Assalamualaikum wbkth.
Semalam ada yang bertanya pada Kak SS vitamin Vivix untuk sakit vertigo. Bila bangun, kepala rasa berpusing macam.nak pitam.
Memang satu masalah besar bila Vertigo datang menyerang. Na buat kerja pun tak larat. Macam mabuk tujuh lautan rasanya.
SIMPTOM SAKIT VERTIGO
Biasa tak rasa pening kepala, dunia rasa berpusing terus rasa macam nak jatuh dan pitam?
Pening itu seperti naik permainan merry-go-round yang berpusing-pusing.
Biasanya itu adalah salah satu simptom vertigo.
Kadangkala pening ini datang bersama telinga yang berdengung kuat, rasa loya dan nak muntah.
PUNCA SAKIT VERTIGO
Kebiasaannya ada 2 punca yang menyebabkan vertigo.
Sama ada ia berlaku sebab berlaku ketidakseimbangan di bahagian dalam telinga, atau berlaku ketidakseimbangan dalam bahagian otak atau laluan saraf.
#1 : KETIDAKSEIMBANGAN DI DALAM TELINGA
Rangkaian dalam telinga anda mempunyai organ-organ yang kecil.
Organ-organ ini bekerja untuk memberi mesej kepada otak untuk bertindak balas kepada graviti.
Bila telinga beritahu otak yang ada pergerakan dalam posisi menegak, badan anda dapat mengawal keseimbangan dan secara langsung mengekalkan keseimbangan bendalir dalam telinga.
Tetapi bila organ di dalam telinga tidak berjaya hantar mesej kepada otak, bila anda mula berdiri, otak tak dapat mesej yang anda sedang dalam posisi menegak.
Ini akan menyebabkan bendalir dalam telinga tidak seimbang dan terus membuatkan vertigo.
Kebiasaannya yang menyebabkan gangguan pada dalam telinga ini adalah radang di dalam telinga, atau jangkitan bakteria atau jangkitan virus.
#2 : KETIDAKSEIMBANGAN DI DALAM OTAK
Ketidakseimbangan di dalam otak ini juga dikenali sebagai ‘central vertigo’
Ia melibatkan gangguan di dua bahagian otak.
Sama ada yang berkait dengan penglihatan dan keseimbangan badan; atau yang berkaitan dengan penghantaran dan penerimaan mesej dari deria anda.
Migrain merupakan salah satu punca ‘central vertigo.’ Menurut kajian, lebih kurang 40% pesakit migrain di katakan turut mempunyai vertigo.
SARANAN UNTUK PESAKIT VERTIGO
Biasanya pesakit vertigo akan di nasihatkan untuk banyak berehat.
Anda juga boleh cuba baring sambil biarkan kepala tergantung ke bawah. Ia akan memberikan sedikit rasa lega.
Selain daripada itu, anda juga boleh ikhtiar menggunakan supplement Vivix dari Shaklee.
Apabila customer bertanyakan tentang produk yang mampu membantu pesakit Vertigo untuk menjalani kehidupan normal seperti biasa, akak memang tak teragak-agak untuk mencadangkan Vivix.
CARA VIVIX MEMBANTU PESAKIT VERTIGO
Vivix bukan ubat. Ia adalah sejenis supplement (vitamin)
Kebiasaannya tubuh manusia sakit di sebabkan oleh kurang vitamin dan nutrisi. Bila kurang vitamin dan nutrisi, badan kita yang sepatutnya mampu melawan penyakit, akan menjadi sakit bila berhadapan dengan radang, bakteria atau virus.
Seperti contoh vertigo, kemungkinan datangnya gangguan di bahagian dalaman telinga di sebabkan oleh radikal bebas yang datang masuk dari udara sekeliling yang tercemar.
Vivix ini sangat kaya dengan antioksidan.
Vivix membantu untuk baik pulih bahagian dalaman telinga yang rosak akibat radang atau jangkitan bakteria dan virus.
Vivix juga membantu membetulkan saraf dan bahagian dalam otak yang terganggu yang menyebabkan ‘central vertigo’.
Antioksidan dalam Vivix mampu bertindak sehingga ke peringkat sel.
Bila sel dah sihat, organ dalam telinga dan bahagian-bahagian dalam otak yang menjadi punca vertigo; dapat berfungsi dengan sebaiknya.
Insya-Allah vertigo akan perlahan-lahan menghilang.
Oleh kerana Vivix bukan ubat, ia mengambil masa yang sedikit lama untuk baik pulih mana-mana yang rosak dan perkuatkan sistem imun badan supaya kuat melawan serangan luar.
Jadi, untuk alternatif merawat vertigo, saya cadangkan anda dapatkan 2 botol Vivix untuk dihabiskan dalam masa sebulan.
Botol pertama akan baik pulih kerosakan sel diperingkat dasar. Selepas botol kedua, insya-Allah anda akan nampak mula rasa dunia semakin pulih tak pusing-pusing.
Yang nak order Vivix tu sila tekan jer link ni yer - www.wasap.my/60132420123
Sarimah Salleh
0132420123
No comments:
Post a Comment