CERITA MAK LAGI. HARI KEDUA DI ICU.
Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamualaikum.
Hari kedua mak di wad ICU. Keadaan mak makin stabil. Pagi-pagi Kak SS dah masakkan mak bubur ayam. Minta tolong anak dara yang kebetulan bercuti semester selama dua bulan untuk hantar dan jaga mak dulu sementara Kak SS tunggu anak-anak balik dari sekolah. Anak yang sulong (along) jaga nenek dengan kak long Kak SS, along Salinah.
Along cakap nenek dah makan bubur yang Kak SS masak tapi tak habis pon. Bacaan darah nenek tinggi sikit , katanya. Mungkin sebab penat. Atau semalam mak tak makan ubat darah tinggi dia. Ataupon suhu badan tak menentu. Itu jangkaan Kak SS sahaja.
Dalam jam 2.30 petang Kak SS pergi ke KPJ, Seremban bersama anak-anak dan makcik (adik mak dari Banting). Mak dah boleh berbual-bual walaupon muka mak pucat sangat. Sempat juga dia tanya Kak SS "muka mak pucat tak dik ?" 😁. Kak SS cakap jer "tak lah, berseri-seri jer " 😍. Mak memang sangat menjaga penampilan diri. Part tu memang kami anak-anak respect mak. Dari dulu lagi kalau kena duduk wad pon semua mesti kemas, cantik, bersih ! I salute you Mom 💙.
Lama juga nak tunggu mak dapat tranfer ke wad biasa. Doktor nak tengok mak betul-betul stabil. Doktor buka saluran tiub pernafasan mak yang halus tu dan biarkan mak bernafas dengan sendiri selama 1/2 jam. Kalau mak dah rasa betul-betul selesa, baru doktor benarkan mak di pindahkan ke wad biasa. Alhamdulillah, mak okey.
Lebih kurang jam 7:20malam , mak di pindahkan ke wad 413, Bilik Sri Cempaka. Leganya hati kami semua. Esok , harap Kak SS dapat jumpa doktor untuk minta pandangan dia supaya boleh mula bagi mak makan supplement tambahan seperti Vivix , Vitamin C , ESP dan Ostematrix. Memang tak sabar nak tengok mak sembuh.
Adik mak yang datang daripada Banting, Selangor yang kami panggil Mak Embau (sebab dia kembar) pon makan supplement Shaklee. Masa anak Kak SS suruh Mak Embau duduk rehat sebab lama berdiri dalam bilik ICU masa tengok mak, Mak Embau boleh cakap macam ni " Eh....tak.per, Nek Embau kuat ni. Kan dah makan Shaklee "😁.
Mak Embau juga makan vitamin seperti Ostematrix, B Complex dan Vivix. Alhamdulillah, nampk sihat dia.
Setakat ni jer lah cerita Kak SS harini yer. Malam ni Along teman nenek tidur di wad. Esok, ibu datang yer. Nanti ibu masakkan lauk kegemaran nenek.
Jumpa esok yer mak.
Adik sayang sangat kat MAK !😭
No comments:
Post a Comment