SEMOGA MAK CEPAT SEMBUH
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum.w.k.t.
Hari ini , 26/4/2017 , Rabu , Mak menjalani pebedahan tulang belakang ( Slip Disc ). Mak memang dah lama mengadu sakit lutut bila berjalan. Lutut mak pon dah dua tiga kali di berikan injection.
Bulan lepas , doktor bagi mak injection di tulang belakang untuk kurangkan sakit. Tapi mak masih rasa sakit lagi. Hasil daripada ujian x-ray, dapat dilihat dengan jelas disc mak memang teruk terhimpit di L3, L4 dan L5.
Masa teman mak jumpa doktor Abdul Shukor (Pakar tulang belakang) bulan lepas, doktor ada bagi dua pilihan. Yang pertama, doktor akan masukkan skru di 4/5 bahagian tetapi disebabkan faktor usia, doktor bagi mak pilihan kedua iaitu doktor akan masukkan silicon diantara disc mak yang terhimpit tu lebih kurang 3/4 silicon.
Mak masuk bilik pembedahan lebih kurang jam 12:00 tengahari. Lama juga kami tunggu mak di luar Dewan Bedah. Lebih kurang jam 5:00 petang Kak SS terima call daripada ward ICU minta kami datang untuk tandatangan surat untuk transfer darah. Terkejut juga ! Sayu hati bila tengok mak terlantar dengan wayer berselirat, mulut dipasang tiub saluran pernafasan, darah di salurkan . Allah Hu, kesian mak ðŸ˜.
Lebih kurang jam 8:00 malam baru doktor cabut saluran pernafasan mak bila mak dah boleh bernafas dengan sendiri. Menakjubkan ! Mak memang kuat semangat !
Lega hati ini bila waktu melawat mak pada jam 9:30 malam, mak dah boleh bercakap. Mak bagitau dia sejuk sangat. Yerlah, sejak dari dalam dewan bedah hinggalah ke ward ICU duduk dalam aircond. Memang sejuk kaki , tangan dan badan mak.
Bersyukur sangat sebab mak cepat sedar. Tak sabar nak bagi mak minum Vivix esok ! Semoga luka pembedahan mak cepat sembuh asbab minum Vivix esok. Sememangnya ramai yang cepat sembuh luka pembedahan dengan bantuan Vivix. Yerlah, Vivix kan kaya dan tinggi dengan polofenol dan resviratrol.
Doakan mak cepat sembuh yer 💜.
No comments:
Post a Comment