Ini kisah semalam. Tarikh 14hb. October 2017.
Perjalanan menuju ke Pullman Hotel , Putrajaya sangat mengujakan. Hati berbunga-bunga. Diiringi 3 puteri sebagai bodyguard dan tukang bukak waze 😂.
Sebenarnya nama untuk naik stage ada nama Abag Misai sekali, tapi biasa lah, tugas seorang anggota polis, berkhidmat untuk masyarakat tak ikut waktu pejabat.
Perjalanan langkah Kak SS dalam dunia Shaklee baru bermula. Banyak pengorbanan yang perlu di akui. Suka, gembira, tawa dan airmata memang tak pernah lekang dari diri kerdil ini. Dan berjaya menapakkan kaki ke tangga pertama dalam rank shaklee sebagai seorang leader "Supervisor" adalah detik yang sangat mengujakan dan menggembirakn.
Sangat jauh lagi perjalanan yang harus ditempuh. Sangat banyak lagi pengorbanan yang perlu di lakukan. Airmata yang tumpah berbaldi-baldi sangat berharga. Kalau nak di bawa meminang Si Puteri Gunung Ledang pun rasanya dah cukup 7 tempayan !.
Yer, bagi orang lain, apalah sangat naik rank le Supervisor tu !. Tapi bagi akak, sekali melangkah, aturlah langkah dengan gigih dan penuh kesabaran untuk ke tangga seterusnya.
🌸 SUPERVISOR
🌸 SENIOR SUPERVISOR
🌸 COORDINATOR
🌸 SENIOR COORDINATOR
🌸 KEY COORDINATOR
🌸 SENIOR KEY COORDINATOR
🌸 MASTER COORDINATOR
Nampak, jauh lagi perjalanan yang perlu akak lalui. Tapi kita perlu yakin, dan berdoa kepada Allah Taala dengan usaha yang gigih. Allah maha baik, yang tak akan menghampakan permintaan hambanya yang bekerja kuat dan minta kepadanya.
Terima kasih kepada mak, suami, anak-anak dan adik-beradik, yang selalu mendoakan.
Terima kasih kepada mami ku dalam Shaklee "Pn Doktor Nor Amlizan Bte Ramli. Terima kasih kerana tak pernah jemu meniupkan semangat ketika akak hampir rebah. Selalu memukul dan menjentik sayang bila akak tersasar dari landasan. Selalu meniupkan semangat agar api tak pernah padam walaupun dalam ribut taufan.
Terima kasih Neni-neni ku dalam Shaklee "Neni Riza Afzan" , "Neni Ainul Malik" , "Neni Lyna Noh". Tanpa tunjuk ajar dan teguran serta ketukan dari anda semua, kami tak akan berjaya. Terima kasih kerana berkorban masa dan waktu senggang dengan keluarga semata-mata untuk mencurahkan ilmu kepada kami. Sungguh luarbiasa !
Pimpin tangan kami, jangan lepaskan !
Dan airmata pun mengalir deras.
Sempatlah posing depan Trip Shaklee board ni walaupun akak belum layak lagi. Tahniah untuk mereka yang dapt join Trip Meditteranean Cruise dan Bangkok Cruise .
Bukan senang untuk meletakkan diri di suatu tempat yang tinggi.
Terbalik pulak sijil Supervisor tu anak dara akak pegang 😂.
Anak dara sorang lagi yang tukang bukak waze. Si kecik tu pantang orang bergambar 😂.
Bertudung merah-Neni Ainul Malik yang banyakkkkkk sangat berkorban masa mendidik kami dengan ilmu percuma.
Di tengah, Kakina yang sama dapt anugerah Supervisor hari ini.
Ini lah Master Lyna Noh dan Master Zainul. Pasangan suami-isteri yang sangat banyak memperuntukkan masa, yang sangat bertanggungjawab mendidik kami. Founder of iReach. We love iReach 💖.
Pin yang tersemat di dada tu, sangat berharga. Di capai dengan linangan airmata .
Aayrafiah dan suami, biasa jumpa di dalam kelas online. Hari ini dapt bertentang mata.
Master Nur Zahirah, cuma kenal di FB. Menjemput akak untuk jadi rakan di FB beliau. Sangat kecil.molek orangnya. Thank you Master.
Nursuria Turano. Hanya kenal di sunia FB. Ingat kpd Najib Turano (pemenang 4 pingat emas Aukan Paralimpik 2017). Inilah kakak beliau. Terima kasih kerana menegur akak yer. Tak perasan sebab dalm FB nampak comel. Bila jumpa, masyaallah cantik nya dia.
I am one of the leader !
Acara wajib mula-mula sampai mestilah posing dengan Makcik Kecik Diva ni 😂.
Owh, sebelum terlupa, klik sini untuk order vitamin Shaklee yer - www.wasap.my/60132420123
I am your trusted SID !
Terima kasih semua yang sudi membaca 💖.
Tahniah akak!!!
ReplyDeleteIni untuk meniupkan semangat Cika juga !
DeleteTahun depan Cikda naik stage taw