Saturday, October 21, 2017

Kehebatan tumbuhan herba (bahagian 2)


Semalam Kak SS dah share kelebihan tiga jenis tumbuhan herba iaitu bawang putih, kulit kayu manis dan daun lidah buaya.

Boleh rujuk disini
http://kaksarimah.blogspot.my/2017/10/kehebatan-tumbuhan-herba-bahagian-1.html

Hari ini akak sambung lagi beberapa jenis tumbuhan herba dan manfaatnya kepada kita ok.

Halia

Korang sakit kepala ke ? Teh halia mungkin boleh bantu untuk kurangkan rasa sakit tu. Teh halia juga dapat mengurangkan rasa mual dan masalah ketidakhadaman.

Halia ni baik untuk lelaki sebab dapat meningkatkan tahap kesihatan kaum adam.

Jangan tak tau, halia mampu untuk menguruskan badan dan mengatasi masalah perut buncit tau !.

Ia juga mengandungi zink, kromium dan magnesium yang membantu membaiki aliran darah serta bantu juga mengelakkan kesejukan, peluh berlebihan dan juga demam.


Lada hitam

Lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit birit dan melawaskan kencing. Caranya mudah jer, rebus dua sudu buah lada hitam yang telah dibersihkan dengan dua cawan air. Tapis dan bolehlah diminum.

Daun pokok lada hitam juga boleh merawat demam panss. Caranya, tumbuk hancur daun lada hitam dan sapukan di dahi. Mudah kan.


Lengkuas


Daun lengkuas boleh membantu menghilangkan panau. Caranya, tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan di tempat panau tu. Ulanglah beberapa kali yer.

Untuk mencegah mabuk laut dan rasa mual, kunyah beberapa hirisan halus lengkuas.

Lain-lain khasiat lengkuas termasuk menurunkan kandungan lipid, risiko reumatik, pertahankan keremajaan kulit dan mencegah penuaan dan perawatan rambut juga.

Esok akak kongsi bahagian terakhir kehebatan dan khasiat tumbuhan herba yang terdapat di sekeliling kita yer.


Stay tune !


#KakSSstories

2 comments: