Wednesday, October 18, 2017

Jalan-jalan cari makan hari cuti Deepavali



Happy Deepavali semua.
Sebahagian daripada ahli keluarga Kak SS

Cuti harini pagi-pagi Kak SS dah berkumpul dengan semua adik-beradik dan mak untuk sarapan pagi. Kami memilih sebuah restoran yang terletak di Taman Sri Pulai sebab kat sini banyak pilihan makanan. Daripada masakan mamak hinggalah ke menu masakan melayu.

Pilihan akak mestilah tosei 😁. Dah sama pulak dengan kesukaan ibu mertua akak yang tiap pagi nak makan tosei jer. Pilihan ahli keluarga yang lain bermacam-macam. Ada roti canai, maggi goreng, mee goreng, lempeng, mee kari, mihun soto dan kuih-muih seperti roti jala dan vadey. Ambik kooo..kemain meriah memasing memilih menu. Sekali-sekala berkumpul macam nilah gayanya.
Tosei sini sedap juga lah


Dah hampir nak habis makanan nya tu 😂


Selesai sarapan, masing-masing kembali ke rumah masing-masing. Sebelum tu along (kakak Kak SS yang sulung) buat plan mengejut untuk semua adik-beradik perempuan sahaja dan mak untuk berjalan pula ke Melaka. Hajatnya nak makan cucur udang Alor Gajah yang popular tu ler.

Sebelum jadi drebar, recharge tenaga dengan minuman bertenaga Cinch Tea + Lemon + Madu + Ais. Segar bijik mata akak tau 😁.


Nilah kedai cucur udang Alor Gajah yang pemes tu

Lebih kurang jam 3:30pm, kami bergerak dari Seremban ke Alor Gajah. Alhamdulillah lebuhraya tak sesak. Orang pun tak lah ramai sangat beratur nak beli cucur udang tu. Kalau biasanya hari cuti memang ramai beratur panjang.

Nyum nyum !

Selesai menjamu selera di sini, kami bergerak ke Klebang pula. Hajat di hati nak beli Kuih Keria Antarabangsa dan Coconut Shake. Tapi nasib tak menyebelahi kami, kedua-dua kedai ni dah habis jualannya. Pekerja nya pun dah siap basuh bekas dah 😂. Makan angin jer lah nampaknya.



Panas sungguh Melaka ni. Nampak tu, dah hampir nak habis air Cinch Tea lemon honey ice akak


Apa lagi, balik jer lah kan. Nasiblah tak ada yang mengandung dan mengidam 😁. Kalau tak, bak kata orang jawa , ngences 😊.

Sempat bergambau dengan Cik Kembau. Kebetulan pulak sama kaler baju dan kasut harini. Nama pun kembau kan 😂. Eh, tapi kami tak rancang tau. Instinct kuat kot 😍


Itulah kisahnya short vacation akak hari ini. Mata ni tak mengantuk pulak sebab dah minum Cinch Tea siang tadi. Kaki jer lengih sikit sebab tekan pedal minyak pergi balik. Ostematrix pun dah makan. Esok bangun pagi legalah segala lenguh dan sengal badan dan kaki ni. 

Ostematrix memang vitamin kalsium terbaik dari ladang


Sebelum terlupa, akak nak ucapkan terima kasih berjuta-juta lemon kat along akak ,sebab daripada sarapan pagi hinggalah ke acara jalan-jalan cari makan ke Melaka hari ini di taja penuh oleh dia 😍.

Semoga murah rezeki along !

Terima lasih daun keladi,
Esok-esok belanjalah lagi 😂.

Nak order vitamin sila klik kat sini jer tau - www.wasap.my/60132420123

#KakSSkisahjalandenganfamili

No comments:

Post a Comment