Thursday, October 26, 2017

Rahsia kesihatan wanita



Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Umpama Laila dan majnun.

Harini akak nak share beberapa tips untuk kekal cantik dan berseri walaupun umur dah meningkat ke angka 48 macam akak ni. Perasan sekejap  ek 😀.

  • Minum Banyak Air

Kita disarankan banyak minum air kosong atau air suam  sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. 

Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin atau kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing). Minum air yang mencukupi juga dapat membantu menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. 

  • Bersenam


Senaman adalah di antara ubat yang bukan saja murah, malah amat berkesan dalam merawat dan mengawal pelbagai masalah kesihatan. Bagi mereka yang berasa ‘tidak bertenaga’ apabila sampai di rumah dari tempat kerja, cubalah luangkan masa untuk bersenam. 

Buat senaman ringan di dalam rumah seperti menari, turun naik tangga atau berjalan setempat sehingga berpeluh (dalam 15 hingga 20 minit). Anda akan rasa lebih bertenaga selepas bersenam. Malah, emosi juga akan bertambah baik.

Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jom mulakan senaman kita di awal pagi seperti selepas bangun tidur, sedikit senaman regangan dapat membantu melancarkan kembali peredaran darah.

  • Jangan Merokok



Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Perokok bukan sekadar membahayakan diri sendiri, malahan orang sekeliling seperti anak-anak. Perokok bukan sahaja terdedah kepada risiko strok, sakit jantung, kanser paru-paru serta banyak lagi penyakit kronik yang lain.

Merokok untuk kurus? Banyak lagi kaedah lain yang lebih selamat. Jangan korbankan diri anda, ingatlah orang tersayang.


  • Tidur Yang Mencukupi


Kajian menunjukkan, individu yang kurang tidur berisiko mendapat penyakit.Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam. Tidur yang cukup akan membantu mengurangkan stress dan menyegarkan badan. Lebih banyak protein dihasilkan semasa tidur dan protein inilah yang membentuk sel-sel baru bagi menggantikan atau memperbaiki sel-sel yang rosak.

  • Rehatkan Kulit Tanpa Sebarang Mekap


Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinkan mencuci muka.

  • Makan Yang Cukup Tetapi Bukan Berlebihan



Jangan disebabkan  nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yang paling baik ialah makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan . Tetapi anda perlu pastikan ia menu sihat dan bukannya penuh lemak atau makanan segera semata-mata.

  • Manjakan diri




Tidak salah sekiranya kita meluangkan masa memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Anda juga boleh melakukannya di rumah. Kini terdapat banyak produk yang dapat kita gunakan untuk kita lakukan sendiri. Ini secara tidak langsung dapat berbelanja secara berhemah.

  • Mendengar Bacaan Al-Quran, Zikir Atau Muzik

Mendengar alunan suara yang lembut dapat menjadi terapi buat diri kita. Ini amat bersesuaian terutamanya bagi meredakan ketegangan. Menurut kajian muzik juga dapat merangsang otak yang memberi kesan secara langsung kepada pendengaran dan penglihatan.


  • Selalu Ketawa Dan Senyum

Menurut kajian, kita lebih banyak menggunakan otot muka ketika menarik muka masam berbanding ketika tersenyum. Senyum dan ketawa bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim sesama kita, malahan dapat menarik aura positif  diri.

Jadi ketawalah apabila bergurau senda dengan keluarga atau pun kawan-kawan.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.



#KakSSstories

Wednesday, October 25, 2017

Cara mengatasi masalah nafas dan mulut berbau


Assalamualaikum.

Dulu masa bekerja, ada seorang sahabat ni yang memang berbau mulutnya bila bercakqp. Dia bukak jer mulut, masyaallah memang kuat keluar bau daripada nafas dia. 

Kalau spesis mulut laser, dah kena sound dah kan. Tapi akak ni tak sampai hati nak cakap depan-depan. Nak tak nak tahan ker lah.

Dah tentu yang empunya diri pun akan rasa rendah diri bila bergaul dengan orang-ramai kan.

Punca Masalah Mulut dan Nafas Berbau Busuk
  • Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
  • Kerosakan gigi (karies gigi)
  • Penyakit gusi (penyakit periodontium)
  • Makanan melekat di celah gigi
  • Gigi palsu yang tidak bersih
  • Bau mulut ketika bangun tidur
  • Mulut kering
  • Tabiat bernafas melalui mulut
  • Merokok
  • Diabetes
  • Penyakit Hati
  • Masalah sistem penghadaman

Cara- cara Mengatasi Masalah Mulut dan Nafas Berbau

Bersihkan lidah
Untuk menghilangkan masalah nafas berbau, anda bukan sahaja perlu menggosok gigi setiap hari, tetapi juga perlu untuk menggosok lidah. Ini kerana lidah anda terutamanya bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Ia terjadi kerana lidah anda mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.

Mengunyah gula-gula getah
Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat membantu untuk merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Sebab itulah nafas kita berbau apabila bangun dari tidur, ini adalah kerana aliran air liur rendah ketika seseorang berbaring/ tidur.

Menghisap kulit kayu manis
Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau. Seorang yang menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.

Pastikan mulut sentiasa lembap
Minum lebih banyak air juga dapat membantu untuk menghilangkan bakteria 'jahat' yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan peminuman teh, ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungi poleypehnols, iaitu sejenis 'bahan kimia' tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau.

Pemakanan
Kesan sampingan seseorang yang mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan mereka adalah masalah nafas berbau. Selain daripada itu, makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih, kopi dan sebagainya.

Ubat kumur
Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan ubat kumur ini sekurang-kurangnya sekali sehari.

Masalah perubatan
Hasil daripada kajian, 90% masalah nafas berbau adalah berpunca daripada kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser mulut, kaviti dan sebagainya. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap penyakit mulut.

Pengambilan Suplemen 
Masalah Mulut dan Nafas Berbau boleh di atasi dengan lebih berkesan dengan mengamalkan suplemen SHAKLEE.. Antara suplemen SHAKLEE yang AMAT sesuai di amalkan untuk mengatasi Masalah Mulut dan Nafas Berbau ialah :

Herblax - Untuk pembersihan usus dan mengatasi masalah pada proses penghadaman

Vitamin C SR - Menyembuhkan penyakit gusi dan detoksifikasi yang bagus

Garlic Complex - Merupakan antibiotik semulajadi yang berfungsi memusnahkan bakteria 



Alfalfa Complex - Membantu menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau


Nak cuba berikhtiar dengan supplement yang sihat dan semu-ajdi seperti Shaklee ?, hubungi Kak SS yer.

Klik sini - www.wasap.my/60132420123

Fb - sarimah salleh
Ig -sarimahsalleh69
SID - 1240461
Pengedar Serwmban/N.Sembilan

Tuesday, October 24, 2017

Cara mengatasi masalah buasir



Assalamualaikum.

Petang tadi Kak SS berkesempatan untuk COD supplement kalsium kepada seorang kastemer. Beliau mengalami masalah buasir (sudah melakukan pembedahan) dan juga selalu kejang kaki waktu malam.

Apa itu buasir ?

Masalah buasir merupakan satu masalah yang biasa didengari. Buasir ialah urat bengkak yang terdapat pada saluran dubur, dan ianya sangat menyakitkan. Namun begitu, kebiasaannya ia bukanlah suatu perkara yang serius.

Buasir ada dua jenis.

(1)  Internal hemorrhoid (Buasir Dalaman) ➺ terjadi apabila urat membengkak di dalam saluran dubur


(2)  External hemorrhoid (Buasir Luaran) ➺ urat membengkak berhampiran dengan permukaan dubur


Apakah punca buasir ?


✔ Terlalu banyak tekanan di kawasan pelvis dan rektum (sewaktu membuang)
✔ Cirit-birit atau sembelit akan menyebabkan anda meneran terlalu kuat dan meningkatkan tekanan pada urat di dalam kawasan dubur
✔ Wanita hamil boleh mendapat buasir apabila usia kandungan 6 bulan ke atas.. Meneran sewaktu bersalin juga boleh menyebabkan buasir menjadi lebih teruk
✔ Berat badan berlebihan boleh membawa kepada masalah buasir


Nak tau apakah simptom-simptom berlakunya buasir?


✔ Pendarahan semasa pergerakan usus
✔ Gatal-gatal
✔ Sakit di bahagian dubur (terasa sakit ketika ingin membersihkan)


Namun, jangan risau yer sayang-sayang semua. Kak SS ada jalan penyelesaiannya.

Di Shaklee, kami ada suplement yang dapat membantu untuk korang mengatasi masalah buasir ni dengan berkesan.

Ostematrix dan Omega Guard.


Bagaimana supplement tersebut membantu?


 ❁ baik untuk sendi dan otot
❁ membantu mengecutkan otot dan urat yang bengka




❁ bantu mengurangkan sembelit
❁ melancarkan pembuangan air besar
❁ memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur


Hubungi Kak SS atau klik saja di sini untuk beli vitamin masalah buasir korang tau. 

www.wasap.my/60132420123

FB-sarimah salleh
IG-sarimahsalleh69

Jangan lupa !

Monday, October 23, 2017

Kehebatan tumbuhan herba (Bahagian 3 - akhir)


Assalamualaikum.

Harini Kak SS share bahagian akhir kehebatan tumbuhan herba yang terdapat di sekeliling kita.

Serai

Pengambilan teh serai ketika sedang haid dapat mengurangkan gejala senggugut dan mual.

Minum serbat ( air rebusan) serai dikala hari yang panas dapat membantu kita menyejukkan badan.

Teh serai juga boleh membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin dn cirit-birit. Se9rai ni membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.


Jintan

Masukkan dua cawan air dan satu sudu besar jintan manis ke dalam periuk. Dah mendidih tu , matikan api dan tutup periuk supaya wap herba ridak keluar. Tapis,tuang dalam gelas. Campur dua sudu besar cuka epal / cuka kurma / cuka anggur dan minum.

Antara khasiat teh jintan manis termasuklah merawat usus, atasi masalah kmbung perut dan merawat insomnia.

Kadar seratnya yang tinggi dapat mencegah berlakunya buasir dan kanser usus. Ia juga digunakan sebagai ubatan pelawas dan mencuci usus kecil dan usus besar secara sederhana.

Mengurangkan kadar kolesterol.

Merawat gejala kekejangan pra-haid, gejala pra-menopaus dan rendah libido.


Kacip Fatimah

Air rebusan akar dan daun kacip fatimah elok untuk wanita sebelum bersalin bagi membantu menegangkan dan mengencangkan otot perut dan vagina.

Selepas bersalin, minum air rebusan daun kacip fatimah boleh mengimbangi hormon dan menghilangkan kemurungan, mendapatkan semula kekuatan dan meremajakan badan untuk penyembuhan lebih cepat.

Ubat untuk meningkatkan libido dan seksual wanita.

Meningkatkan sistem ketahanan badan, meningkatkan peredaran darah, merawat pelbagai jenis penyakit wanita dan membantu merawat demam.


Daun pandan

Daun pandan berkesan untuk menghitamkan rambut. Caranya mudah, ambil beberapa helai daun pandan. Rebus sehngga air bertukar warna hijau dan biarkan semalaman. Kemudian campurkan dengan dua biji buah mengkudu masak dan ramas pada rambut.

Air rebusan daun pandan juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, kegelisahan, masalah saraf, mencegah paras gula yang tinggi dalam darah, melancarlan haid, mencegah penuaan, melancarkan pembuangan air besar dan juga menambah nafsu makan.

Bauan pandan mampu bertindak sebagai ubat penenang, mengatasi insomnia dan tekanan.

Hirisan daun pandan bersama minyak kelapa boleh meringankan gejala rwumatik.

#KakSSstories


Sunday, October 22, 2017

Cuti sudah habis



Rata-rata pelajar kolej hari ini dah mula kembali ke sarang masing-masing. Cuti sempena perayaan Deepavali pun dah habis.

Anak dara Kak SS pun sama. Selepas asar tadi kami dah bergerak ke UITM Lendu, Melaka. Biasanya kami hantar dia selepas maghrib. Tapi abang misai berhajat pulak nak singgah sebentar di rumah abangnya di Klebang Besar.

Usai menurunkan barang dan memanjat tangga asrama, kami pun bergerak ke Klebang Besar.

Berbual-bual dengan biras,anak buah dan abang ipar Kak SS yang sememangnya peramah, membuatkan kami tak sedar jarum jam dah menunjukkan ke angka 10:00pm.

Semasa sibuk berbual, akak terima satu wasap yang bertanyakan tentang supplement ESP. Kebetulan memang ada stok di rumah. Kata putus dicapai dan acara "close deal" pun berakhir dengan jayanya. 

Kastemer nak cuba ESP untuk menurunkan berat badan katanya. In Sya Allah, akak akan guide cara pemakanan seimbang yang betul.

ESP sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan sebab ia bagi rasa kenyang yang lama bila diambil semasa sarapan. Selain daripada itu, ESP boleh menguatkan otot dan tulang. Badan tak lah menggelebeh bila berat menurun. Kira kita nampak lebih fit gitu 😊.

Selain daripada itu, ESP jadikan kulit kita bersih. Kalau ada stretch mark kesan semasa mengandung tu, lama-lama akan jadi pudar. Ada kastemer akak yang suka sangat minum ESP sebab ketiak dan bahagian lipatan yang lain di badannya semakin cerah katanya. Best ke best? 😀.

Shakleeeffect akak selepas penggunaan secara konsisten ialah, kulit makin cerah tanpa kesan jerawat lama. Badan makin fit dan sihat. Akar rambut makin kuat dan kurang rambut gugur. Dan yang paling best, gastrik dah hilang.

Sepanjang bulan October ni , ESP ada promosi beli 4 less 5% tau. Jadi, siapa yang nak cuba ESP, jangan lepaskan peluang keemasan ni yer. Tak rugi you 😍.

"Sihat dah pasti, bahagia apatah lagi"



#KakSSstories
FB-SarimahSalleh
IG-sarimahsalleh69

Saturday, October 21, 2017

Kehebatan tumbuhan herba (bahagian 2)


Semalam Kak SS dah share kelebihan tiga jenis tumbuhan herba iaitu bawang putih, kulit kayu manis dan daun lidah buaya.

Boleh rujuk disini
http://kaksarimah.blogspot.my/2017/10/kehebatan-tumbuhan-herba-bahagian-1.html

Hari ini akak sambung lagi beberapa jenis tumbuhan herba dan manfaatnya kepada kita ok.

Halia

Korang sakit kepala ke ? Teh halia mungkin boleh bantu untuk kurangkan rasa sakit tu. Teh halia juga dapat mengurangkan rasa mual dan masalah ketidakhadaman.

Halia ni baik untuk lelaki sebab dapat meningkatkan tahap kesihatan kaum adam.

Jangan tak tau, halia mampu untuk menguruskan badan dan mengatasi masalah perut buncit tau !.

Ia juga mengandungi zink, kromium dan magnesium yang membantu membaiki aliran darah serta bantu juga mengelakkan kesejukan, peluh berlebihan dan juga demam.


Lada hitam

Lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit birit dan melawaskan kencing. Caranya mudah jer, rebus dua sudu buah lada hitam yang telah dibersihkan dengan dua cawan air. Tapis dan bolehlah diminum.

Daun pokok lada hitam juga boleh merawat demam panss. Caranya, tumbuk hancur daun lada hitam dan sapukan di dahi. Mudah kan.


Lengkuas


Daun lengkuas boleh membantu menghilangkan panau. Caranya, tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan di tempat panau tu. Ulanglah beberapa kali yer.

Untuk mencegah mabuk laut dan rasa mual, kunyah beberapa hirisan halus lengkuas.

Lain-lain khasiat lengkuas termasuk menurunkan kandungan lipid, risiko reumatik, pertahankan keremajaan kulit dan mencegah penuaan dan perawatan rambut juga.

Esok akak kongsi bahagian terakhir kehebatan dan khasiat tumbuhan herba yang terdapat di sekeliling kita yer.


Stay tune !


#KakSSstories

Friday, October 20, 2017

Kehebatan tumbuhan herba (bahagian 1)


Tumbuhan herba nyata mampu membantu untuk merawat penyakit-penyakit ringan. Penggunaan herba tidak terhad kepada satu bahagian tumbuhan saja. Buah, daun, akar, sehinggalah ke bahagian kulit. Kesemua bahagian pohon herba ini boleh membawa seribu satu kebaikan kepada tubih badan kita. Pada bahagian pertama ini, Kak SS kongsikan beberapa jenis herba serta kebaikannya yer.

Selamat mencuba ! 😍.

Bawang putih

Jika anda mula merasa tak sedap badan, amalkan untuk makan bawang putih. Kalau tak sanggup, boleh campurkan bawang putih mentah dengan madu. Macam Kak SS dan suami, kami biasanya akan stim beberapa labu bawang putih dalam periuk nasi yang dah masak. Makan semasa makan tengahari ataupun malam. Sangat sedap. Rasanya seperti kentang rebus. Cubalah yer.

Bawang putih merupakan agen pencegah demam selsema yang sangat baik. Kiranya sebagai antibiotik semulajadi gitu. 

Minyak bawang putih boleh digunakan untuk merawat psoriasis (sejenis penyakit kulit) dan merendahkan paras kolesterol.

Campurkan bawang putih yang dihancurkan dalam bekas air suam dan rendamkan kaki anda. Ia merupakan rawatan antifungal yang sangat sesuai diamalkan.


Daun lidah buaya (Aloe Vera)

Daun lidah buaya boleh merawat luka, kesan cakar, ruam dan masalah alahan kulit yang lain. Gunakan aloe vera gel yang boleh dibeli difarmasi atau gunakan gel di dalam daun itu sendiri.

Aloe vera juga boleh digunakan untuk merawat masalah pencernaan. Sangat senang, hanya minum jus aloe vera dan anda boleh saksikan perubahannya.

Sunburn ke ? Sapukan gel lidah buaya pada muka dan biarkan sampai kering yer. Ia mampu mengurangkan rasa pedih akibat selaran cahaya matahari.

Lepas ni nak pergi jenguk pokok lidah buaya yang dah lama akak tanam kat dalam pasu depan rumah tu lah 😁.


Kulit kayu manis

Nak hentikan selsema ? Kunyah sedikit kulit kayu manis untuk menghentikan selsema. Atau campur saja sedikit kulit kayu manis dalm susu dan minum.  Mudah kan.

Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh wanita yang mengalami masalah senggugut.

Berkumur dengan air kulit kayu manis juga boleh membantu menghilangkan sakit gusi dan masalah nafas berbau.

Setakat ni dulu perkongsian Kak SS yer. Nanti akak share lagi di bahagian ke dua pula.

Stay tune !


#KakSStories