HARI KE 4 MAK DI HOSPITAL
Hari ini mak nampak lebih segar. Mak dah cuba-cuba bangun pelan-pelan walaupon sakit katanya. Yerlah, luka baru beberapa hari kan. Tengah menegang dan nak mula kering agak nya.
Mak nak buang air besar tapi tak selesa sebab getah cateters masih lagi dipasang. Nurse suruh mak buang air besar dalam pampers tapi mak tak boleh. Tak biasa kan. Manalah boleh nak buang air besar atas katil macam tu.
Tekanan darah mak agak tidak memuaskan. Macam-macam yang difikir agak nya. Tidur pon tak lena sangat.
Dalam jam 6:00 petang, nurse tolak mak ke bilik lain untuk dressing katanya. Kak SS pon ikut sama sebab nak tengok luka jahitan mak.Sambil doktor Abdul Shuklr dressing luka mak, sambil dia ajar macamana nak cuci luka tu bila dah balik rumah nanti.
Alhamdulillah luka mak nampak cantik. Tak ada apa-apa infection. Doktor cakap semua berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Sempat juga Kak SS tanya doktor dah boleh ke nak bagi mak makan supplement. Doktor kata "boleh aja kak. Boleh sangat. Bagi jer. Akak bagi supplement apa yer ?"
" Saya bagi mak supplement Shaklee doktor. Macam Vivix, Vitamin C, Ostematrix dan ESP".
" Owh, boleh kak. Bagi jer"
Lega betul hati Kak SS bila dengar doktor cakap macam tu. Tiada lagi rasa gundah gulana.
Esok dah boleh start bagi mak supplement dia. Yahooo💃.
Dah penat sangat badan ni rasanya. Perlu tidur dah ni sebab besok dah nak ke Shaklee Conference di Sunway Pyramid Hotel. Tak sabar nak dengar pasangan bahagia merangkap iReach founder iaitu Master Lyna Noh dan suaminya Master Zainul berucap ! iReach family, see u tomorrow !
L.O.V.E
No comments:
Post a Comment