Assalamualaikum.
Harini Kak SS share bahagian akhir kehebatan tumbuhan herba yang terdapat di sekeliling kita.
Serai
Pengambilan teh serai ketika sedang haid dapat mengurangkan gejala senggugut dan mual.
Minum serbat ( air rebusan) serai dikala hari yang panas dapat membantu kita menyejukkan badan.
Teh serai juga boleh membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin dn cirit-birit. Se9rai ni membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
Jintan
Masukkan dua cawan air dan satu sudu besar jintan manis ke dalam periuk. Dah mendidih tu , matikan api dan tutup periuk supaya wap herba ridak keluar. Tapis,tuang dalam gelas. Campur dua sudu besar cuka epal / cuka kurma / cuka anggur dan minum.
Antara khasiat teh jintan manis termasuklah merawat usus, atasi masalah kmbung perut dan merawat insomnia.
Kadar seratnya yang tinggi dapat mencegah berlakunya buasir dan kanser usus. Ia juga digunakan sebagai ubatan pelawas dan mencuci usus kecil dan usus besar secara sederhana.
Mengurangkan kadar kolesterol.
Merawat gejala kekejangan pra-haid, gejala pra-menopaus dan rendah libido.
Kacip Fatimah
Air rebusan akar dan daun kacip fatimah elok untuk wanita sebelum bersalin bagi membantu menegangkan dan mengencangkan otot perut dan vagina.
Selepas bersalin, minum air rebusan daun kacip fatimah boleh mengimbangi hormon dan menghilangkan kemurungan, mendapatkan semula kekuatan dan meremajakan badan untuk penyembuhan lebih cepat.
Ubat untuk meningkatkan libido dan seksual wanita.
Meningkatkan sistem ketahanan badan, meningkatkan peredaran darah, merawat pelbagai jenis penyakit wanita dan membantu merawat demam.
Daun pandan
Daun pandan berkesan untuk menghitamkan rambut. Caranya mudah, ambil beberapa helai daun pandan. Rebus sehngga air bertukar warna hijau dan biarkan semalaman. Kemudian campurkan dengan dua biji buah mengkudu masak dan ramas pada rambut.
Air rebusan daun pandan juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, kegelisahan, masalah saraf, mencegah paras gula yang tinggi dalam darah, melancarlan haid, mencegah penuaan, melancarkan pembuangan air besar dan juga menambah nafsu makan.
Bauan pandan mampu bertindak sebagai ubat penenang, mengatasi insomnia dan tekanan.
Hirisan daun pandan bersama minyak kelapa boleh meringankan gejala rwumatik.
#KakSSstories
No comments:
Post a Comment