BERCUTI TAPI TETAP BERTENAGA
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua. Kak SS dah sampai ke teratak di Seremban setelah 5 hari kami sekeluarga berada di Lumut, Bandar Maritim untuk.majlis pernikahan anak buah sebelah suami Kak SS.
Bersama ibu mertua
Selamat Pengantin Baru untuk Syazwanie dan Mohsin. Petua rumahtangga yang Kak SS sempat bisik kat telinga Wanie sebelum balik pagi tadi ialah SABAR, SABAR , SABAR 😊.
Anak dara Kak SS dan Wanie ni sebaya tau !
Penat ? Memang penat. Kenduri kahwin kan. Mana tak penat nya. Bergerak ke Lumut dari Seremban pada jam 9:00 malam hari Khamis lepas, kami tiba di Lumut pada lebih kurang jam 1:00 pagi. Mujur kakak ipar (Kak Yah) dah siapkan homestay sebanyak 2 biji berdekatan dengan rumah beliau. Itupun tak cukup nak menampung jumlah ahli keluarga sebelah suami yang ramai. Bayangkan ! 13 orang adik beradik 😱.Terpaksalah ada yang lewat tiba menyewa hotel dan homestay lain.
Kak SS dengan adik dan kakak ipar
Jumaat, hari pernikahan kedua mempelai. Awal pagi kami dah bergotong-royong (rewang kata orang Jawa 😀) menyiapkan juadah makan tengahari dan juga makanan untuk jamuan majlis pernikahan nanti. Alhamdulillah, berkat muafakat diantara adik beradik semuanya berjalan dengan lancar.
Lebih kurang jam 5:45 petang, Pak Imam pun dah bersedia untuk menyatukan dua jiwa menjadi satu diatas nama sebuah rumah tangga. Ceewaahhhh !😍. Maka sah lah sudah Nur Syazwanie bergelar seorang isteri kepada Mohsin dengan sekali lafaz sahaja. Alhamdulillah.
Alhamdulillah, sekali lafaz jer
Sabtu, hari berlangsungnya majlis persandingan kedua mempelai. Walaupun serba sederhana tetapi bagi keluarga besar kami, ianya sangat meriah sekali. Maklum bukan mudah untuk mengumpulkan semua adik beradik kecuali pada Hari Raya Aidilfitri. Memang terpancar kegembiraan diwajah semua ahli keluarga pada hari tersebut. Bergambar jangan cakaplah. Memang tak sudah-sudah 😁. Mentang-mentanglah sekarang tak payah guna filem, snap banyak kali pun tak kesah. Tak cantik boleh delete dan ambil lagi dan lagi dan lagi 😝.
Ahad, kami bergotong-royong pulak bantu serba sedikit keluarga kakak ipar mengemas apa yang patut. Pinggan mangkuk , periuk belanga , apa yang ada tu kami bantulah apa yang terdaya. Malam Ahad, ada diantara adik-beradik yang telah beransur pulang ke teratak masing-masing. Isnin pula, tinggal dua tiga ahli keluarga yang mula mengemas bagasi masing-masing dan meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. Sehinggalah keluarga Kak SS bergerak paling last sekali untuk ke Seremban.
Nak kata tak penat tu tipulah kan. Tapi Kak SS rasa tak lah penat yang melampau sangat walaupun En.Somi serahkan stereng kereta kepada Kak SS sebelum masuk ke highway Sungkai lagi sampailah ke hentian rehat Bukit Beruntung. Gomar dio tu, memang maleh bawak keto 😂.
Apa yang menyebab kan Kak SS tak rasa penat? Semestinyalah sebab Kak SS ada bekalan supplement yang mencukupi. Korang nak tau tak Kak SS makan apa sepanjang berada di Lumut tu ? Mmmm..vitamin yang sama Kak SS ambil setiap hari semasa di Seremban jer. Vitamin C , Alfalfa , Lecithin , B Complex , Vitamin E , Herblax , ESP , Ostematrix dan Vivix.
Antara bekalan vitamin Kak SS
Amalkan makan supplement setiap hari jer, kompom badan korang cukup nutrisi dan rasa segar jer. Tak de lah lembik melepek macam lepat basi 😀. Jom.follow Kak SS untuk kekal bertenaga. Yeehaaa 💃💜.
No comments:
Post a Comment