Tuesday, October 31, 2017

Apa yang Shaklee bagi pada saya




Dulu memang susah nak mulakan makan vitamin. Bukan setakat susah, nak beli vitamin pun selalu tak cukup duit. Perlu beri laluan kepada keperluan anak-anak terlebih dahulu. Macam tu lah kalau jadi ibubapa ni, apa yang perlu dan boleh dikorbankan, itulah yang kita sanggup lakukan.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit sekarang dah boleh beri badan sendiri nutrisi yang diperlukan. Eh, ibu-ibu ni memang perlukan nutrisi yang cukup tau. Tenaga dan tulang empat kerat kita ni hari-hari diperah dari sebelum subuh hingga sebelum subuh.

Sejak berjinak-jinak dengan dunia Shaklee ni, bangga betul dapat bantu ramai orang ke arah hidup yang lebih sihat. Dapat tolong mereka ubah cara hidup ke arah yang lebih baik. Secara tak langsung dapat bantu mak ayah yang dah jauh di mamah usia solat dengan lebih gembira.

Sekarang, dapat juga berikan mak dan suami sama-sama makan vitamin untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan sempurna. Anak-anak pun ada yang dah mula sama-sama merasa.

Harapan akan datang, nak bagi adik-beradik dan ipar-duai pula sama-sama menikmati hidup sihat dengan vitamin semulajadi Shaklee.

"SIHAT DAH PASTI, BAHAGIA APATAH LAGI"

#KakSSstories
#tsunamishaklee
#Shakleeeffects

No comments:

Post a Comment