Saturday, October 14, 2017

Perjuangan baru bermula




Ini kisah semalam. Tarikh 14hb. October 2017.

Perjalanan menuju ke Pullman Hotel , Putrajaya sangat mengujakan. Hati berbunga-bunga. Diiringi 3 puteri sebagai bodyguard dan tukang bukak waze 😂.

Sebenarnya nama untuk naik stage ada nama Abag Misai sekali, tapi biasa lah, tugas seorang anggota polis, berkhidmat untuk masyarakat tak ikut waktu pejabat.

Perjalanan langkah Kak SS dalam dunia Shaklee baru bermula. Banyak pengorbanan yang perlu di akui. Suka, gembira, tawa dan airmata memang tak pernah lekang dari diri kerdil ini. Dan berjaya menapakkan kaki ke tangga pertama dalam rank shaklee sebagai seorang leader "Supervisor" adalah detik yang sangat mengujakan dan menggembirakn.

Sangat jauh lagi perjalanan yang harus ditempuh. Sangat banyak lagi pengorbanan yang perlu di lakukan. Airmata yang tumpah berbaldi-baldi sangat berharga. Kalau nak di bawa meminang Si Puteri Gunung Ledang pun rasanya dah cukup 7 tempayan !.

Yer, bagi orang lain, apalah sangat naik rank le Supervisor tu !. Tapi bagi akak, sekali melangkah, aturlah langkah dengan gigih dan penuh kesabaran untuk ke tangga seterusnya.

🌸  SUPERVISOR
🌸  SENIOR SUPERVISOR
🌸  COORDINATOR
🌸  SENIOR COORDINATOR
🌸  KEY COORDINATOR
🌸  SENIOR KEY COORDINATOR
🌸  MASTER COORDINATOR

Nampak, jauh lagi perjalanan yang perlu akak lalui. Tapi kita perlu yakin, dan berdoa kepada Allah Taala dengan usaha yang gigih. Allah maha baik, yang tak akan menghampakan permintaan hambanya yang bekerja kuat dan minta kepadanya.

Terima kasih kepada mak, suami, anak-anak dan adik-beradik, yang selalu mendoakan.

Terima kasih kepada mami ku dalam Shaklee "Pn Doktor Nor Amlizan Bte Ramli. Terima kasih kerana tak pernah jemu meniupkan semangat ketika akak hampir rebah. Selalu memukul dan menjentik sayang bila akak tersasar dari landasan. Selalu meniupkan semangat agar api tak pernah padam walaupun dalam ribut taufan.

Terima kasih Neni-neni ku dalam Shaklee "Neni Riza Afzan" , "Neni Ainul Malik" , "Neni Lyna Noh". Tanpa tunjuk ajar dan teguran serta ketukan dari anda semua, kami tak akan berjaya. Terima kasih kerana berkorban masa dan waktu senggang dengan keluarga semata-mata untuk mencurahkan ilmu kepada kami. Sungguh luarbiasa !

Pimpin tangan kami, jangan lepaskan !

Dan airmata pun mengalir deras.


Sempatlah posing depan Trip Shaklee board ni walaupun akak belum layak lagi. Tahniah untuk mereka yang dapt join Trip Meditteranean Cruise dan Bangkok Cruise .


Bukan senang untuk meletakkan diri di suatu tempat yang tinggi.


Terbalik pulak sijil Supervisor tu anak dara akak pegang 😂.

Anak dara sorang lagi yang tukang bukak waze. Si kecik tu pantang orang bergambar 😂.


Bertudung merah-Neni Ainul Malik yang banyakkkkkk sangat berkorban masa mendidik kami dengan ilmu percuma.
Di tengah, Kakina yang sama dapt anugerah Supervisor hari ini. 

Ini lah Master Lyna Noh dan Master Zainul. Pasangan suami-isteri yang sangat banyak memperuntukkan masa, yang sangat bertanggungjawab mendidik kami. Founder of iReach. We love iReach 💖.


Pin yang tersemat di dada tu, sangat berharga. Di capai dengan linangan airmata .

Aayrafiah dan suami, biasa jumpa di dalam kelas online. Hari ini dapt bertentang mata.


Master Nur Zahirah, cuma kenal di FB. Menjemput akak untuk jadi rakan di FB beliau. Sangat kecil.molek orangnya. Thank you Master.

Nursuria Turano. Hanya kenal di sunia FB. Ingat kpd Najib Turano (pemenang 4 pingat emas Aukan Paralimpik 2017). Inilah kakak beliau. Terima kasih kerana menegur akak yer. Tak perasan sebab dalm FB nampak comel. Bila jumpa, masyaallah cantik nya dia.

I am one of the leader !


Acara wajib mula-mula sampai mestilah posing dengan Makcik Kecik Diva ni 😂.



Owh, sebelum terlupa, klik sini untuk order vitamin Shaklee yer - www.wasap.my/60132420123

I am your trusted SID !

Terima kasih semua yang sudi membaca 💖.



Wednesday, October 11, 2017

Petua buang angin dalam.badan


Ada yang berangin ke harini ?😂

Tak yah lah berangin selalu haihh..nanti tak cun !. Muka pun nampak berkedut jer. 

Dulu mak mertua Kak SS ada ajar cara macamana nak buang angin dari dalam badan tau. Mula-mula tu rasa macam , "Eh, boleh ke aku minum ni ".

Tapi selepas mencuba, rasa jatuh chenta sangat tau. Senang jer cara dia.

Bahan-bahanya :-

1) Serai - 7 batang

2) Air seperiuk sederhana

3) Halia - sebesar ibu jari dihiris

4) Gula Nau - 1 atau 2 potong ( potongan bentuk bulat tu mcm permukaan cawan)

Cara masak :-

Masukkan semua bahan ke dalam periuk yang berisi air tadi, masak sehingga mendidih.

Siap !😍.

Rasa dia , sangat sedap. Badan pun rasa sedapppp jer lepas minum air ni tau.

Cubalah.


Selain daripada minuman di atas, korang boleh juga amalkan supplement Shaklee iaitu Papermint Ginger.

Ia mengamdungi herba asli seperti halia, jintan hitam, jintan manis dan pudina. 

Perut sebu? Banyak angin ?Ibu alami morning sickness?Loya dan kerap muntah? masalah gastric? Mabuk laut dan darat? Masalah penghadaman? , semua masalah ini boleh di atasi dengan pengbilan Papermint Ginger.



Dua minggu lepas, Kak SS sakit perut sebab banyak sangat makan buah mangga. Perut memang rasa tak selesa. Sebu jer. Teringat Papermint Ginger ada kat dapur. Ambil sebiji dan telan. Dalam lebih kurang setengah jam macam tu , Alhamdulillah, lega sangat perut akak.

Korang yang ada masalah angin dalam badan, ibu hamil yang selalu rasa loya atau morning sickness, gastrik ke memang sesuai sangat makan Papermint Ginger ni.

Kat mana nak beli ?

Klik sini jer - www.wasap.my/60131420123

FB akak - sarimahsalleh https://www.facebook.com/sarimah.salleh1


Tuesday, October 10, 2017

Hobi dan minat akhirnya jadi sumber pendapatan sampingan


Bismillah.

Dua tiga hari ni sibuk betul dengan jahitan manik Kak SS. Mungkin ramai yang tak tau akak ni ambil upah jahit manik juga kan. Hehehe, hobi yang pada asalnya hanya sekadar minat sekarang dah jadi sebahagian daripada kerja di masa lapang akak. Dapatlah buat tambah duit belanja dapur 😍.

Dulu time anak dara jahit manik ni ikut suka jer. Tak der berguru pun. Lepas kahwin , akak mula mengikuti beberapa kelas dengan guru jahitan manik. Orang cakap, berguru dengan guru yang betul ni, rezeki berkat. 

Antara guru akak ialah Amoi Leyna , Lili Rahman , Nora Rahman, Pn Rosita Jaafar dan Musalmah Osman.

Selain daripada berguru, akak beli jugak buku dan nota tentang manik ni daripada otai-otai manik kat Malaysia ni. Di antaranya ialah Sheik Azmi dan Dashanish Design.

Jahit manik ni kan, yang paling Penting sekali ialah SABAR.  Kalau tak ada sifat sabar memang tak jadi lah. 

Jom layan sebahagian daripada hasil kerja tangan akak yer.









Ada banyak lagi koleksi jahitan manik akak. Tak muat semua nak sumbat kat sini 😁.

Korang boleh tengok dekat albim Facebook akak yer     https://www.facebook.com/sarimah.salleh1


Friday, October 6, 2017

Bagaimana atasi masalah gastrik




Adooi sakitnya gastrik!


Salam semua! Semoga ceria selalu! Apa? Ada yang sakit perut? Tersalah makan, makan lambat atau tidak makan? Gastrik? Nak tahu bagaimana gastrik terjadi? Jemput baca entri ini yang akan berkongsi cara elak serangan gastrik. 


set supplement atasi gastrik shaklee


Penyakit yang sangat biasa dialami di kalangan org dewasa ialah gastrik. Sekiranya kita mengalami sakit perut apabila tidak makan atau makan lambat, perkataan yang sering kita dengar adalah gastrik. Istilah gastrik seringkali disalahgunakan apabila seseorang itu mengalami sakit perut. Mari kita baca serba sedikit mengenai penyakit ini. Insyallah ia boleh membantu kita menentukan samada sakit perut disebabkan gastrik atau pun sebaliknya.




Apa Gastrik?
Gastrik atau istilah perubatannya gastritis. Sejenis penyakit keradangan pada dinding/ pengalas/ mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya keradangan berlaku berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.




Bagaimana kita nak elak serangan gastrik ini? Setiap penyakit ada penawarnya. Begitu jugalah dengan gastrik. Penyakit ini boleh pulih seperti sedia kala jika kita berjaya menghindarkan punca-punca berlakunya gastrik. Tapi kita jangan risau. Kita boleh amalkan supplement Shaklee untuk mengelakkan serangan gastrik terjadi. Insyallah gastrik akan sembuh jika terus diamalkan.



Sebelum tu mari kita mengetahui apakah simptom gastrik ini:
  • Sakit ulu hati
  • Rasa mual
  • Rasa perut kembunng
  • Kemungkinan pesakit juga akan muntah
  • Sendawa (jika berlaku, ianya tidak mengurangkan rasa sakit)
  • Rasa kenyang dgn hanya makan dlm kuantiti yg kecil
  • Hilang selera makan
  • Turun berat badan

Mari kita lihat apakah supplement Shaklee untuk atasi serangan gastrik :



ESP
  • Meneutralkan keasidan dalam perut disebabkan jus gastrik. ESP bersifat alkali dan apabila bercampur dengan asid perut ia akan mengurangkan hakisan pada dinding perut.
  • Kemudian zat asid amino dalam ESP akan membina sel dan tisu baru pada dinding perut.
Ostematrix
  • Vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
  • Membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
  • Kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.
B Complex
  • Bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. 
  • Melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.
  • Berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi.

Jom kita tengok testimoni pula :

Cara Elak Serangan Gastrik Dengan Shaklee



Testimoni set supplement atasi gastrik shaklee


Korang yang ada penyakit gastrik tu , jangan malu jangan segan klik jer kat sini untuk order Set Gastrik Shaklee ni yer - www.wasap.my/60132420123

Kak SS @ Sarimah Salleh
013-2420123

Thursday, October 5, 2017

Tips cergas ketika hamil




"Alaa, malas lah bang. Penat ni. Abang tak nampak ke saya tengah mengandung ni ?"

Haa..tu ayat yang selalu keluar bila kita hamil kan. Badan dah berat. Penat kat ofis pun tak habis lagi dah nak kena mengadap kerja kat rumah pulak.

Tapi walau macamanapun kita kena jugak buat kerja rumah. Yang dah anak lebih daripada satu lagilah penat. Kalau dapat suami yang tak berapa nak pandai membantu, memang parahlah jawabnya.

Eh..jangan risau sangat yer ibu comel semua. Kak SS nak share beberapa tips agar sayang semua tetap kekal cergas walaupon semasa sedang hamil.

Cubalah 7 tips di bawah untuk kekal cergas ketika hamil.

1. BANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL

Ironiknya, apabila badan terasa ‘berat’ inilah masanya anda perlu lebih banyak bergerak. Namun, anda tidak perlu menjalankan senaman yang sukar, cukuplah sekadar aktiviti yang santai seperti berjalan di taman.
Selain berjalan, berenang merupakan aktiviti senaman yang sangat sesuai dilakukan semasa kehamilan kerana badan anda akan berasa ringan dan terapung ketika berada di dalam air. Aktiviti fizikal lain yang boleh dijalankan termasuklah yoga, aerobik berimpak rendah, dan tarian.
Tapi, jika anda seorang yang aktif dan rajin bersukan, pastikan rejim senaman anda turut disesuaikan dengan kadar kehamilan.

2. BANYAKKAN MEMINUM AIR KOSONG

Air yang satu ini terlalu banyak manfaatnya. Tidak kira sama ada anda hamil atau tidak, letih, lesu, dan mengantuk juga boleh berpunca daripada kehausan.
Oleh itu, pastikan tubuh anda mendapat air yang secukupnya pada setiap masa. Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

3. MAKAN SEDIKIT TETAPI KERAP

Kajian telah membuktikan bahawa saiz hidangan makan yang sedikit tetapi menyihatkan sebenarnya memberi anda lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang lebih banyak.
Maka, anda digalakkan untuk mengambil 5 hidangan kecil setiap hari berbanding 3 hidangan utama yang anda biasa ambil pada waktu pagi, tengahari, dan malam.
Bagi anda yang suka mengunyah, isi tenaga anda dengan kudapan yang segar dan berkhasiat tinggi seperti kurma, badam, serta buah-buahan setiap empat jam untuk kekal cergas.

4. BERSARAPAN!

Pengambilan sarapan akan menyebabkan sesorang itu lebih bertenaga dan mempunyai emosi yang lebih positif pada hari tersebut.
Pastikan sarapan anda kaya dengan zat besi seperti sayuran, kekacang, dan bahagian daging yang tidak berlemak (lean meat) kerana kekurangannya sering dikaitkan dengan punca letih. Pengambilan vitamin C boleh membantu proses penyerapan zat besi tersebut manakala makanan tenusu pula memberi tindakbalas yang sebaliknya jika diambil bersama.

5. HIRUP UDARA SEGAR

Sebelum memasuki kereta untuk ke pejabat, hiruplah udara yang segar sedalam-dalamnya.  Udara pagi  mengandungi oksigen dalam jumlah yang banyak dapat membantu untuk meningkatkan daya tahan tubuh anda. Ia tidaklah begitu sukar bukan?

6. MANDI DENGAN KERAP

Di Malaysia, faktor panas dan kelembapan akan menyebabkan kita bertambah letih dan kurang selesa akibat peluh.
Mandi sebenarnya dapat meredakan tekanan serta berperanan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Selain itu, anda juga digalakkan berendam di dalam kolam air suam di rumah untuk merehatkan otot-otot yang telah penat bekerja pada waktu siang.
Cuba titiskan aroma menyegarkan dalam tab mandi sebagai terapi bagi anda yang sukar untuk tidur di malam hari.

7. DAPATKAN REHAT DAN TIDUR YANG BERKUALITI

Antara punca utama letih semasa hamil ialah tidak cukup tidur malam. Kalau ada kelapangan, lelapkanlah mata seketika pada sekitar waktu tengahari.
Sekiranya anda tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam, cuba lakukan tips ringkas ini untuk mendapatkan keselesaan:
  • Posisi yang sesuai
Gunakan bantal peluk dan susun beberapa biji bantal yang empuk supaya ia menampung bahagian belakang anda sewaktu dalam posisi mengiring. Kebanyakan pakar mengesyorkan posisi ini untuk keselesaan maksima ketika hamil. Pernahkah anda lihat bantal kehamilan? Bentuknya direka khas untuk fungsi ini.
  • Diserang kekejangan kakiletih?
Rendamkan kaki pada air hangat sebelum tidur boleh membantu otot kaki berehat. Pada waktu siang, lakukan senaman regangan ketika duduk di atas kerusi di tempat kerja, sambil menonton televisyen, dan hindarkan daripada duduk bersila terlalu lama.
  • Minimakan bangun malam untuk buang air kecil
Banyakkan minum air di siang hari dan kurangkan pengambilannya pada sebelah malam. Di samping itu, minimakan minuman berkafein, seperti kopi dan air berkarbonat kerana ia menggalakkan pengumpulan air kencing.
Selain daripada itu, ibu comel sekelian boleh dapatkan set hamil Shaklee untuk bantu sayang semua kekal cergas semasa hamil tau. Swt ni lengkap dengan segala keperluan yang ibu-ibu perlukan. Bukan swtakat ibu jer, malah untuk bakal bayi yang dilahirkan juga.

Antaranya ialah 

1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
Vitalea

  • Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
2) Sustained Release Vita-C
Set Mengandung Shaklee
  • Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
  • Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap badan :(

3) B-Complex

  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)

  • Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
  • Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
  • Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
  • ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.
5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)
Set Mengandung Shaklee
  • Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.
  • Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
  • Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
  • Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
  • Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.
6) OmegaGuard (EPA & DHA)

  • DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.
  • DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
  • Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada :
  1. Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
  2. Perkembangan bayi yang sihat
  3. Pencegahan baby dari mendapat jaundice.

Perkembangan Otak Bayi dalam kandungan amat memerlukan nutrisi ibu yang baik
Keberkesanan Set Mengandung Shaklee dalam menangani dan membantu mengatasi masalah lazim Ibu Hamil terbukti melallui pelbagai sharing dan perkongsian dari ibu-ibu Hamil yang telah menggunakannya.
Salah satunya ada;ah sharing berikut di mana ibu yang anemia ini berjaya mengatasi maslah Anemia semasa Hamil dengan ikhtiar Shaklee.

Jangan lupa bagitau Kak SS tau untuk dapatkan Set Hamil Shaklee ni.

Klik jer kat sini -  www.wasap.my/60132420123

Kak SS tunggu ni 😂.

"Sihat dah pasti, bahagia apatah lagi"

FB - https://www.facebook.com/sarimah.salleh1

Wednesday, October 4, 2017

5 kebaikan minum air kosong



Ramai jer yang tak suka minum air kosong ni kan. Kak SS dulu pun tak suka minum air kosong juga.  Kalau nak minum air mesti nak yang ada kaler merah ke hijau ke oren ke 😂.

Ada yang sama gang dengan akak ke ? Mesti ada ni kan. Tapi korang kena ingat, air putih ni sangat penting tau untuk tubuh badan kita.

Tahu tak yang 50% daripada tubuh badan kita ni terdiri daripada air ?. Tanpa air, kita tak boleh nak pastikan suhu badan kita untuk normal. Air juga penting untuk kita buang zat yang tidak dipakai dalam tubuh nelalui proses berpeluh, urin dan buang air besar.

Kenapa kita perlu air kosong ?

Jom baca kat bawah ni.

🌼  Membangkitkan otot.
Sel-sel otot yang tidak mempunyai cairan yang cukup tak mampu mempertahankan cairan dan elektrolit  , dan membuatkan otot penat. Otot tak dapat berfungsi dengan baik dan akan menjadi lemah.

🌼  Menjadikan kulit bercahaya
Kulit kita sebenarnya mengandungi sangat banyak air. Ia berfungsi sebagai benteng untuk halang daripada hilang air secara berlebihan.

🌼  Mengendalikan kalori
Orang yang sedang berdiet kalau kita perhatikan, mesti minum air kosong banyak kan. Macam akak dulu pun begitu. Minum sampai 3 liter sehari. Ia dapat mengelakkan pengambilan air manis. Air manis nilah penyebab gemuk.

🌼  Memelihara fungsi ginjal
Ginjal kita sangat penting untuk pastikan segala kekotoran dibuang dengan elok. Kalau air kurang, ginjal tak dapat nak proses sisa yang tinggal dalam badan. 

🌼  Mempertahankan fungsi usus yang normal
Bila kita minum air yang cukup, makanan yang kita makan akan melalui saluran pencernaan dengan lancar. Tak derlah jadi kes sembelit. Kalau kita tak cukup minum air, memanglah susah nak buang air besar jawabnya.

Bayangkan kalau kita jarang minum air putih. Banyak masalah kesihatan yang timbul kan.

Jadi, jangan lupa yer minum air putih yang mencukupi setiap hari. 

#KakSS

"Sihat dah pasti, bahagia apatah lagi"

Tuesday, October 3, 2017

Muka dah tak cengkung dengan ESP


Dulu tak kenal pun ESP ni. Pandang pun tak. Memang tak pernah dengar pun. Walhal punyalah lama berada di pasaran. Teruk betul kan 😀.

Kak SS kenal ESP ni lebih kurang setahun yang lepas. Masa tu tengah sibuk berdiet. Berdiet pun bukan sebab apa, sebab badan bagai dipam-pam. Kaki sakit masa nak solat. Walupun belum sampai ke tahap solat duduk atas kerusi, tapi bila dah duduk antara dua sujud tu, nak bangun berdiri Allah Hu Akbar, nak meleleh airmata ni menahan sakit.

Perjalanan diet sangat lancar dan bolehlah dikategorikan sebagai berjaya. Tapi muka pulak nampak cengkung. Mata nampak macam tak cukup tidur.

Sepupu akak (Nor Ramli) yang juga SID Shaklee , perkenalkan akak dengan Vitamin C dan ESP. Mula-mula curigalah jugak. Betul ke boleh  elokkan balik muka akak ni. 

Tapi tak perlah. Cuba jer dulu. Dua minggu akak amalkan, dah nampak perubahan. Paling ketara, kulit muka jadi cerah. Tona muka nampak lebih sekata. Jeragat dan kesan jerawat mula pudar. Alhamdulillah, syukurnya. Badan pun dah kurang rasa letih dan mengantuk.

Dulu pagi-pagi kalau dah breakfast, menjelang pukul 10 dah bergelodak perut lapar. Sekarang, sejak sarapan dengan ESP, rasa kenyang tu lebih lama. Kadang-kadang boleh bertahan sampai tengahari.

Siapa tak suka kan 😍. Happy wooooo !.

Akak tak akan berpaling tadah daripada ESP lagi. 

Korang pun patut cuba tau. Memang tak menyesal punyalah.

Korang klik jer kat sini untuk beli ESP yer. 

👉   www.wasap.my/60132420123



#KakSSKongsi
#InfoShaklee
#Smartliciousfamily
FB- https://www.facebook.com/sarimah.salleh1
IG-sarimahsalleh69