First time attend majlis Shaklee. Sangat teruja , gembira dan bersemangat ! 😍.
Seawal jam 9:00 pagi dah terpacak di stesen komuter Seremban. Kak SS ambil train dari Seremban dan turun di stesen UKM Bangi. Dari sini, tunggu sepupu (cikda) untuk sama-sama menuju ke Sunway Pyramid Hotel & Spa. Walaupon jalan jam, tapi dalam hati berbunga-bunga tak sabar nak sampai. Alhamdulillah suami Cikda cekap mencari jalan pintas sana sini 😁.
Lebih kurang jam 12:45 tengahari, kami pon sampai ke Hotel Sunway. Selepas mendaftar dan mendapatkan goodies bag, kami ke surau untuk solat zohor dulu.
Untuk pertama kali nya dapat bersua muka dengan gang Diva NuhaNajah yang selama ini cuma berbual dalam grup whatsapp sahaja. Nenny Riza Afzan dan suami yang datang dari Ipoh. Tim juga datang dari Ipoh. Dr Nur Jaya dari Shah Alam. Seronok nya masing-masing berpelukan macam dah lama mengenali diantara satu sama lain. Terima kasih Riza untuk buah tangan dari Ipoh.
Tak habis-habis berselfie masing-masing 😁. Jelas terpancar kegembiraan di wajah semua Shaklee Family. Best nyer dapat bergambar dengan Master Lyna Noh (iReach founder).
Lebih kurang jam 2:30pm.kami pon masuk ke dalam Ballroom. Acara penganugerahan bermula. Semua star achiever, bonus car achiever , Group Growth achiever dan New Master Coordinator achiever. Bersemangat mendenagrkan pengalaman masing-masing (New Master Coordinator) menceritakan perjalanan jatuh bangun mereka di dalam.perjuangan sebagai seorang SID Shaklee !
Speaker undangan yang kami tunggu-tunggu iaitu Master Lyna Noh dan suami Master Zainul menceritakan perjalanan kisah mereka bersama Shaklee. Banyaknyang Kak SS dapat pelajari daripada kisah mereka berdua yang begitu tabah dan gigih sehingga mencapai rank tertinggi dalam Shaklee.
Oleh kerana jam.dah menunjukkan pukul 7 malam, Kak SS dan Cikda tak dapat nak tunggu sehingga habis acara pelawak terkenal kita Zizan Razak berlawak sebab suami Cikda dah menunggu untuk.menjemput kami pulang. Tapi tak per. Yang penting, acara utama telah selesai.
In Sya Allah, kalau ada rezeki daripada Allah Taala giliran kami pula untuk naik ke pentas tahun hadapan. Aamiin.
Penat, mengantuk tapi sangat puas hati !
Selamat malam semua 😍💜.
No comments:
Post a Comment