Bismillah.
Dua tiga hari ni sibuk betul dengan jahitan manik Kak SS. Mungkin ramai yang tak tau akak ni ambil upah jahit manik juga kan. Hehehe, hobi yang pada asalnya hanya sekadar minat sekarang dah jadi sebahagian daripada kerja di masa lapang akak. Dapatlah buat tambah duit belanja dapur 😍.
Dulu time anak dara jahit manik ni ikut suka jer. Tak der berguru pun. Lepas kahwin , akak mula mengikuti beberapa kelas dengan guru jahitan manik. Orang cakap, berguru dengan guru yang betul ni, rezeki berkat.
Antara guru akak ialah Amoi Leyna , Lili Rahman , Nora Rahman, Pn Rosita Jaafar dan Musalmah Osman.
Selain daripada berguru, akak beli jugak buku dan nota tentang manik ni daripada otai-otai manik kat Malaysia ni. Di antaranya ialah Sheik Azmi dan Dashanish Design.
Jahit manik ni kan, yang paling Penting sekali ialah SABAR. Kalau tak ada sifat sabar memang tak jadi lah.
Jom layan sebahagian daripada hasil kerja tangan akak yer.
Ada banyak lagi koleksi jahitan manik akak. Tak muat semua nak sumbat kat sini 😁.
Korang boleh tengok dekat albim Facebook akak yer https://www.facebook.com/sarimah.salleh1
No comments:
Post a Comment