Tumbuhan herba nyata mampu membantu untuk merawat penyakit-penyakit ringan. Penggunaan herba tidak terhad kepada satu bahagian tumbuhan saja. Buah, daun, akar, sehinggalah ke bahagian kulit. Kesemua bahagian pohon herba ini boleh membawa seribu satu kebaikan kepada tubih badan kita. Pada bahagian pertama ini, Kak SS kongsikan beberapa jenis herba serta kebaikannya yer.
Selamat mencuba ! 😍.
Bawang putih
Jika anda mula merasa tak sedap badan, amalkan untuk makan bawang putih. Kalau tak sanggup, boleh campurkan bawang putih mentah dengan madu. Macam Kak SS dan suami, kami biasanya akan stim beberapa labu bawang putih dalam periuk nasi yang dah masak. Makan semasa makan tengahari ataupun malam. Sangat sedap. Rasanya seperti kentang rebus. Cubalah yer.
Bawang putih merupakan agen pencegah demam selsema yang sangat baik. Kiranya sebagai antibiotik semulajadi gitu.
Minyak bawang putih boleh digunakan untuk merawat psoriasis (sejenis penyakit kulit) dan merendahkan paras kolesterol.
Campurkan bawang putih yang dihancurkan dalam bekas air suam dan rendamkan kaki anda. Ia merupakan rawatan antifungal yang sangat sesuai diamalkan.
Daun lidah buaya (Aloe Vera)
Daun lidah buaya boleh merawat luka, kesan cakar, ruam dan masalah alahan kulit yang lain. Gunakan aloe vera gel yang boleh dibeli difarmasi atau gunakan gel di dalam daun itu sendiri.
Aloe vera juga boleh digunakan untuk merawat masalah pencernaan. Sangat senang, hanya minum jus aloe vera dan anda boleh saksikan perubahannya.
Sunburn ke ? Sapukan gel lidah buaya pada muka dan biarkan sampai kering yer. Ia mampu mengurangkan rasa pedih akibat selaran cahaya matahari.
Lepas ni nak pergi jenguk pokok lidah buaya yang dah lama akak tanam kat dalam pasu depan rumah tu lah 😁.
Kulit kayu manis
Nak hentikan selsema ? Kunyah sedikit kulit kayu manis untuk menghentikan selsema. Atau campur saja sedikit kulit kayu manis dalm susu dan minum. Mudah kan.
Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh wanita yang mengalami masalah senggugut.
Berkumur dengan air kulit kayu manis juga boleh membantu menghilangkan sakit gusi dan masalah nafas berbau.
Setakat ni dulu perkongsian Kak SS yer. Nanti akak share lagi di bahagian ke dua pula.
Stay tune !
#KakSStories
No comments:
Post a Comment