VIVIX UNTUK RAWATAN BELL'S PALSY
Korang tau tak apa Bell Palsy ? Pernah dengar ? sebelum ni memang Kak SS tak pernah dengar tentang penyakit Bell Palsy ni. Asing sungguh rasanya. Terbaru, ada salah seorang bapa saudara Kak SS yang dilihat seperti kena penyakit ini.
Apa Bell's Palsy ni ?
Bell's Palsy adalah satu penyakit kelumpuhan otot saraf pada sebelah bahagian muka. Keadaan ini meyebabkan satu bahagian muka terasa berat atau menjadi senget.
Korang mungkin menghadapi kesukaran tersenyum atau menutup mata pada sebelah muka yang terjejas. Dalam kebanyakan kes, Bell's Palsy adalah sementara dan gejala biasanya hilang selepas beberapa minggu.
Bell's Palsy bukan strok yer. Pesakit yang mengalami strok biasanya mengalami bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell's Palsy ni pesakit hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.
Apa simptom-simptom atau petanda Bell's Palsy
Sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell's Palsy seperti rasa kebas, sakit pada bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.
Simptom-simptom lain adalah ;
Mata tidak boleh kerdip dan tutup
Senyum dan pergerakan bibir terganggu
Lidah mengeras
Kening seakan berkerut dan terangkat
Air liur meleleh
Sukar makan atau minum
Hidung juga seakan terjatuh
Rawatan untuk Bell's Palsy
Dalam kebanyakan kes, gejala Bell's Palsy bertambah baik tanpa rawatan. Walau bagaimanapun, ia bleh mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk otot di muka anda untuk mendapatkan semula kekuatan normal mereka.
Pakar-pakar kesihatan menasihatkan pesakit mendapatkan rawatan awal dalam masa 48jam selepas serangan berlaku bagi memudahkan proses pemulihan.
Anda juga boleh mendapatkan rawatan alternatif lain iaitu dengan mendapatkan vitamin B Complex dn juga minuman botani Vivix.
Vivix bertindak dalam 4 cara utama, dimana ia bertindak pada tahap sel.
Vivix bertindak sebagai;
Memperbaiki sel
Memberi tenaga kepada sel
Melindungi sel
Meningkatkan prestasi sel
Kalau korang kenal sesiapa sahaja yang terkena penyakit Bell's Palsy ini, boleh lah sarankan untuk berikhtiar dengan B Complex dan Vivix Shaklee.
Hubungi Kak SS yer.
013-2420123
Jom sihat dan cantik dengan Kak SS
No comments:
Post a Comment