sebenarnya nama untuk naik stage ada nama Abag Misai sekali, tapi biasa lah, tugas seorang anggota polis, berkhidmat untuk masyarakat tak ikut waktu pejabat.

Perjalanan langkah Kak SS dalam dunia Shaklee baru bermula. Banyak pengorbanan yang perlu di akui. Suka, gembira, tawa dan airmata memang tak pernah lekang dari diri kerdil ini. Dan berjaya menapakkan kaki ke tangga pertama dalam rank shaklee sebagai seorang leader "Supervisor" adalah detik yang sangat mengujakan dan menggembirakn.

Sangat jauh lagi perjalanan yang harus ditempuh. Sangat banyak lagi pengorbanan yang perlu di lakukan. Airmata yang tumpah berbaldi-baldi sangat berharga. Kalau nak di bawa meminang Si Puteri Gunung Ledang pun rasanya dah cukup 7 tempayan !.

Yer, bagi orang lain, apalah sangat naik rank le Supervisor tu !. Tapi bagi akak, sekali melangkah, aturlah langkah dengan gigih dan penuh kesabaran untuk ke tangga seterusnya.

🌸  SUPERVISOR
🌸  SENIOR SUPERVISOR
🌸  COORDINATOR
🌸  SENIOR COORDINATOR
🌸  KEY COORDINATOR
🌸  SENIOR KEY COORDINATOR
🌸  MASTER COORDINATOR

Nampak, jauh lagi perjalanan yang perlu akak lalui. Tapi kita perlu yakin, dan berdoa kepada Allah Taala dengan usaha yang gigih. Allah maha baik, yang tak akan menghampakan permintaan hambanya yang bekerja kuat dan minta kepadanya.

Terima kasih kepada mak, suami, anak-anak dan adik-beradik, yang selalu mendoakan.

Terima kasih kepada mami ku dalam Shaklee "Pn Doktor Nor Amlizan Bte Ramli. Terima kasih kerana tak pernah jemu meniupkan semangat ketika akak hampir rebah. Selalu memukul dan menjentik sayang bila akak tersasar dari landasan. Selalu meniupkan semangat agar api tak pernah padam walaupun dalam ribut taufan.

Terima kasih Neni-neni ku dalam Shaklee "Neni Riza Afzan" , "Neni Ainul Malik" , "Neni Lyna Noh". Tanpa tunjuk ajar dan teguran serta ketukan dari anda semua, kami tak akan berjaya. Terima kasih kerana berkorban masa dan waktu senggang dengan keluarga semata-mata untuk mencurahkan ilmu kepada kami. Sungguh luarbiasa !

Pimpin tangan kami, jangan lepaskan !

Dan airmata pun mengalir deras.


Sempatlah posing depan Trip Shaklee board ni walaupun akak belum layak lagi. Tahniah untuk mereka yang dapt join Trip Meditteranean Cruise dan Bangkok Cruise .


Bukan senang untuk meletakkan diri di suatu tempat yang tinggi.


Terbalik pulak sijil Supervisor tu anak dara akak pegang 😂.

Anak dara sorang lagi yang tukang bukak waze. Si kecik tu pantang orang bergambar 😂.


Bertudung merah-Neni Ainul Malik yang banyakkkkkk sangat berkorban masa mendidik kami dengan ilmu percuma.
Di tengah, Kakina yang sama dapt anugerah Supervisor hari ini. 

Ini lah Master Lyna Noh dan Master Zainul. Pasangan suami-isteri yang sangat banyak memperuntukkan masa, yang sangat bertanggungjawab mendidik kami. Founder of iReach. We love iReach 💖.


Pin yang tersemat di dada tu, sangat berharga. Di capai dengan linangan airmata .

Aayrafiah dan suami, biasa jumpa di dalam kelas online. Hari ini dapt bertentang mata.


Master Nur Zahirah, cuma kenal di FB. Menjemput akak untuk jadi rakan di FB beliau. Sangat kecil.molek orangnya. Thank you Master.

Nursuria Turano. Hanya kenal di sunia FB. Ingat kpd Najib Turano (pemenang 4 pingat emas Aukan Paralimpik 2017). Inilah kakak beliau. Terima kasih kerana menegur akak yer. Tak perasan sebab dalm FB nampak comel. Bila jumpa, masyaallah cantik nya dia.

I am one of the leader !


Acara wajib mula-mula sampai mestilah posing dengan Makcik Kecik Diva ni 😂.



Owh, sebelum terlupa, klik sini untuk order vitamin Shaklee yer - www.wasap.my/60132420123

I am your trusted SID !

Terima kasih semua yang sudi membaca 💖.



Wednesday, October 11, 2017

Petua buang angin dalam.badan


Ada yang berangin ke harini ?😂

Tak yah lah berangin selalu haihh..nanti tak cun !. Muka pun nampak berkedut jer. 

Dulu mak mertua Kak SS ada ajar cara macamana nak buang angin dari dalam badan tau. Mula-mula tu rasa macam , "Eh, boleh ke aku minum ni ".

Tapi selepas mencuba, rasa jatuh chenta sangat tau. Senang jer cara dia.

Bahan-bahanya :-

1) Serai - 7 batang

2) Air seperiuk sederhana

3) Halia - sebesar ibu jari dihiris

4) Gula Nau - 1 atau 2 potong ( potongan bentuk bulat tu mcm permukaan cawan)

Cara masak :-

Masukkan semua bahan ke dalam periuk yang berisi air tadi, masak sehingga mendidih.

Siap !😍.

Rasa dia , sangat sedap. Badan pun rasa sedapppp jer lepas minum air ni tau.

Cubalah.


Selain daripada minuman di atas, korang boleh juga amalkan supplement Shaklee iaitu Papermint Ginger.

Ia mengamdungi herba asli seperti halia, jintan hitam, jintan manis dan pudina. 

Perut sebu? Banyak angin ?Ibu alami morning sickness?Loya dan kerap muntah? masalah gastric? Mabuk laut dan darat? Masalah penghadaman? , semua masalah ini boleh di atasi dengan pengbilan Papermint Ginger.



Dua minggu lepas, Kak SS sakit perut sebab banyak sangat makan buah mangga. Perut memang rasa tak selesa. Sebu jer. Teringat Papermint Ginger ada kat dapur. Ambil sebiji dan telan. Dalam lebih kurang setengah jam macam tu , Alhamdulillah, lega sangat perut akak.

Korang yang ada masalah angin dalam badan, ibu hamil yang selalu rasa loya atau morning sickness, gastrik ke memang sesuai sangat makan Papermint Ginger ni.

Kat mana nak beli ?

Klik sini jer - www.wasap.my/60131420123

FB akak - sarimahsalleh https://www.facebook.com/sarimah.salleh1


Tuesday, October 10, 2017

Hobi dan minat akhirnya jadi sumber pendapatan sampingan


Bismillah.

Dua tiga hari ni sibuk betul dengan jahitan manik Kak SS. Mungkin ramai yang tak tau akak ni ambil upah jahit manik juga kan. Hehehe, hobi yang pada asalnya hanya sekadar minat sekarang dah jadi sebahagian daripada kerja di masa lapang akak. Dapatlah buat tambah duit belanja dapur 😍.

Dulu time anak dara jahit manik ni ikut suka jer. Tak der berguru pun. Lepas kahwin , akak mula mengikuti beberapa kelas dengan guru jahitan manik. Orang cakap, berguru dengan guru yang betul ni, rezeki berkat. 

Antara guru akak ialah Amoi Leyna , Lili Rahman , Nora Rahman, Pn Rosita Jaafar dan Musalmah Osman.

Selain daripada berguru, akak beli jugak buku dan nota tentang manik ni daripada otai-otai manik kat Malaysia ni. Di antaranya ialah Sheik Azmi dan Dashanish Design.

Jahit manik ni kan, yang paling Penting sekali ialah SABAR.  Kalau tak ada sifat sabar memang tak jadi lah. 

Jom layan sebahagian daripada hasil kerja tangan akak yer.









Ada banyak lagi koleksi jahitan manik akak. Tak muat semua nak sumbat kat sini 😁.

Korang boleh tengok dekat albim Facebook akak yer     https://www.facebook.com/sarimah.salleh1


Friday, October 6, 2017

Bagaimana atasi masalah gastrik




Adooi sakitnya gastrik!


Salam semua! Semoga ceria selalu! Apa? Ada yang sakit perut? Tersalah makan, makan lambat atau tidak makan? Gastrik? Nak tahu bagaimana gastrik terjadi? Jemput baca entri ini yang akan berkongsi cara elak serangan gastrik. 


set supplement atasi gastrik shaklee


Penyakit yang sangat biasa dialami di kalangan org dewasa ialah gastrik. Sekiranya kita mengalami sakit perut apabila tidak makan atau makan lambat, perkataan yang sering kita dengar adalah gastrik. Istilah gastrik seringkali disalahgunakan apabila seseorang itu mengalami sakit perut. Mari kita baca serba sedikit mengenai penyakit ini. Insyallah ia boleh membantu kita menentukan samada sakit perut disebabkan gastrik atau pun sebaliknya.




Apa Gastrik?
Gastrik atau istilah perubatannya gastritis. Sejenis penyakit keradangan pada dinding/ pengalas/ mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya keradangan berlaku berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.




Bagaimana kita nak elak serangan gastrik ini? Setiap penyakit ada penawarnya. Begitu jugalah dengan gastrik. Penyakit ini boleh pulih seperti sedia kala jika kita berjaya menghindarkan punca-punca berlakunya gastrik. Tapi kita jangan risau. Kita boleh amalkan supplement Shaklee untuk mengelakkan serangan gastrik terjadi. Insyallah gastrik akan sembuh jika terus diamalkan.



Sebelum tu mari kita mengetahui apakah simptom gastrik ini:
  • Sakit ulu hati
  • Rasa mual
  • Rasa perut kembunng
  • Kemungkinan pesakit juga akan muntah
  • Sendawa (jika berlaku, ianya tidak mengurangkan rasa sakit)
  • Rasa kenyang dgn hanya makan dlm kuantiti yg kecil
  • Hilang selera makan
  • Turun berat badan

Mari kita lihat apakah supplement Shaklee untuk atasi serangan gastrik :



ESP
  • Meneutralkan keasidan dalam perut disebabkan jus gastrik. ESP bersifat alkali dan apabila bercampur dengan asid perut ia akan mengurangkan hakisan pada dinding perut.
  • Kemudian zat asid amino dalam ESP akan membina sel dan tisu baru pada dinding perut.
Ostematrix
  • Vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
  • Membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
  • Kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.
B Complex
  • Bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. 
  • Melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.
  • Berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi.

Jom kita tengok testimoni pula :

Cara Elak Serangan Gastrik Dengan Shaklee



Testimoni set supplement atasi gastrik shaklee


Korang yang ada penyakit gastrik tu , jangan malu jangan segan klik jer kat sini untuk order Set Gastrik Shaklee ni yer - www.wasap.my/60132420123

Kak SS @ Sarimah Salleh
013-2420123